APA MAKSUD KELAS BELAKANG PARANG?



Auuuchakkkkk!! Gambar gua masa tadika dulu.. Keh3x.



Cikgu Fizik gua nama Tarmizi.


Cikgu Fizik gua anak saudara kepada Shahnon Ahmad.
Makanya, gua ada hubungan yang sangat jauh dengan Shahnon Ahmad.
Hehe.



Gua suka Shahnon Ahmad.
Karya hebat Shahnon Ahmad bagi gua ialah Seluang Menodak Baung.
Gua baca masa zaman sekolah menengah lagi.
Karya Shahnon Ahmad lebih fokus kepada isu masyarakat di Sik, Kedah.
Sama jugak macam karya Srengenge beliau.
Latar belakang cerita berkisarkan masyarakat dan kehidupan tempat kelahiran gua.
Novel Srengenge ini di mulakan dengan ‘Srengenge tersergam hodoh macam setan.’



Bila masuk makmal Fizik, mata gua automatik rasa layu.
Nak hilangkan rasa layu, gua selalu tengok luar makmal.
Ambik port paling best, tepi tingkap.
Boleh usya abang-abang Form 6 lalu lalang.



Makmal Fizik dekat jugak dengan tandas.
Gua selau buat kajian, berapa minit seorang lelaki habiskan masa di tandas.
Demmm... Gua langsung tak layan Cikgu Fizik depan kelas.



Budak-budak dalam kelas gua, semua macam haram.
Bila masuk saja makmal Fizik, semua bising macam murai.
Ada yang ajak pergi makan laksa lepas habis kelas.
Ada yang ajak pergi teman lepak kedai makcik goreng pisang.
Tak berhemah punya kawan-kawan, ajak lah gua pergi perpustakaan, kan bagus.
Kan????



Kalau tanya gua pasal Fizik ni, satu haram pun gua tak ingat.
Yang gua ingat, kalau lepas rehat ada subjek Fizik, jangan der cari gua.
Masa tu mungkin gua dah sampai rumah.
Tengah tidur.
Lari ikut pagar belakang dekat rumah guru.
Wahahaha.



Gua syak, cikgu Fizik gua pun dah malas tengok muka budak-budak kelas gua.
Sampai satu hari, cikgu Fizik gua bilang, kelas gua ni KELAS BELAKANG PARANG.



KALAU LU PANDAI, APA MAKSUD KELAS BELAKANG PARANG???



P/S : Bagi penggemar novel cintan cintun, yang asyik layan novel Norhayati Berahim, Sharifah Abu Salem, Anis Ayuni, Aisya Sofea, gua rasa, boleh jugak kalau sekali sekala lu orang tukar genre bacaan lu orang. Hehe. Tapi terpulang, citarasa kita tak sama kan.

19 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. ni yang aku lemah ni teka teki ni!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...hang dh antaq ke kad?? aku lum terime weii....

    ReplyDelete
  3. aku xtau pon sape shannon ahmad.maknenye aku dgn shannon 2 lg jauh hubungan kitorang berbanding ang.hahah

    ReplyDelete
  4. fizik mmg best...sbb sll bole tuang kelas....haha

    ReplyDelete
  5. lemah jugak subjek fizik.. tapi cikgu fizik sis dulu baikkk sgt!!! sabar jek dengan kerenah anak murid dia yang sengal nih!!

    ReplyDelete
  6. jap nak tanya karam singh walia. huhuhu.

    eh, tukar kaler lagi?

    ReplyDelete
  7. Tarmizi?..macam nama anak buah gua saja..

    ReplyDelete
  8. gua suke karya beliau bertajuk shit

    ReplyDelete
  9. kila,

    haha. teka teki mende woi. soalan cepu emas je nih. haha.

    ReplyDelete
  10. sahrom,

    mana aku pos lagi, insyaallah next month. ramai lagi yg belom bagi alamat.

    sabo ye. ;p

    ReplyDelete
  11. aleen,

    laa..aku pun tak kenai ang!!! haha.

    ReplyDelete
  12. kak Nafira,

    haha. sama lah kita. cikgu tu pun dh malas nak layan karenah kami sekelas.

    baeknya chekgu. haha.

    ReplyDelete
  13. GBunga,

    amboi.. amboi..

    sampai tanya brader karam. haha.

    dah brp hari pakai kaler biru ni tau.hehe.

    ReplyDelete
  14. relevan,

    eh? ntah2 orang yang sama????

    ReplyDelete
  15. eJai,

    hehe. tapi gua tak suka SHIT. haha.

    ReplyDelete
  16. erk.. berapa minit ek lelaki habiskan masa di tandas..

    ReplyDelete
  17. adrzman,

    setengah jam! berak batu. haha.

    ReplyDelete
  18. sastera ku kurang bagus sebab ayat kurang bunga...name je bunga2...hihihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post