• News

    11 March, 2011

    heyy.. aku orang kampung, engkau orang bandar

    Aku lahir di kawasan pedalaman, dalam daerah yang terbesar di negeri Kedah. Bendang, sungai, kebun getah, kebun buah, semua tu adalah tempat paling heaven sekali nak buat apa-apa aktiviti. Kalau hujung minggu, tak sah kalau tak habiskan masa siang di sungai.



    Dari pagi sampai bawak ke petang, selagi perut tak lapaq, selagi ayah tak bawah ranting pokok nak tibai, selagi tu tak balik. Kulit masa tu jangan cakap lah, memang hitam. Nak lagi best, pi curi tebu orang yang dekat-dekat sungai. Pi curi timun kat kebun cina, makan dalam sungai. Lapaq punya pasai, nak balik makan kat rumah, sayang pulak nak tinggalkan sungai. Kadang-kadang, bawak bekal nasik dari rumah, mai makan tepi sungai. Lauk ikan temenung goreng dengan toyu (kicap), letak la kuah gulai sikit kalau mak masak gulai, dah memang cukup terbaek, sedap nak mampuihhhh orang Kedah kata.



    Nak lagi terbaek, tepi sungai ada pokok yang akar dia panjang-panjang. Boleh bergayut macam tarzan, terjun dalam sungai. Cebummmmmm!! Ayaq sungai terpercik. Syok woo. Kena jaga-jaga jugak, takut terjun atas kepala kawan kat dalam sungai.



    Selalu pi sungai, bawak kain batik mak, tak pun kain baju kurung. Nanti, boleh buat pelampung. Kalau budak-budak lelaki yang anak orang kaya tu, depa ada pelampung yang guna tayar dalam lori. Yang perempuan-perempuan pakai kain batik cukup lah. Kerap sangat mandi sungai, sedar-sedar pandai berenang. Rugi Majlis Sukan tak panggil aku pi belajar kat Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kahkahkah.



    Mulut dah biru, badan menggeletar sebab terlampau lama mandi dalam sungai, kena jugak naik ke darat. Aktiviti atas darat bersambung pulak dengan acara cari udang bawah batu. Batu yang kat tepi sungai, mesti ada udang kat bawah tu. Kena angkat batu slow-slow, kalau dapat tangkap udang tu, masak pun atas batu menggunakan terik matahari. Tunggu sampai udang tu tukar warna merah sikit, cabut kepala udang, trus ngap. Manissssssssss isi udang tu. Hahahaha.



    Kadang-kadang tengah syok mandi, tiba-tiba kawan kat kawasan atas jerit suruh naik tepi sungai. Pakat kelam kabut lari, ingatkan ada boya (buaya), takpun hantu ayaq (air) nak tarik kaki, rupanya ada benda tenggelam timbul. Havaammmm.. Setan mana berak dalam sungai.



    Ni baru aktiviti kat sungai. Belum masuk part terjun dalam bendang lagi, mengail ikan puyu dapat labi. Aiyakssss.. Panjang pulak entri. Kang penulis skrip sesat cilok entri aku buat drama pulak. Hahahaha. Ok, perasan. Dah la, chow. Pesanan dari aku, sayangi sungai kita. Jangan buang bayi dalam sungai. Tahi tak apa. Nanti ikan makan tahi. Gemuk-gemuk ikan tersebut. Hahaha.


    27 comments:

    bujal X said...

    merasa mandi sungai~~saya mandi kat paya je~haha~

    sitinaminah02 said...

    bujal,

    tempat aku tak ada paya rasanya. kalo tak, mesti berkubang je aku & the geng dalam paya. haha

    Kaseh said...

    mandi sungai sgt beshh wokayy.. dulu masa dok kedah..masa kecik2..hari2 mandi sungai,,.hari2 gak kena geget lintah..tapi skang sungai tu dah tak boleh mandi sebab dalam giler pastu ada buaya sesat..hahah

    sitinaminah02 said...

    kaseh,

    kalau mandi tmpt ayaq yg laju, lintah takdak. dia takleh berenang, sbb lintah takdak tgn, dia tak boleh berpaut. haha.

    sarah mohamad said...

    best nya mandi sungaiiii :)

    HaN WarreN said...

