taksub dengan bomoh

"Tok, boleh tolong tengokkan dak, saya ni dah lama dah sakit. Doktor kata takdak penyakit pa pun. Pelik jugak. Kalau takdak penyakit, awat sakit habih seluruh badan ni. Aduiii....", kata Miah Karan kepada Tok Deraman.

"Tok tengok hang ni pun lain macam ja, muka pucat. Masa hang langkah masuk kat umah tok tadi, tok tau dah kata ada orang yang dengki kat hang nih. Orang kalau dah dengki, dah sakit hati, depa sanggup buat macam-macam kat kita. Ishh.. tu la. hang mai baring sini, tok nak tengok sat".

Tok Deraman pun memulakan sesi rawatan pada malam tu. Di bacanya beberapa kerat doa yang langsung tak boleh difahami butir perkataan tu.

"Tok nampak dah, orang yang dengki kat hang tu hitam-hitam, pendek, gemuk. Dia ni dulu suka kat hang, tapi hang pulak takmau kat dia. Tu yang dia sakit hati kat hang tu", Tok Deraman mula memberi perincian tentang suspek kepada kes Miah Karan.

"Ish tok, tua ka muda?? Orang kampung saya jugak ka??" Miah Karan mula tak senang duduk. Satu-satu wajah lelaki yang pernah mengorat dia dulu terpampang kat skrin kepala Miah. Hitam-hitam, pendek, gemuk, sapa hah????

"Dia tu orang dekat jugak dengan hang, ada dak orang macam ni yang hang kenai??" Tok Deraman mula bersoal jawab.

Tok Deraman senyum-senyum, membayangkan sekejap lagi dia bakal menerima pengeras dari pesakit beliau. Air jampi yang telah 'dijampi', di serah kan kepada Miah Karan. Esok-esok, mesti Miah Karan akan datang lagi. Masyukkkkk..

Miah Karan yakin sekarang, dah sah lelaki gemuk, pendek hitam tu memang sakit hati dengan dia. Mula dari saat tu, Miah Karan mula melancarkan perang dingin terhadap suspek dan keluarga suspek. Semua orang terdekat dengan suspek akan di benci.


*****************************


Realitinya, orang Melayu kita memang taksub gila dengan bomoh. Tak payah tengok orang lain, kat kampung aku sendiri, melambak orang-orang kita yang mentaliti masih percaya kat peranan bomoh. Sakit sikit je, bomoh akan di cari. Perubatan moden memang tolak tepi. Kalau sakit lama, tak lega-lega, memang sah kena bomoh dengan orang.

Dah masuk 2011 pun masih ada yang sanggup buang adik beradik, sedara mara sebab terlalu taksub dengan kuasa bomoh. Kesian pada yang jadi suspek.



** Dengar cerita, Miah Karan tu sebenarnya ada kemungkinan sakit jantung, tapi orang kampung selalu elak nak pergi hospital, jumpa doktor. Leceh. Kalau sakit, telan panadol. Kalau tak lega jugak, soheh kena bomoh dengan sapa-sapa. Sakit jantung takkan lega kalau setakat telan panadol. Hihihi.

8 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. org kita...macam macam hal! hahaha~

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah percaya dgn bomoh2 semua ni . kalau ada sakit pergi hospital dulu .

    ReplyDelete
  3. itu bomoh siam ka?? aku dengaq bomoh siap power..betoi ka????

    ReplyDelete
  4. kalau pegang agama, memang kita tak akan tergelincir akidah buat benda2 khurafat ni..

    mahsyuk tok moh tu, kalau sekali pergi minah karan bagi RM50 :P

    ReplyDelete
  5. bapak aq perawat cara islam.. meh2 jmpa bpak aq... he3

    ReplyDelete
  6. soheh.










    nak tanya tok moh
    agak agak berapa annual income


    .

    ReplyDelete
  7. tlg tnya bomoh tu, agak2 berapa bayk pahal aku atau dosa dlm kg..
    ley jwb tak?haha

    bullshit tol!

    ReplyDelete
  8. kekadang bomoh2 nie ngarut!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post