MASALAH KOMUNIKASI YANG MEMBUATKAN KITA DILABEL SOMBONG

Kalau dah cakap Kedah tu pekat, tok sah nak buat macam mana pun, tetap akan bunyi Kedah jugak. Kalau pun cuba nak tukaq, tetap dengaq macam sangat buruk. Ini yang tension ni sebab kajian menunjukkan, orang Kedah ni memang lah teramat peramah dan ibarat kata bidalan, very friendly.


Kadang-kadang, rasa kurang yakin untuk menuturkan kata, contohnya malu dengan kepekatan bahasa yang ada tu membuatkan sorang manusia itu boleh di kategorikan sebagai manusia yang sombong.


Contohnya, apabila sedang bersembang dan rakan sparring kita merangkap rakan sepersembangan itu asyik menyuruh kita mengulangi ayat-ayat yang kita tuturkan, itu memang boleh membuatkan kita rasa macam malas nak bersembang lagi dan lebih baik bercakap dalam bahasa lain selain bahasa ibunda kerana 'im look stupid when i speak in Malay'. Ohh demm.. Pelisss forgive me ya.


Saja nak habaq, like this morning kan, seorang manusia bertanya berkenaan sarapan. "Dah sarapan?" Soalannya kedengaran sangat ringkas di gegendang telinga ini tapi apabila berkait rapat dengan seorang manusia yang datang dari hulu Kedah yang suka bersembang dan love to talk, soalan yang ringkas itu mungkin di jawab sebanyak satu perenggan panjang.


"Ohh.. dah makan dah. Pagi tadi aku menyeghok makan nasik lemak, seghingghit ja hang tau, punya la mughah. Masa aku dok di Penang dulu, mana dok jumpa nasik lemak hat ghega seghinggit macam ni. Sambaii ikan bilih dia memang sedap, kacang goreng dia pun rasa sedap aihhh. Tapi nasik dia sikit pulak, tapi tak pa, satgi kalau lapaq, aku mengkedaghah roti pat sagi pulak. Tapi takat ni boleh la nak tahan sampai tengah hari'".


Tapi di sebabkan rasa malu yang amatzz dengan kepekatan bahasa ibunda, maka soalan yang di tanya tadi hanya di jawab dengan senyuman paling comel sambil menganggukkan kepala. Ohhh.. Look so sweet.


Kalau di pikiaq-pikiaq balik lah kan, Pak Lah dulu pun ada gak cakap utara masa orang interview dia, Tun Mahathir pun sama, selamba dan rilek ja cakap bahasa utara. Mamat Khalid pun tak malu cakap perak. So,wat der hal pulak aku nak rasa malu kan?? Mana tau satu hari nanti, aku pun boleh jadi orang hebat macam depa-depa ni. Ekekeeke.

15 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. setuju itu..masalah komunikasi membolehkan pelbagai persepsi yg timbul..negatif atau positif

    ReplyDelete
  2. biasala la tu....aku balik kampung bapak aku dok senyap memanjang je...bukan sombong sebab sepatah haram aku tak reti cakap jawa...diorang speking jawa aku dok diam jela..nak sampuk kang takut kena lompang!!

    ReplyDelete
  3. hah. tau takpa. jadi, berbanggalah dhn dr det kita.

    psstt..hang mmg cakap pekat mcm tu ka?

    ReplyDelete
  4. maksu langsung x paham apa kak ipar biras maksu ckp, bahasa utara dia sgt pekat

    ReplyDelete
  5. Jom ikut koi pergi melantok !..

    ReplyDelete
  6. memang jadik pekerja paling sopan lah ginnih!!!muehehehe

    lepas nih kalo orang tanya.. jangan lah cakap cam ketapi..memang org x paham... tapi kalo cakap sebaris2.. bulih paham lagi kot..kikiki

    ReplyDelete
  7. betul2..mcm echah bantai kecek klate jah..nk cakap bahasa luar nnti muntah pulak org kmpg dengar.haha

    ReplyDelete
  8. klu dok jauh, pas 2 jmpa rkan skpg, rasa sgt best bila dpt ckp lpas bhsa utara...
    tp kan... mak aihh, pelat ang kuatnya, aku tak phm.. menyeghok 2 pa.. aq tak pnh dgaq pon...

    ReplyDelete
  9. aku ok ja cakap kedah..... lantak ah depa paham ka dak. azri tu tak larat dok tanya balik, last2 dia buat2 paham sendiri la apa aku cakap....... bahasa jiwa bangsa kan??? go go bangsa kedah!!!!! he he......

    wei, bila nak bagi can kami mentekedarah laksa hang buat....??? harrrrrey sunggoh, layoq2 pastu senyap..... mau jumpak satgi aku penampaq nambelaih daih.....

    ReplyDelete
  10. betui2..cam gua..cakap kedah bila balik kedah..sepatah haram depa x paham..padahal gua cakap kedah pior campur minang..awat sampai lagu tuh depa wat gua cenggituh..depa ngat gua nie xdaq perasaan ka?

    ReplyDelete
  11. Kadang-kadang bila buat lawak guna bahasa kedah, naik geram jugak kalau orang tak gelak

    ReplyDelete
  12. aku ni lembab skit bile org lain ckp loghat.. x biase.. :)

    ReplyDelete
  13. loghat kedah ngan terengganu ada gak yg sama bunyik...

    hang menten je ckp kedah tu, gua syok dengaq oghang kedah cakap..hehehe

    ReplyDelete
  14. paling tensen bila tgk tv,pelakon2 nk buat ckp kedah,tapi xjadi.camtaik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post