kisah budak itu di dalam kelas

ada seorang budak yang memang aku kenal sangat sejak dia lahir sampai dia sebesar anak gajah sekarang, dan sudah berlaki pun. beliau masa sekolah rendah dulu, ada rahsia yang tidak diceritakan kepada ramai orang kerana bakal digelakkan dan dikutuk secara marathon. maka, baiknya jugak dia berdiam diri. sebab orang kata, banyak cakap, banyak salah. bila dah banyak salah, akan banyak dosa. jadi, maka tidak syak lagi kenapa dia ambik langkah untuk berdiam diri.

di sebabkan blog ni adalah diari masa depan yang mahu beliau kongsikan bersama anak dan cucu-cucu beliau, maka beliau pun mengambil keputusan yang paling bijak untuk berkongsi cerita sengal ini bersama kawan-kawan dan anak cucu beliau nanti. mujur lah, ramai antara kawan-kawan yang baca blog beliau bukan beliau kenal pun. tengok je kat kotak komen tu kemahen macam kenal rapat, padahal harrrommm tak kenal.

suatu masa dulu, di sekolah rendah jenis bukan kebangsaan cina mahupun tamil, ada seorang kanak-kanak kecil darjah berapa tak ingat, beliau memang sengal sengalan.

sebelum tu, adakah kawan-kawan tau apa itu singgam? singgam ni adalah adik beradik sebapa dan seibu kepada chewing gum. di sebabkan kebijaksaan orang-orang kampung kanak-kanak tersebut, maka menatang kunyah-kunyah itu hanya dipanggil singgam.
 
berbalik kepada cerita kanak-kanak tadi, beliau memang pandai membuat letupan menggunakan singgam yang dimakan. biasanya, singgam tersebut dibeli di kedai Pak Lang Haron yang masih beroperasi sehingga sekarang. singgam yang dibeli biasanya menghabiskan kesemua duit sekolah petang beliau, iaitu sebanyak lima kupang.

letupan atau bola menggunakan singgam bukan mudah untuk membuatnya. hanya orang yang pakar sahaja mampu membuatnya dan mampu menunjuk-nunjuk kepada kawan-kawan yang tidak tahu membuatnya. tidak semua orang boleh membuat bola menggunakan singgam, ternyata kanak-kanak itu sangat bijak sejak azali lagi.

untuk kesekian kalinya, kanak-kanak tersebut merasa jemu dan bosan dengan fungsi menatang singgam itu, asyik asyik buat bola dan 'show off' kepada kawan-kawan. maka hari tu terjadilah idea bangang lagi mangkuk kanak-kanak itu.......


..............................................


dirumah, kanak-kanak itu dimarahi oleh emaknya. puas emak beliau berletiyaq sambil menyapu sejenis minyak di leher kanak-kanak riang itu.


"orang, singgam tu orang makan ja, bukan buat rantai boh di tengkuk. ni tak pasai-pasai kena baju sekolah, kena rambut".


grrrrr... mak, diam-diam sudehhhhhh...

24 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. dulu, mase aku belajar ada member aku dr singgam?? aku tanye singgam tue nama pekan ke?? dia kata aku dari simpang renggam dipendekkan jadi singgam hahahahahah

    ReplyDelete
  2. Org kampung aku pun boleh dikatakan bijaksana jugak sbb panggil menatang tu singgam.

    Cukup ke singgam lima kupang nak buat rantai? Mesti halus aje rantai ko. Kalau nak sebesar batang mancis belilah sampai seringgit hehehe

    ReplyDelete
  3. Miahahahaha...jijiks! euwwwww..

    ReplyDelete
  4. hahahaha hang ni betul2 mengembalikan nostalgia la...singgam tu time kecik2 dulu aku sebut....sekarang dah cool skit sebut chewing gum..

    ReplyDelete
  5. aku penah telan singgam. punye cuak sebab takut kalau2 singgam tu terlekat kat tali perot.

    bahye woooo...

    ReplyDelete
  6. Singgam wakaka! macam singgang ikan jer..

    Orng singgam tu boleh buat belon besau2..

