Tapi gua mengaku secara ikhlasnya, gua memang tak pandai masak. Mak gua ada 4 orang anak perempuan, campur mak gua, ada 5 orang kat dapur. Takkan la lima-lima orang nak masak, jadi kita kena cari kelebihan kita ke arah mana. Jadi, gua dengan berbesar hatinya memilih untuk ambik tugas mencuci pinggan, mangkuk, periuk, belanga. Biar yang pandai masak je masak, yang kurang pandai, jangan tunjuk pandai, kang bapak gua boleh cam air tangan sapa. Pernah gua masak, bapak gua tak makan. Bapak gua cakap, gua hanya pandai tumbuk sambal belacan je, sebab sambal belacan tersebut akan jadi pedas macam orang yang tumbuk tu. Ok, kesimpulannya bapak gua nak habaq, gua memang garang. Ishhhh.. gua bangkang 1%!!!
Dulu masa study kat universiti awam yang paling banyak di Malaysia ni, gua dikenali sebagai yang paling pandai masak. Ini bukan propa, tapi fakta. Budak-budak rumah gua tu bukan ikhlas rasanya nak puji gua, tapi sebab depa malas, bila puji gua pandai masak, lagi lah gua bersemangat nak masak. Hahahaha. Hampehhhh. Menu utama di rumah sewa kami masa tu, sambal ayam dan ikan masin.
Masa gua bujang-bujang dulu, gua tak pernah buat agar-agar. Takat tolong mak gua kacau je agar-agar tu. Kuih muih ni memang sumpah gua tak pandai buat. Takat nak bancuh tepung nak goreng pisang atau ubi tu, memang agak cekap lah. Hahaha. Sudahnya, masa awal-awal kahwin haritu, gua terasa nak buat agar-agar. Terus gua sms akak dan adik gua cara-cara nak buat agar-agar milo. Malu. Padahal, boleh je gugel kat myresipi.com.my. Wahahaha.
* Lupa nak habaq, agar-agar gua ada yang terlebih letak agar-agar, dan jadi keras. Ada pulak yang takdak rasa manis langsung.
Kemarin gua gugel lagi myresepi.com.my, terasa nak wat burger malaysia. Masa lunch, gua siap beli yis lagi. Gua balik, terus duduk kat dudur. Campur tepung, campur air, campur semua bahan-bahan yang dah siap gua salin atas buku kecik gua. Sambal ikan bilis pun dah siap gua buat. Punya la pantas. Tiba masa nak menggoreng doh yang telah diuli tadi. Kojaqqqq.. Tak jadi. Tepung dalam tu pun tak masak. Ahhhh.. frusssttt!!! Sudahnya, gua goreng jugak doh tu, kali ni gua buat kecik-kecik. Perghhhh... Lembut gila tepung tu. Cicah dengan sambal ikan bilis, memang terbaekkkk!!!
Burger Malaysia yang nampak sedap. Gambar di kidnep dalam gugel.
* Kononnya kalau jadi burger malaysia tu, nak bawak la sikit ke ofis pagi ni, last-last kena jugak goreng nugget ayam tempura brand ramly. Terima kasih pakcik ramly, untuk produk yang cedappp ini. Nyam3x.
22 comments:
aku paling suka gulai ikan termenung..tersangatla sedap huhuhuhhhhh
sedap nyaaaaa! tak menahan nih. hihi
aku cuba masak bubur kacang mase bujang dulu...konon nak bagi lembut kacang ijo tu...maka direndam semalaman....jadi pokok toge le pulak...hisyyyhhh.
terima kasih pakcik ramly kerana memudahkan org memasak
yeh
masak!! pening pening pening!
gua terer juga masak nasi.. tapi jgn pakai dapur gas, habis!!
Nasib baik emak adam pandai masak. Lu tak nak belajar sama dia ke?
kuih tu mmg nampak sedap beb.
.
takpe.. percubaan lain kali insyaAllah menjadi.. akak pun tak pandai masak gak.. he..he..
Gua masak air memang terbaek !
gua pun terror memasak. campak aje mee dalam air panas, lepas 2 minit mee gua dah siap. Sedapppp :P
aku ingt gambaq yg ang masak da tadi.giler mabeles kan.hahah
Buat bm dulu,
nti bru translet, pening wei, org terer bi nk translet sstgah rujakna yg dlm b.i ke dalam b.m
mati2 aku ingat hat gambaq tu hang yang masak. nak mintak resepi. azri suka beger malaysia.
gua pon xpandai masak.cmne nak kawen nih adesss..hehe.jgn la mak mentua gua nak test ilmu rumah tangga soh gua buat kuih ke hape.gua sumpah reti makan jep.huuuu parah nih! neway.lu mmg idol gua la sis.hehehe
pssttt try nugget tempura marina, lagi masyukk dari pakcik ramly tu
jangan habiskan
gua boleh masak nasik dan lauk. tapi kuih muih, cuma karipap je gua reti. tu pun takat kelim je. hihik!
*bila lu strt ber gua balik ni?
samalah kita, dah kawin baru lah terhegeh2 belajar masak..seb baek dpt laki jenis tak kesah..kalau laki yg hari2 makan kari..pitam di malam pertama..haha!
keh3x kalau ada gambo yang kau goreng tu lagi best. -
eh bukan ke kalau buat burger malaysia, hang kena biar doh naik dulu?
resepi utama masa bujang dulu:sardin 3rasa...rasa pedas,rasa masin, rasa ntahapahapa...
paling craving.
tiap2 pagi bedal beger malaysia dekat gerai nasik lemak kak kiah. tiga seringgit. panas pula tu.
Post a Comment