Raya haji tahun ni super special, dapat first dose vaksin di hari raya! Yeayyyy...
Ramai tanya, hari raya pun ada cucuk vaksin ke?
Yeeee... ada! Jangan tanya aku kenapa ada, itu tak dapat aku nak jawab. Bila check MySejahtera, tengok date temjujanji tu 20/07/2021, aku Ok je. Lega pun ada. Sebab akhirnya sampai jugak turn aku. Daftar vaksin dekat MySejahtera 23/02/2021, hari-hari aku check apps MySejahtera kot-kot dah dapat date temujanji tapi tak dapat notification. Hahahaha...
Bertempat di Sejati Maternity and Specialist Center, No. 20, Taman Sejati 1 berdekatan dengan Tesco Manjung atau sekarang dengan nama baru Lotus's Store, aku pun drive kereta Proton Ertiga ku dengan penuh hemah. Sampai disana aku nampak 2,3 orang di luar tengah tunggu turn barangkali, sama macam aku. Proses pendaftaran berjalan lancar, staff disitu menyerahkan no. 18 kepadaku.
Tak lama lepas tu, kami dipanggil masuk ke dalam kawasan clinic, duduk relaks sekejap, sempat la selfie 5,6 das untuk tatapan diri sendiri di masa akan datang. Doktor yang cucuk vaksin aku ni, is the same doctor yang pakaikan implan dekat tangan kiri aku ni.
Doctor suggest untuk cucuk vaksin Comirnaty ke tangan kanan ku, aku ON saja. "You punya suka lah Doctor. Saya mana-mana pun OK", aku berbisik dalam hati. Sekejap je doctor buat kerja, kemudian aku diarahkan berehat lebih kurang 15 minit di bilik sebelah. Cekap aku tengok staff situ explain dekat setiap penerima vaksin haritu. Tiap-tiap sorang di beritahu tentang simptom-simptom selepas menerima vaksin, apa yang patut dibuat, diterangkan pulak pasal 2nd dose appointment.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Tak sampai sejam pun dari masa aku keluar rumah, get the injection, dan balik ke rumah. Sampai rumah, siapkan laksa. Dah siap laksa, terus membahan laksa dengan rakusnya. Hahahaha.... betul-betul lapar. Aku makan 4 mangkuk laksa haritu. Malamnya makan nasik dengan daging masak black pepper yang Kak Noni bagi. Alhamdulillah, dapat jugak makan daging korban.
Jadi, itu lah sahaja cerita aku pasal suntikan vaksin pertama aku. Next dose gonna be on 10/08/2021 ditempat yang sama.
No comments:
Post a Comment