FIRST TIME JOIN JUALAN AMAL



AHAD
9 DECEMBER 2012


Aku ada join program jualan amal untuk rakyat palestin dan derma untuk 2 orang adik yang sakit dekat Klang. Start berniaga dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Penat sungguh. Mujur ayah Emran sangat membantu, sanggup jaga Emran sementara aku berniaga.



Alhamdulillah, banyak jugak stok tikar evamatik dan busha for kids yang terjual. Risau jugak takut takdak orang berminat nak beli. Awal-awal berniaga pun ada sorang kakak tu dah condemn, katanya kalau beli online lagi murah. Terus aku rasa down. But then, aku tak boleh nak kata apa, kalau dia rasa beli online lagi murah, please beli kat sana ja la. Aku dapat harga dari supplier pun dah macam tu. Mesti la nak kena mark up sikit. Kalau nak jual harga macam harga supplier, mintak maaf la, memang tak dapat untung la. Kalau nak berniaga tapi tak mau untung, baik tak payah berniaga. Huhu.



Hasil jualan tikar evamatik aku dapat almost rm400, so boleh la menderma untuk rakyat palestin dan dua orang adik dekat Klang tu. Semoga usaha kami untuk membantu orang yang dalam kesusahan ni di rahmati Allah.



Kalau tak salah aku, hasil kutipan derma almost rm1500 jugak. Alhamdulillah, ramai yang sudi menderma. Padahal yang berniaga semalam dalam 8 orang saja. Ada jugak pihak2 yang sudi sponsor khemah, tolong bayarkan duit tapak berniaga, sponsor DJ, masyaallah, tak terkira banyak orang yang sudi membantu menjayakan jualan amal kami semalam.



Aku jalan dah terkangkang2 dah ni, sumpah penat. Balik dari berniaga tu, terus pi makan, bola pun tak larat nak tengok. Letih sungguh.







2 orang adik beradik yang perlu di bantu! Hulurkan tangan, ringankan beban.


10 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. tak tgk bola? owhh smlm mal- thai 1-1
    smbung lwan kat thai pulak 13 nie...

    tikaq evamatik tu mntang pa? igat nk ltak gmbaq tkdak plk.. tkpa google laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak larat nak tengok bola dah.. mengantok sgt maa...

      tikaq evamatik tu, kalau taktau, sila gugel.. malas nak tepek gambaq kat sini.. hahaha

      Delete
  2. Insya Allah..

    Moga beban yg ditanggung oleh keluarga kanak2 ni berkurangan sedikit dgn bantuan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. harap2 camtu la..

      kita tolong takat mana termampu..

      Delete
  3. GC, mintak pinjam gambaq dua beradik tu eh. akak nak letak kat blog n fb...tak bagi pun akak amik gak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. amek laaa.. di persila kan.. lagi ramai yang letak kat blog dgn fb, lagi baguih.. maceh naaa...

      Delete
  4. Replies
    1. mana aku tau. aiyooo.. mahapkan daku kila..

      Delete
  5. Allah je yang mampu balas kebaikan ko. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhh.. bukan aku sorang weh.. ramai.. apa2 pun maceh nooo..

      Delete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post