• News

    18 December, 2021

    Macam mana nak beli RFID? Mana nak tempek RFID?

    ​Assalamualaikum semua


    Aku buat post ni sebab ada 2, 3 orang jugak la yang tanya macam mana nak beli RFID ni? Macam mana nak guna? Macam mana nak tempek? Ok, mai sini nak cerita.


    Untuk aku, aku beli RFID ni dah 2, satu aku tempek dekat kereta aku, dan satu lagi dekat kereta laki aku. Dua-dua RFID ni aku order dari apps Touch & Go E Wallet.


    Mai aku ajar cara aku order RFID ni. 


    1. Mula-mula, buka apps Touch & Go E Wallet masing-masing, tekan dekat Toll. Tak faham boleh refer gambar kat bawah.




    2. Lepas tekan, akan keluar gambar macam kat bawah ni. Tekan RFID.




    3. Lepas tu, tekan dekat order RFID tag.




    4. Then, isi details kat bawah ni. Nanti kena isi jugak alamat untuk diorang courier RFID tag ni. Tak susah pun nak order.




    Cara nak lekatkan RFID tag


    RFID tag ni sebenarnya macam plastik yang bergam, kat situ ada barcode yang kita kena activate dan connect dengan Touch & Go e Wallet kita, tapi tak susah pun nak buat tu semua.


    RFID tag ni kena lekatkan dekat cermin kereta atau lampu kereta sebelah kiri. Satu RFID ni boleh guna untuk satu kereta sahaja. 






    RFID ni sangatlah bagus untuk orang yang tak berapa tinggi macam aku, yang jenuh jugak la nak kena touch kad Touch & Go tu dekat mana-mana tol. Hahahaha.. Selalu kalau sampai tol, aku akan rapatkan sikit kereta ke belah kanan tu, nak bagi dekat dengan tempat kita touch tu.


    Cuma sekali je la, aku lalu tol mana aku tak ingat, palang tu tak terbuka. Aduhh.. cuak. Terpaksa reverse balik, nasib baik masa tu tak ada kereta dekat belakang. So bila dah reverse tu, nasib baik palang tu terbuka. Jadi kami lalu lane RFID tu macam biasa. Lega!


    For those yang belum order lagi, pi lah order. Tak susah pun nak order RFID tag ni, bila lalu dekat tol yang penuh kereta beratur dekat lane Touch & Go tu dan lane RFID ni kosong, fuhhh rasa macam dah potong dekat 50 biji kereta yang masih struggle dok beratur.


    Masa tu jugak, rasa macam orang kaya pun ada, walaupun hang pakai kereta Proton je, tapi banyak kereta yang lagi mahal, dok beratur dekat lane Touch & Go. 


    Lupa nak bagitau, semua cas dekat tol tu akan tolak direct dari akaun Touch & Go E Wallet, jadi topup je online. 


    Harap kerajaan dapat upgrade lagi banyak lane RFID ni especially dekat tol-tol yang selalu sesak macam dekat Tol Juru tu. Ini je lah tol yang selalu aku lalu masa nak balik Kedah, tol-tol lain maaflah sis taktau, sis familiar tol Changkat Jering ke Tol Gurun je.


    Ok, semoga post ni membantu semua orang yang masih keliru macam mana nak beli dan nak tempek kat mana RFID tag ni.



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers