KUASA TELEPATI

perasan tak, dulu-dulu kalau tengok tv, banyak betui drama-drama pasal kuasa telepati. kuasa telepati ni kalau di rujuk kepada kamus dewan kampung kuala ruman iaitu kampung aku sendiri, adalah merujuk kepada kuasa minda yang diberikan oleh Allah kepada hanya orang-orang yang terpilih. maksudnya, tak semua orang dapat kuasa telepati ni. telepati ye kawan-kawan, bukan telemerpati. kuasa telepati ni membolehkan seseorang itu berkomunikasi dan mengetahui sesuatu tanpa perlu berkomunikasi malahan dari jarak jauh. grrrr.. apa aku merepek ni.


alkisahnya kemarin ada seorang budak, dia nak makan bihun, maka dia telah shout di facebook beliau mengenai jenis-jenis bihun yang terdapat di pasaran samada bihun sup, bihun kuah, bihun hailam dan sebagainya. dan beliau mempunyai seorang kawan blogger di facebook beliau yang mencadangkan beliau makan bihun tomyam. ohhh.. bagusnya pendapat itu.


maka, setelah tamat waktu bekerja, budak itu pun pulang ke rumah sambil membayangkan menu bihun tomyam untuk makan malam nanti. alkisahnya, budak itu tertido depan tv dari lepas asar sampailah ke malam, berkemungkinan hampir pukul 10 malam, dengan tv terpasang, rumah gelap gelita. hampir pukul 10 malam budak itu merasa terkejut yang amatzzz dan terjaga dari tidur dalam keadaaan mamai apabila melihat kepulangan laki beliau. ohhh... lakiku pulang, bisik budak itu di dalam hati dan sambung tido tanpa memperdulikan kepulangan lakinya.


laki budak tersebut membawa pulang sebungkus bihun sup ye kawan-kawan. inilah yang dinamakan kuasa telepati tersebut. tanpa perlu sms dan menelefon, si laki telah tahu kehendak dan tahap kebuluran si bini. mungkin selepas ini, budak itu boleh berimaginasi untuk makan burger prosperity pulak, mana tau kuasa telepati si laki akan membolehkan beliau makan burger prosperity. hehe.


tamatlah cerita pasal kuasa telepati. malam ni nak makan .... hmmmmm... no idea pulak.

23 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. erk..buruknye pangai budak tu..ish3x :P

    ReplyDelete
  2. haha.. sebenarnya laki 'budak' tu baca status 'budak' tu di FB, sebab itu bila balik laki dia bawa bihun!

    ReplyDelete
  3. ceh. igt dia nak balik buat. hahaha~~

    ReplyDelete
  4. cik shinju: buruk? kah3x. tidak lahhh...

    pala maldini: haha. aku pun syak macam tu. keh3x.

    GB: haha. tertido la GB.

    ReplyDelete
  5. gua suspek lu ngn laki lu leh ganti romeo n juliet.siyes memahami.nih ke yg di panggil amazing nye kawenn

    ReplyDelete
  6. days: glurppp.. tipu je weh, dia baca status fb gua. kah3x. takdak la telepati sgt. ekekeke

    ReplyDelete
  7. hahahahah sengal la hang ni...betul2 isteri soleh lagi solehah :P

    ReplyDelete
  8. telepati hanya berkesan dari FB !


    kehkehkeh...

    ReplyDelete
  9. nak minta budak tu burgerla.lapau la plak..ehheh

    ReplyDelete
  10. hebat betul dak tu tido...ekeke

    ReplyDelete
  11. gua pun nak minta budak laki a.k.a si suami tuh untuk belikan gua sebijik kehte dan uhma..dasat betul laki tuh kan..kuikui

    ReplyDelete
  12. wah!!!!! dh ada dot com!!!!
    hahaha...

    btw, ini link baru tau..

    ReplyDelete
  13. isk3.. x senonoh sungguh budak itu kan~ bukan nak balik masak bihun tomyam.. dia balik tido plak! kekeekke

    ReplyDelete
  14. kuasa telegram pon xsemua ada kan?abg2 posmen je yg terpilih.hak2

    ReplyDelete
  15. haahha...bagusnya suami budak ituu,,,rasamcm romantik je...;)

    ReplyDelete
  16. kalu baca buku2 dr fadzilah pun, beliau ade sebut psl kuasa telepati nih...

    ak pn prnah kena. waktu tu, tetiba ak ase rindu ngn kwn ak tyme mrsm. yg ajaibnya, petang tu jgk beliau kol ak~!

    kuasa telepati punya psl. Allah telah sampaikan rasa kerinduan ak kt kwn ak tuh

    ReplyDelete
  17. aku just blh geleng pala jeh..kehkeh

    ReplyDelete
  18. wah, kena berlatih kuat2 ni bertelepati

    ReplyDelete
  19. stiffler: eh, gua kah? haha. bukan kot.

    hantwo: gua memang soleh dan solehah. aminnnnn.. hehe.

    alien: grrr.. dia budak yg baik tau..

    kak reen: haha. betul, sgt berkesan untuk kuasa telepati. hahaha

    ReplyDelete
  20. hiro: hmmm.. kalo lah wujud kan.. huhu..

    cikceriacorner: grrr.. beli sendiri k. gaji dah abesss.. haha.

    mario: grrrr.. mana ada. ekekeeke.

    one2paii: rasa nak kena lempang je budak one2paii nih!!! haha.

    aliesya: jgn ngada2. dah lama tau, since last year. grrr///

    kak nafira: budak itu betul2 penat, kesian la kat beliau.. haha.

    aleen: jenuh nak tggu kalo guna kuasa telegram. mati semua anak cacing dalam perutttt... haha.

    echah: haha. merepek lah, tak romantik langsung. kah3x.

    budak kecik: lu nih byk sgt tengok drama melayu nih. haha. tp serius, mmg ada pn. ;p

    pencacai alim: dan aku mampu anggukkan kepala. hehe.

    maksu: haha. jom kita berlatih bersama2. haha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post