koyak dan kupas

ni nak habaq ni, orang kedah kata, kalau nak kupas kulit buah tu, depa tak kata kupas kulit.
depa kata, koyak okeh. haha.
memang la koyak tu macam koyak kertas
tapi dari azali lagi dah cakap macam tu, jadi sukar nak ubah.
tapi kalau ada orang kedah kat sini yang claim depa sebut kupas,
maka orang kampung aku je la kot yang salah nahu dan tatabahasa.
tapi jangan risau, BM aku masa SPM tak kantoi.
lulus dengan cemerlang.
kah3x.
perasan.




"mai sini nak koyak kulit pelam itu"

hari tu beli pelam ni 3 kilo, tahan 3 hari ja. siang malam
pagi petang mentekedarah pelam
memang spesis perot tong.


ni pasal orang dari selatan tanahair
yang baru datang ke kedah
kononnya orang kedah akan tambah Q kat belakang ayat
contoh paling umum sekali: ayaq, bakaq, lapaq, lempaq, tampaq, ajaq
jadinya, orang tu kat kedai makan
nak order kopi

"bagi ayaq kopiyaq satu"


bangsa penjajah mana hang ambik ni woiiii...
merosakkan bahasa betul
kasi sekeh kepala kaw-kaw baru tau
pantang keturunan raja tak berapa bersiong
ada orang merosakkan bahasa budaya bangsa macam ni.



sekian, selamat hari jumaat
esok sabtu
lusa ahad
selamat bercuti dengan cemerlang, gemilang dan terbilang
kalau ada yang berhajat nak cari minyak masak hujung minggu ni
selamat mencari!!
hihihi










14 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. salam,

    hari ini hari jumaat,
    hari esok hari sabtu,
    hari ini tanam mayat,
    hari esok jumpa hantu.

    ....pantun kanak-kanak...dari anak murid saya.

    ReplyDelete
  2. besar betul naksu makan kau.. haha :D
    gambar zahra tu mengoda aku lah. aww

    ReplyDelete
  3. perghhhh perut saiz ikan paus.....kalo aku bagi lembuu sekor mesti hang telan terus...

    ReplyDelete
  4. sila juga jangan menggunakan perkataan pendek "ek" tanpa tauliah seperti kebanyakan orang di tv dan radio, pesan rakyat johoq... hehehe

    ReplyDelete
  5. cikgu ahmad humairi- grr.. nak kena jawab ka pantun ni? huhu.

    cik tipikal- pelam tu macam nk lembik dah.so kena abihkan. (alasan).haha.

    hantwo-saiz ikan paus?? macam tu, sekali dgn lu, gua telan. haha.

    KOG-arghh..tak kira. nak guna jugak. haha. lalalalala...

    ReplyDelete
  6. kalo kopek? org pantai timur lain plak maksudnye..heheheee

    ReplyDelete
  7. baru malam tadi pegi beli buah pelam. rasa nak makan sangat2.


    :p

    ReplyDelete
  8. Koyak kupas dan cantas..hahaha!

    ReplyDelete
  9. Same la dengan org terengganu.. sini pun panggil koyak juga atau ngikut ejaan daerahnya - koyok.

    contoh - "Ce mung tulong koyok kulit pelam ni!"

    ReplyDelete
  10. aku baru pasan ke atau ko jugak suda tukar layout?keh3

    ReplyDelete
  11. cintailah bahasa kita..muehehe..

    esok sis keje lagi.. sekerat hari..huhuhu..

    ReplyDelete
  12. kak suka kena marah dgn bro spekybee.
    kalo anggur asik sebut anggoq,anggoq.

    tp mmg laa family kami semua sebut anggoq.apa de hal?

    saya nk makan anggoq!tihihihi!

    ReplyDelete
  13. ayaq kopi org utara dok pakailah xpnh la dok dengaq depa sebut ayaq kopiyaq. hurmm musykilss ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post