    Best ar dok kampung dapat wat semua ni masa kecik....aku dok kat UK emmm sana moden memang takde men cam hang men ni... (hahahahah gile kentang aku dok kat ampang,ramai indon)

    ♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

    aduh...bestnyaaa.....kenangan terindah tu ...:)

    sitinaminah02 said...

    sarah - sekarang dah tak boleh mandi sungai lagi sebab sungai dah dalam, orang korek amek pasir. hohoho. rugi bdk2 skrg.


    han - cam taikkk!! UK tengkorak. haha.


    MB - mmg sangat2 terindah kenangan ni. ;p

    Relevan said...

    Aku orang separa kampung separa bandar !..

    cik fiza said...

    wah syok nye GC nye zaman kanak2..
    sy x merasa sbb dok kt kampung batu bata huhuhuhu~~ umah tinggi melangit... tp syukur ada tempat berlindung..

    sitinaminah02 said...

    relevan - tak main ar separa2. hahaha.


    cik fiza - tak kisah kampung or bandar, yg penting kenangan masa kecik yg kita ada. hihi

    sahromnasrudin said...

    hang ada makan belut tak?????

    Hanis Azla said...

    seronoknya.. akak yg baca ni pun dah dapat bayangkan keseronokkannya.. akak tak pernah ada pengalaman mcm ni..

    sitinaminah02 said...

    sahrom - belut??? tak makan. ikan byk weh, buat apa mkn belut. haha. sekian.


    kak hanis - ala kak, pengalaman org kan berbeza2. sy pn taktau life bdk2 bandar mcm mana. play station pn tak reti main.

    ahmad humairi said...

    nasib baik lahir di kampong, kalau bawah katil, haru biru....hehe

    sitinaminah02 said...

    cikgu - bawah katil? apa motif mak sy pergi bersalin bawah katil? haha

    Linglung said...

    kecik2 dulu rumah gua tepi sungai, tp xpernah berani nak terjun..

    gadisBunga™ said...

    ko dengar hot fm ek pagi tadi??

    hanafijaafar said...

    aku rase la kan, ikan makan bayi jugak... ko tak rasa begitu? sebab tu bila pegi pasar, ikan mata dah merah. merah sebab jadi jahat makan bayi manusia, huhuhu...

    Pala Maldini said...

    wah! syoknye...

    Anonymous said...

    mandi ayor telage jer..

    dulu kecik2, balik kg suka main kat kebun getah..kutip biji2 getah pastu buat main congkak yg lubangnya dikorek2 kat atas tanah..

    budak2 skrg kt kg, tak mcm dulu, especially anak2 MDT, tau main kat beranda jer, sbb skrg keselamatan kat luar dah tak terjamin..

    fiezah91 said...

    hahahaha.. mandi sungai best wooo.. huhu..

    pstt.. yg tengelam timbul tu dah dapat tau x sapa empunya.. ekekeke :P

    HEROICzero said...

    kau buat aku makin ragu2 nak makan ikan.

    T____________T

    ~Nur Zulaiha~ said...

    OK jeles gila,,,
    aku dok bndaq , longkang besaq ada la...
    sg haram nk jmpa...
    tp aq pndai berenang sbb sllu p mndi pool... kahkah(ayat takbleh blah)

    cita la plk pasai bendang lak, best lak baca....
    aku jmpa lintah kat bndang, tgedik2 lompat.. biasa la org bndaq.. hehe

    Unknown said...

    best baca cite ni hehe

    Jeely jelly said...

    waa... bestt oo ade pengalaman cmni.. dr kecik smpy besar, x penah pun g sungai.. sadis ! -.-

    Carnation said...

    part sekolah sukan bukit jalil tu takbleh blah. kahkah

    ingat plak dolu2 ponteng kelas KAFA pastu p mandi sungai. satu kelas join. jadah.

    Total Pageviews

    My Followers