MACAM MANA BOLEH TERSALAH HARI NI?

ni sambungan entri awal pagi tadi. aku salah taip la woi, tak payah ar nak kutuk-kutuk. haha. serius, dalam kepala aku memang dah set hari ni hari jumaat, sebab tu hari ni aku mai keja pakai baju kurung, tapi tah kenapa aku pi taip hari ni hari isnin. haha. ni la kesan naik turun tangga, buat urat-urat kat saraf serebrum dan akal tunjang aku dah bengkak dan efek kepada daya kepala hotak nak link ke jari mengalami masalah. (ok, ini merepek, tak paham tak pa).


benda paling penting yang aku ingat hari ni hari jumaat adalah hari ini aku rehat lama sikit, dua jam. kalau dak, sejam ja. sejam tu, nak korek telinga pun makan masa 10 minit dah. nak pi kedai makan, pilih lauk pun dah amik masa 20 minit. nak solat zohor lagi, tapi dah nama pun orang bijaksana, walaupun rehat sejam, mesti sempat punya. hihihi. (ini part perasan).


hari ni memang konpem hari jumaat sebab hari ni ada pasar malam. ini cerita minggu lepas, aku memang dah lama nak makan buah mata kucing. kucing kat blok aku semua habih buta sebab bila jumpa, mesti aku korek mata beliau dan kunyah-kunyah dengan lazatnya. errkkkk.. geli.. 


ok, ceritanya minggu lepas beli buah mata kucing. harga kemahen mahal, sekilo rm8. beli arr jugak sebab anak cacing dalam perut ni kempunan nak makan. balik rumah, eksaited gila vavi nak makan buah mata kucing, cari plastik sana, jumpa sayur, cari plastik sini jumpa bawang, cari plastik sinu jumpa bihun sup, cari plastik suni jumpa jambu batu.. demmmm.. 


buah mata kucing tu taktau tercicir kat mana!!! serius kecewa.. malam tu tidur tak lena. termimpi-mimpi buah mata kucing. haha. petang ni kalau muka tak malu, memang nak pi tanya pak cik yang jual buah mata kucing tu, ada simpankan tak buah mata kucing yang aku tertinggal minggu lepas. harap-harap pakcik tu ganti balik buah mata kucing aku. amin.....

13 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. heheheh..
    yeaahha..esok coti..
    bestnye mata kucing..nak sikit..heheh

    ReplyDelete
  2. Salam CG...

    Hang ni kempunan ka mengidam?
    Huhuhu....

    Apapun, mata kucing memang best.
    Tapi sebelum makan, aku cadangkan rendam dulu lebih kurang sejam dalam sebesen air. Tujuan untuk menghilangkan racun yang disembur masa buah ada di pokok lagi.
    Ada orang kata, bila dah rendah buah cepat rosak, tak tahan lama...Aku pula cakap, jangan simpan, makan terus sampai abis sekali hadap!

    ReplyDelete
  3. ccc- nak? beli sendiri okehhh.. haha

    kuasai minda- hamboi mulot, lazer hang nohh kata aku mengidam. haha.

    aku pun, basuh2 terus ngappp.. tak simpan dah walau sikit. haha.

    ReplyDelete
  4. ak pon igt ko tgh mngidam ni..haha

    smoga hajat mkn mata kucing tercapai harini
    klo ttinggal lg mggu depan smbung lg entri ni..

    ReplyDelete
  5. Kome semalam kerja..hari ini kerja..esok juga kerja lusa hari ahad pun kerja..kerja angkat sekerap kat kebun..

    ReplyDelete
  6. mengidam oiiii!!

    hantaq sket buah mata kucing.kalo mata rimau,mata gajah ada jual,beli skali taww..miahahaha!

    ReplyDelete
  7. c u kat pasar malam!!! aku nak cari derian!!!!

    ReplyDelete
  8. memang harapan lah makcik tu nak simpankan.. biasa dia dah jual balik.hehe. Beli jelah yang baru...

    ReplyDelete
  9. pi mintak mata kucing kat KOG..dia byk mata kucing...:)

    ReplyDelete
  10. perghh lu ngidam ke nih der? wahh kalo betul gua rela belikan lu 2kilo buah mate kucing heheh

    ReplyDelete
  11. orang dah kahwin ni memang selalu tersasul kalau hari jumaat.. keh3x

    ReplyDelete
  12. musim mata kucing ka lani weh
    kat rumah aku tak berbuah pon lagi

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum

    balik kampong ke??

    lame tak hapdet....

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post