• News

    18 July, 2021

    2 BERITA BAIK

     Assalamualaikum wbt.


    Semalam 17 Julai 2021, hari yang bermakna buat aku. Kan sebelum ni aku sibuk sangat nak connectkan blog aku dengan Adsense, so alhamdulillah, dah dapat email dari Adsense saying that my blog already connected with Adsense. Yahooo.. Happy tak tau macam mana nak cakap, sebab dari dulu memang teringin sangat nak connect with Adsense. Nak cakap terima kasih dekat Nurul sebab banyak bantu aku, siang malam jugak la aku chat dengan dia tanya pasal Adsense ni.


    Jadi pagi semalam masa dapat email dari Adsense tu, terus aku bagitau dia dulu. Walapun blog aku ni blog sendu, tak beri faedah dan manfaat dekat orang lain pun, setakat cerita or celoteh aku pasal life aku, jadinya aku sangat teruja lah. Tapi ada banyak benda yang nak kena fix dekat blog ni, sebab aku ada nampak few details yang kena fix. Takpa, pelan-pelan kita buat. 


    Apa-apa pun, aku happy. Hahahaha.. 




    Haihh.. Sedapnya manggo cheese cake ni. Nanti kena order, sebab dapat 2 good news semalam :-)

    Rasanya kena beli kek harini, sebagai tanda meraikan berita baik ni. Haahahaa...


    Benda no.2 yang aku dapat semalam, masa aku tengah golek kiri kanan nak tido, dengar notification masuk dekat handphone aku. Rupanya, dah dapat date 1st dose appointment! Yeahhh... memang hari-hari check Mysejahtera, jawab soalan covid 19 risk tu, akhirnyaaaaaa... mak dapat jugak nokksss... Hahahaha... 


    Bila tengok kawan-kawan lain dah dapat, tertanya-tanya jugak bila nak sampai turn aku nih? Yang muda dari aku pun dah dapat, aduhh.. jadi tak tenang pulak bila dok fikir bila nak dapat tarikh temujanji ni. Hahaha.. 


    Jadi, 1st dose vaksin aku akan dapat pada 20 Julai 2021 bersamaan Hari Raya Aidilfitri di Sejati Maternity and Specialist Centre. Kawan aku pun dapat jugak date yang sama dengan aku, tapi kat tempat lain. Yang sorang lagi dapat 21 Julai 2021 pun kat tempat yang lain. Tak kisah lah kat mana, janji kita divaksin, Insyaallah ni ikhtiar kita.


    Dalam pada aku rasa happy ni, aku ternampak post dekat Facebook pasal salah seorang kawan blogger masa kami sama-sama aktif dulu. Yunus Badwi atau kami semua panggil YB, positive Covid 19. Based on apa yang ahli keluarga dia update dekat Facebook tu, keadaan YB agak kritikal. Sedih bila dapat tau berita-berita macam ni. Ya Allah, berikan lah kesembuhan buat YB dan kepada semua pesakit covid jugak. Semoga mereka semua cepat sihat dan dapat kembali kepada keluarga mereka ya Allah. 😢


    Semoga Allah lindung kita semua. Take care, stay safe ya!





    Nak letak kat sini, sebagai kenangan di masa-masa akan datang. Semoga Allah permudahkan semua urusan dan lindung kita semua. Aminnn...




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers