Adik kesian tengok mak. Mak asyik tidur je. Adik faham, mak kerja kuat nak besarkan adik. Nanti bila adik besar, adik nak tolong mak. Kalau boleh, adik nak jadi doktor. Adik nak kumpul duit banyak-banyak, nak buat rumah besar untuk mak. Adik nak bawak mak jalan-jalan. Mak tak pernah bawak adik jalan-jalan. Adik faham, mak tak ada duit. Tapi tak pe, adik sayang mak. Kalau adik jadi doktor, adik boleh tolong ubatkan sakit-sakit mak adik. Adik janji.
Hari tu, mak adik gaduh-gaduh dengan tuan rumah. Mak dah berapa bulan tak bayar sewa rumah. Tuan rumah nak halau mak dengan adik keluar dari sini. Mana adik dengan mak nak tinggal lepas ni?? Tapi mak janji, mak akan bayar sewa rumah lepas dapat gaji hujung bulan nanti. Adik nampak muka mak sedih sangat. Adik nak tolong mak, nak kurangkan beban mak. Tapi adik kecik lagi, adik tak boleh kerja. Mak pesan, suruh adik belajar rajin-rajin. Ilmu je boleh bantu adik suatu hari nanti, adik ingat pesan mak. "Adik janji, adik akan belajar sungguh-sungguh". Adik peluk mak adik.
4 hari lepas, ada orang datang rumah adik. Diorang pukul mak adik. Mak adik melawan. Mak adik menjerit. Mak adik kena pukul, kena belasah. Kesian mak adik. Mak adik menangis, tapi diorang tetap pukul mak adik. Adik nampak badan mak berdarah, luka. Mak adik mengerang sakit sampai tertidur.
Dah berapa hari mak adik tertidur. Dah berapa hari jugak adik tak makan, tak minum. Adik panggil mak, adik kejutkan mak, tapi mak tetap tak bangun-bangun. Kesian mak, mungkin mak sakit lagi. Tak pe, biar je mak tidur. Biar hilang sakit mak. Adik akan tunggu sampai mak bangun. Nanti adik nak makan dengan mak.
Adik dengar ada orang ketuk pintu rumah adik. Tapi adik tak ada tenaga nak bangun sebab adik dah berapa hari tak makan, tak minum. Ohhh.. Tuan rumah sewa adik datang. Adik tengok dia menjerit. Adik tengok dia bercakap-cakap kat telefon. Lepas tu, ramai orang datang. Adik tak kenal mereka. Adik tengok, diorang angkat mak, masukkan dalam plastik hitam dan angkat mak masuk atas trak.
Mana diorang nak bawak mak adik?? Kenapa diorang tak bagi adik ikut mak sekali?? "Abang.. tolong lah. Adik nak ikut mak. Bawak lah adik sekali. Jangan tinggal adik kat sini. Nanti adik nak tinggal dengan siapa??".
**********
SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.
Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.
Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.
"Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.
“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.
“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.
“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.
Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.
“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
15 comments:
napa la depa dera kanak2..depa dera la diri sendiri huhuhuhu
huhuhuhu tetiba hati kau seperti seorang wanita mithali yang berjujuran air mata kasihan :(
naseb bek aku dah teriak baca pasai budak tu tadi... kalo tak mesti aku teriak lagi......
huhuhu.. sebak sgt baca berita nih pagi tadi.. kesian sangat..huhuhu..:(
Sedih sgt... gua kalo sedih2 tak boleh nak meluah perasaan.
geram la dorang ni..suka suki nak pukul..nak bunuh org..pegilah bunuh cicak!
Ya Allah. sedihnya!~ kenapa ada lagi manusia hati binatang macam nie,? xkesian ke kat udak tu.... :(
Apesal ko wat entri sedih ni GC
smp ak pon smcm bace karangan ko tu
hukhuk
huhu.. sangat sedih! :(
salam ziarah..
sedinhnye baca entri ni..kat msia ni mcm2 da perkara da berlaku..:(
aku cukup bnci dow org yg rakus dgn budak2
hadoiiiiiiii....otak letak kat pale lutut!
Sedih baca paper td... :'(
macam real la cerita nko..
Tapi, memang kejam ka orang yang bunuh emak budak tu!
kesian anak dia. Mesti trauma sampai bila-bila. nampak emak meninggal depan mata..
Post a Comment