Assalamualaikum wbt
Kerajaan baru je umumkan PKPB di seluruh Malaysia kecuali 3 buah negeri, Perlis, Kelantan dan Pahang. Bayangkan lebih kurang seminggu lagi nak deepavali, for sure ramai kawan-kawan aku tengah dok prepare nak sambut deepavali, sekali depa umum PKPB.
Aku rasa, depa umum PKPB start 9th Nov sampai 10th Dec sebab nak sekat penularan wabak covid 19 ni. Hari-hari boleh tengok, kes cecah 4 digit. So kawan-kawan yang sedih tak dapat balik kampung beraya dengan family, jangan la sedih.
Aku haritu pun sedih sebab tak dapat balik Kedah, sambut raya dengan family aku kat kampung. Nasib baik la rumah mak mertua dekat Ipoh ja masa tu, dapat jugak feel raya tu.
Tapi aku dengar kat radio tadi, kalau kes menurun, kemungkinan PKPB ni maybe akan dipendekkan ke 2 minggu sahaja. Dan aku harap lepas dah implement PKPB ni, kes akan jadi kurang dan seterusnya hilang terus kat muka bumi ni.
Ok, 2 hari lepas aku ada la bodek-bodek kawan aku yang nak sambut deepavali, aku tanya pasal gelang yang warna warni selalu aku nampak dalam cerita hindustan tu. Dan tak sangka jugak la harini dia bawak gelang tu bagi. Serius lawa gelang tu, warna biru. Warna favourite aku pulak tu.
So nak wish kat semua, selamat menyambut hari deepavali. Jangan sedih-sedih sebab raya / deepavali tahun ni kita kena sambut dalam norma baru, insyaallah tahun depan kalau covid dah habis, kita sambut meriah kebabommmm punya.
HAPPY DEEPAVALI
No comments:
Post a Comment