    ReplyDelete
  7. itu namanya kreativiti... ia adalah amat berkurangan dikalangan pelajar² di malaysia, harap semangat rantai singgam itu dapat dipupuk kembali :)

    ReplyDelete
  8. singgam best..penah kunyak singgam sampai cair..heheh

    ReplyDelete
  9. hahahaha.lu kecik2 dh kreatif heh bagus glerr heee

    ReplyDelete
  10. sepupu aku dulu gaduh-gaduh sampai tertempek singgam kat atas kepala..alamatnya memang botak lah kepala kat tengah2 tu

    ReplyDelete
  11. singgam jenis ape?pembalut yg bole buat tatoo tu ke...ekeke

    ReplyDelete
  12. sahrom: awat tak cakap singgam yg cite hindustan tu weh? hahaha.

    YB: masa tu singgam boleh dapat sekupang 2, so kalo beli lima kupang, dok boleh buat stok banyak2.haha.

    cik shinju: grrr... jujurnyaa.. haha..

    hantwo: orang tempat lu pun sebut singgam jugak? har har har.

    ReplyDelete
  13. teringat singgam yg mario kata tu..tatoo tu,bubuh kt lidah,pestu jelir2 kt org.pestu kena penampaq dgn pak masing2.gyahahahahaha!!

    ReplyDelete
  14. sepet: betui la, depa kata takleh telan singgam. aku pun jadi takut, aku memang tak telan. bahaya woo.

    relevan: haha. takpandai wat belon besar2, nnti tertutup hidung kalau belon tu pecah. kah kah kah.

    kog: hahaha. memang kreatif kan? ok,memang tidak syak lagi. hohohoh.

    cikceriacorner: memang kena hilangkan gula kat singgam tu, baru senang nak wat belon. haha.

    ReplyDelete
  15. hahaha.. dulu aku suka singgam. tapi, la ni tak suka dah.. sebab singgam orang buang asyik melekat kat tapak kasut aku..

    ReplyDelete
  16. budak-budak kecik kalau dilarang makan singgam lagi lah nak makan. tulah akibatnya sampai ke rambut. keh keh keh.

    ReplyDelete
  17. kite terer buat belon letup2 pakai singgam tu. tak sangka rupanya cuma insan terpilih je yg mampu buat ek? kikiki~

    ReplyDelete
  18. sis dulu panggil cekelat getah.. lamanye x makan.. kekekeke

    ReplyDelete
  19. cis..singgam punya kisah lak erk..nape lu x letak kisah manikam pulak..jauhari ker..manikam kenal jauhari ke x..?hahah..lamo x datang uhma lu nie..

    ReplyDelete
  20. Sib baik tak kena cukur je rambut hang tuh!

    ReplyDelete
  21. Dulu, singgam tu aku buat misai panjang, macam apek tukang jahit dalam ali baba tu..
    Tapi la ni, kalau suruh buat lagi macam tu, tobat aku tak buat dah. Maunya punah ranah misai ori aku ni....

    ReplyDelete
  22. dulu menyampah betoi aku tgk org buat letup2 singgam...pasalnya aku tak tau nak buat..hua3x...

    ReplyDelete
  23. days: usya kaki arr. memang genius dari kecik2 lagi. haha.

    six september: aku igt, abih tengkuk aku sekali baju sekolah kena singgam. bangang gila masa tu.haha.

    mario: kah3x. betui2. siap jilat pembalut tu dgn ayaq liyuq, pastu tempek kat tgn. ohhh.. sweet gila. haha.

    ReplyDelete
  24. kak anis: haha. ada ka letak kt lidah? grrr.. nnti jd lidah hantu. haha.

    pala maldini: betui, kalo naik public trasport macam bus tu, bertempek singgam kat atas kerusi. haha.

    nita: haha.perli aku nampakkk.. haha.

    GB: haha. of kos la, memang la kita insan2 terpilih. haha.

    kak nafira: ibu2 mengandung jgn dok terai makan lak. tak baik utk anda dan baby. hehe.

    one2paii: org sewel dah mai balik dah. haha.

    msgoodnite: haha. mak aku gunting sikit hujung rambut. grrrrrrr... lawak bangang btui.

    kuasai minda: bang, terai buat skrg ni, nk tgk. haha.

    sham: kesian jgk kat hang ni kan.haha. takpa, usaha tangga kejayaan. keh3x

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post