• News

    28 March, 2013

    PENGALAMAN BERPANTANG SENDIRI

    Sebelum beranak lagi aku dah decide yang kali ni nak pantang kat Manjung dulu sebelum balik pantang kat kampung ku tercinta, Kedah Darul Aman. Lagipun ayah Emran cuti 2 minggu, lama jugak tu. Fikir-fikir balik, pantang kat Manjung lagi senang sebab rumah aku memang dekat dengan Hospital Manjung, senang ayah Emran nak ulang alik pi hospital ka apa. Lagi pulak pikir mungkin baby ada jaundice ka apa, senang la nak pi klinik sebab dekat. Kampung aku kat Jeniang nun memang jauh la kalau nak pi check jaundice, jenuh berulang. Kesian pulak nak berulang pi mai pi mai.  


    Masa aku 'check in' Hospital Manjung selama 4 hari 3 malam jaga Amna, tak la hari-hari ayah Emran mai tengok aku. Aku pun tak kisah, aku jaga Amna, dia kena jaga Emran. Bila dah boleh balik rumah, ayah Emran yang sediakan semua, daripada air akar kayu nak bagi aku mandi, masak nasik, masak air panas, goreng-goreng dan bakar-bakar ikan, panaskan tungku, basuh baju, kemas rumah, semua ayah Emran buat. Cuma yang dia tak buat, mandikan Amna.





     Perwira ku!!! Thanks papa jaga mama dengan anak-anak dengan baik walaupun mama banyak songeh.. kahkahkah..  Nanti mama bagi anak lagi kat papa.. harharhar..


    Hari kedua lepas beranak aku dah masuk dapoq, sebab aku tak suka cara ayah Emran masak tumis sawi. Hahaha. Demand gila tak padan sakit. Nak buat cemana, tekak tak sakit kan. So aku pun gagah la bangun pi masuk tumis sawi. Dah la aku ni bukan penggemar sawi, so memang kena masak ikut selera tekak aku la kan. Banyak songeh!


    Masa aku beranakkan Emran dulu, dekat sebulan jugak mak aku or kakak aku yang tolong mandikan Emran. Aku tengok ja. Takdak pengalaman lagi masa tu, so kali ni, alang-alang dah pantang sendiri, semua kena buat sendiri lah kan. Mujur Amna tu diberanakkan takdak la kecik sangat, 2.94kg dengan size mak dia yang tak seberapa besar ni, consider Amna tu besar la. Takdak la gayat sangat  nak pegang. 





     Amna pakai baju abang Emran. Dah pandai dah sekarang ni, kadang-kadang takmau baring,
    nak suruh kita pegang dia sokmo, nak tengok tv. 


    Kali ni aku berurut awal, sebab masa Emran haritu lambat berurut sampai urat-urat dah masuk angin. Sakit nak mampoih masa bidan tu urut. Aku suruh makcik tu urut 3 hari, lepas tu mintak dia botakkan si Amna. Upah mengurut dengan buang rambut Amna, makcik tu kata bagi la berapa-berapa pun, so aku bagi la RM120. Aku pun taktau rate orang mengurut kat sini berapa. Sedap makcik tu urut. 


    Bila cuti ayah Emran dah nak abih, baru la kami 4 orang konvoi balik Kedah. Sebelum tu balik kampung ibu mertuaku dulu kat Ipoh. Memang sorrrgaaaa balik pantang kat kampung, sebab kak dengan mak aku masak sedap-sedap.




     Emran yang suka makan rociiiiiii (roti)


     



     


    10 comments:

    cheqna said...

    dah ada pengalaman takpe..kalau anak sulung kompem x berani nak pantang sendiri kan

    sitinaminah02 said...

    ha'ah, sangat tak berani. masa anak sulung, awal2 lagi dah balik kampung. hahaha

    monalea said...

    comelnya baby..geram tengok

    sitinaminah02 said...

    secomel emaknya... hahahaha..

    lizz said...

    ololo comelnyer amna...tembam pipinyer tu...

    M a W a D D a H said...

    comel baby amna...mcm mak die jugak..:)

    Kuasai Minda said...

    Semoga bertambah rezeki dalam keluarga dengan kehadiran anakanda yang baru...

    Farha IbuCergas said...

    Bestnya baca pengalaman ibu berpantang sendiri ni. Dapat pulak suami supportive mcm tu segala serbi boleh buat semua.

    salute !!!

    Selamat berkenalan dear :)


    IbuCergas

    Unknown said...

    Salam akak.sy tnggal manjung.blh x sy nk no mak cik yg mengurut akak tu..sbb sy mmg brcdg nk berpntang di manjung dlu sblm blek kg.hrap akak blh whtsapp or msg sy ye.0143028509.tq akak.

    Unknown said...

    Salam akak.sy tnggal manjung.blh x sy nk no mak cik yg mengurut akak tu..sbb sy mmg brcdg nk berpntang di manjung dlu sblm blek kg.hrap akak blh whtsapp or msg sy ye.0143028509.tq akak.

    Total Pageviews

    My Followers