• News

    29 July, 2010

    SEJARAH BARU AKAN TERCIPTA

    Mak ayah jual anak? 



    Ini bukan cerita mak ayah jual anak kepada sindiket pelacuran gara-gara nak bayar hutang. Itu cerita drama-drama Melayu. Kalau jalan cerita bagus dan pelakon mantap, aku layan jugak. Tapi kalau cerita macam lakonan pendek yang aku lakonkan waktu sekolah rendah dulu, sumpah aku kritik cukup-cukup. 



    Rasanya layak aku jadi pengkritik filem walaupun jarang jejak kaki ke panggung wayang. Tengok saja drama Melayu kat TV. Cukup. 



    Ok, berbalik kepada cerita jual anak aku tadi, itu hari aku balik kampung. Mak ayah dok bercerita yang ada budak perempuan kampung aku yang nak bertunang. So, bagus lah. Isunya sekarang, takkan setakat nak bertunang pun aku nak kecoh-kecoh kat sini. Tak, bukan yang tu. Ada lagi. Sila sambung pembacaan anda. 



    Dok sembang-sembang tu, terkeluar cerita yang kemungkinan mak ayah budak perempuan ni, kita letak nama Fashi (bukan nama sebenar), nak letakkan hantaran anak dara depa sebanyak 15 ribu. Seingat aku kan, kalau jadi hantaran Fashi ni sampai 15 ribu, kiranya pecah rekod hantaran tertinggi kat kampung aku dan kampung-kampung yang sekitar dengannya. 



    Paling tinggi hantaran kat kampung aku sekarang 12 ribu, tak lain tak bukan, mak sedara Fashi sendiri. Sedikit info berkenaan keluarga Fashi ni, arwah Tok Wan Fashi ni memang la kaya raya. Dusun buah melambak-lambak, kebun getah merata-rata, dan si Fashi ni pun belajar bukan lah sampai universiti pun, itu pun takat SPM je. 



    Nak kata pesyen ke masjid kalau ada aktiviti orang kampung, tak pernah pulak nampak dia menempek kat situ. Kot kalau kata rajin menolong kat rumah kenduri, rasanya kalau ada kenduri, jarang pulak nampak muka dia. Melainkan kenduri tu memang sedara mara mak ayah dia. 



    Tambahan, Fashi ni cantik jugak orangnya. Kalau masuk pertandingan Gadis Remaja anjuran Karangkraf agak-agak lepas jugak peringkat saringan. .......... Aku bukan nak mengutuk ka apa. Tapi ni la masalah yang melanda dalam komuniti kita. 



    Last-last, tak mampu nak sediakan hantaran, ajak awek kahwin kat siam. Dekat kampung aku sendiri pun ada. Ayah budak tu pesyen suka gebang besar, letak hantaran anak tinggi, padahal tengok la kemampuan pihak lelaki, kalau boleh kurangkan, cuba lah. 



    Hantaran tinggi macam ni sudah tentu akan membebankan pihak lelaki. Dan lagi, orang akan tercari-cari apa faktor penentu yang melayakkan seorang gadis menerima hantaran setinggi ini. Cantik saja tidak cukup. Tak sangka ada jugak mak ayah yang demanding macam ni. 



    Lelaki di luar sana, buka lah mata. Melambak perempuan-perempuan di luar yang lebih baik, bijak dan mampu buat kerja-kerja rumah dan yang penting tidak demanding macam ni. Tapi kalau kamu masih berkeras dan mampu menyediakan wang sebanyak 15 ribu untuk hantaran, aku salute! Syukur alhamdulillah mak ayah aku tak macam tu. 



    ;p Apa-apa pun, sejarah baru akan tercipta kalau betul-betul ada hantaran setinggi ni.

    11 comments:

    aNiS tHe BumbleBee said...

    hum,betoi2.mentang2 laa harga barang dah naik,harga anak dara pun naik.kalo anak dara cam dolu2 okey la gak,mengaji kalo xpandai pn,tp masak tiptop.ni,dah la mengaji xpandai,masak xreti,muka pon so-so ja pon.lagi nk demand.

    sepet said...

    giler ko 15 riban! ..
    tp, klu dh memang rejeki dia, nak kater apa kan..


    (memang dah mcm jual anak gadis)

    :p

    WakJ Zoner said...

    Salam..

    Wak dulu2 cuma bayar maskawin..lps tu senaskah Al-quran...hidup selsa sampai skrg ni...tp tu sebelom zaman jepun la..hehehehe

    sitinaminah02 said...

    kak anis,

    itu la.takat muka lawa nk buat apa.skill masak tak tau lagi camne.besanya orang tengok lak level of education.bukan kita nak pertikai ka apa benda camni,tapi fikir balik la.jenuh laki tu nak tanggung.kalo jenis kaya cam abg misai lebat (Dato' K) tak pe jugak.kihkihkih.


    sepet,

    memang ler rezeki dia kalo dapat hantaran 15k tu.tapi gila tinggi.memang macam jual anak gadis.huhu.


    wak,

    kalau takde duit hantaran, nanti membebankan pihak perempuan pulak nak buat kenduri. tapi apa-apa pun, jangan sampai keterlaluan macam orang nak jual anak kan.

    Pnut said...

    bapak kepada sorang anak berumur 2 tahun bernama Nur Alesya Qhaisara secara jujurnya kata,

    duit hantaran berapa pun dia tak kisah, ada berapa pun bagi la..

    tp pak dia nak untuk pak dia 40K...

    ok tu je nak kabo..
    tata

    sitinaminah02 said...

    kak pnut,

    40k pun ok bg lelaki yg berkemampuan.kalo tak mampu, cari ler yg lain.

    pak ker mak dia yg mintak 40k ni?macam mak dia je.hihih.

    ardzmarn said...

    dia nak buat rekod kampung tu.. tak pun dia tak suker pihak lelaki..

    sitinaminah02 said...

    ardzman,

    mana ada tak suka kt lelaki tu, mereka saling mencintai. cewah. ayat cam harremm..hihi.

    tp kalo lelaki tu mampu, no hal lah. ;p

    sahromnasrudin said...

    huhuhuh..mahalnya org jeniang??..sib bek la cheq dah lepas mende2 nie..klu tak, ke al-rajhi bank la gamaknya heheheheh

    Anonymous said...

    sekarang nih hantaran memang tinggi, aku rasa sebab ikut keadaan semasa kot

    sitinaminah02 said...

    sahromnasrudin,

    aishhh.. chek tak mahai ok. tapi kalo mahai pun, tak dak lah sampai 10ribu termasuk hantaran dan mas kawin. padan la dengan chek yang masak pun tak pandai, muka pun tak berapa cun (tapi manis ada).hihi.anggun, bijak, bergaya. (ok,yang belakang ni tipu).haha.


    jimi,

    membebankan lelaki kalau mahal2 sangat.lepas kawin, sebok setel hutang pulak. hihi.

    Total Pageviews

    My Followers