TETAMU BERKUNJUNG KE RUMAH

Gua cuti-cuti ni, kalau dah bangun mesti rasa nak SMS kawan-kawan. Rindu pulak sama kawan-kawan gua. Yang dah kawin, yang tak kawin, semua gua SMS. Nak mengeratkan silaturrahim. Hehe.


Ada jugak kawan-kawan gua yang bekerja pada hari Ahad ni, almaklum lah kerja di Kedah. Tak apa lah, Jumaat mereka cuti. Salah seorang kawan gua bagitau, harini ada tetamu nak datang rumah. Member gua ni dah kawin, kalau masih single, nak jugak gua promote sama kawan-kawan blogger yang belum ada awek. Keh3x.


Kata kawan gua, si suami nak jemput kawan-kawan datang berbuka di rumah. So, dia tanya gua, nak masak apa untuk berbuka nanti. Uiksss.. Rasa macam pakar masak memasak pulak gua. Kenapa kawan-kawan asek tanya pasal makan-makan dengan gua. Nak kata gua pakar, hish tidaklah!! Pakar masak megi 2 minit saja, adalah.. Hehe.


Gua pun balas SMS kawan gua, based on makanan yang dah lama gua rasa teringin mak gua masak, kalau nak suruh gua masak, hmm.. wallahualam. Antara menu yang gua rasa OK nak suruh dia masak:

-sambal udang
-asam pedas
-ikan temenung aka ikan kembung rebus dengan ayaq asam
-kerabu pelam aka kerabu mangga
-sup ayam



OK tak list yang gua bagi?? Mantop kan. Gua sendiri kecur ayaq liyuq masa buat list tu. Nampak gaya, petang ni nak kena pi Giant beli barang dapur. Barang dapur dah abis. Rasa bosan kalau asek beli makanan kat bazar ramadhan. Mahal pun ya jugak. Haha.



ps: Bapak gua cakap, sambal belacan yang gua buat memang maveles. Sebab, orang yang garang saja boleh buat sambal belacan yang maveles okeh. Gua garangkah? Ohh.. tidak. Gua sangat lemah lembut dan pemalu. Sampai hati bapak gua cakap gitu.

10 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. bukan saja garang.. tapi kaki maki

    ekekekeke

    ReplyDelete
  2. mofasad,

    tak baik awak cakap gitu tau!!!!! sy menci awak!!!!

    ReplyDelete
  3. aih,jgnla nak introduce kat kwn bloger yg xde awek je.abes aku yg spesies xde pakwe2 nih xpe cerita.nampak gayenye xde harapanlah aku nak bersyawal ber2 taun nih..muahahaha :P

    ReplyDelete
  4. Wah.. sambal belacan faveret gua~ Tapi gua takleh makan dah.. huhu~ bila gua makan,mesti asyik2 bersin n pastu mata bengkak~ *RESDUNG
    huhu~

    ReplyDelete
  5. aleen,

    haha. ang tunggu lah, nanti aku ejas ang dengan pakcik duda aku. haha.


    aida,

    kalo resdung kena byk pantang makan.my mum pun resdung teruk.

    ReplyDelete
  6. kire gua pun marvellous jugaklah nih.ehe. :PP

    ReplyDelete
  7. tp sayang..gadis comel x mkn pedas kn? x leh merasa sambal belacan sendir

    ReplyDelete
  8. un phat lee,

    lu pun mavelles jugak? ok, good! hehe.



    ekmi,

    haha. diam saja lah kamu!

    ReplyDelete
  9. nanti dah abis masak,sms member tu hantaq skit kt sini bleh?ngehehe!

    ReplyDelete
  10. kak anis,

    dah sms, tak reply pun. ntah jadi ka tak masakan dia tu.keh3x.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post