4 December 2012 menjadi hari yang sangat dinanti2kan oleh semua rakyat jelata di Lumut / Manjung / Sitiawan dan kawasan sekitar sebabnya Jusco Manjung akan mula dibuka kepada orang ramai. Tobat orang Manjung pakat serbu sebab sebelum ni kat Manjung ni just ada tesco, giant, 2 bijik billion, the store dan jugak econsave.
Aku pun nak kata teruja tu, tak la teruja sangat, besa ja sebab aku bukan jenis suka shopping. Pi takat jalan2 cuci mata tu ok la. Dulu masa bujang, rumah agak dekat dengan Queensbay Mall tapi jarang2 jugak aku pi. Tak berduit sama. Hahahaha. Itu yang sebetulnya.
Bagi aku, gaji orang2 kat sini takdak la besaq mana kalau nak compare dengan gaji orang kat Penang. Tapi alkisahnya, ramai betui yang tak puas hati Jusco Manjung takdak kedai Guess, takdak kedai Padini, takdak kedai Vincci. Kasut dengan aksesori kat Vincci ok la harga dia, harga mampu milik. Takdak la mahal sangat. Harga Guess dengan Padini apa bala semua tu aku tak pasti sebab tak penah belek2 harga sebab dah set dalam kepala sejak dulu2, tak mampu kot nak pakai barang2 branded. Almaklum la, orang kampongggg. Hihihihihi.
So, bila ada yang kecoh2 pasal Jusco Manjung takdak kedai2 barang branded, aku serius nak gelak. Memang la perlu ada kedai barang2 branded, sebab kat sini pun bukan semua golongan tak berkemampuan tapi bila tengok orang macam kutuk2 ja Jusco Manjung ni, rasa nak tergelak pulak. Kita kalau beli benda mahal, takkan la kita nak beli tiap2 bulan kan, so tak payah la nak bergaya asal papa, tengok dulu la duit dalam wallet macam mana. Kalau takat nak berlagak konon2 pakai barang branded, tapi duit tak berapa nak hadooo, memang kena sangat la dengan pepatah orang dulu2, asal papa janji bergaya!! Keh3x.
Chow.
Sila layan gambar2 pemandangan Jusco yang sempat aku snap guna henpon belekberi cap hayam.
14 comments:
Ramai org kat manjung tu yang menggunapakai konsep "BIOR PAPE ASE BERGAYE" kot!!!.. hi3x
hahaha.. comel la konsep bior pape tu.. kih3x
tahniah laa manjung...kak pi jusco sbb nk pi daiso yg kedai jepun barang 5ringgit tu jaa...hahahhaa!
Orang sana pun kaya2 tau. Itu sebab mereka frust takde kedai branded kat Jusco tu .... ngeeee
sy dulu p queensbay sebab pi makan sizzling ja.. kah3x..
yang tak berapa kaya tapi bajet macam orang kaya pun ramai.. hahaha
salam GC, salam kenal..
jap nak tanya GC skang menetap di manjung @ penang?
manjung also my kampung n penang tempat bermaustatin sekarang..
haha
dah kedai2 tu xberminat na bukak sana, mngkin dari kajian drg buat x masyuk.. tapi ok apa aad jusco..barang dia pun cun apa
salam zie,
sy tinggal kat manjung.
masa bujang tinggal kat penang.
tapi asal dari kedah.
hihih.
heheh. tu la, at least ada kan. ni tak, komplen macam2. padahal dulu shopping kat the store je pun. lawak la pulak.
oic..sabtu baru2 ni baru je round2 area jusco..tah2 kita selisih bahu hehehe
tapi...t shirt padini x de la mahal sgt pon..ade je yg bawah rm10.. t shirt comel2 die pon murah ja..belas belas ringgit je..Sy suka beli t shirt die sbb kain sedap,murah dan comel katun2 die..
tapi sy nak tny...kat jusco manjung tu ada bowling x..? esok nak g main kat situ kalau ada..
Sy bakal berpindah ntt.. Nk Tanya d Manjung Ada kuartes guru tak??
Post a Comment