• News

    20 December, 2021

    Terima Kasih Daun Keladi, Esok-esok Belanja lah Lagi

    Harini aku dan kawan-kawan pi lunch meeting dekat plant baru

    Dah lama tak ke sini, awal-awal dulu pernah la datang plant baru ni 2,3 kali

    Pertama kali tak salah aku masa Kempen Keselamatan Jalan Raya dan lepas tu aku dengan kawan dari Finance department datang buat stoke take 

    Ok, memang dah lama sangat


    Jadi bila harini kena join lunch dekat sini, aku teruja jugak la


    Masa kami sampai tu, makanan baru je sampai

    Memang langkah kanan betul. Hehehe

    Terima kasih lah sebab ajak kami join sekali lunch ni, menu semua sedap-sedap


    Ada kari kambing, sambal tempe, ikan kembung goreng masak sambal, jelatah nenas dan timun, ada jugak fruit salad, brownies dan kek


    Meriah jugak menu lunch depa



     Kari kambing! Always my favourite. 




    Sambal tempe. Ini pun sedap jugak. Sapa cakap tempe ni kegemaran orang Jawa je, ni haaa aku yang Kedah pure ni pun suka makan tempe




    Ikan kembung goreng masak sambal. Eh, ni pun sedap jugak




    Jelatah timun dan nenas. Rasa macam nak mintak resepi lah, sebab 2 kali aku tambah jelatah ni. Simple tapi sedap




    Fruit salad ke ni eh? Entah la apa nama dia, buah-buah dalam tin campur dengan whipping cream katanya. Aku ni menu western-western bukannya aku kenal sangat




    Pinggan aku yang penuh nasi dan lauk. Malu nak tunjuk, nampak sangat pelahap. Hahahaa




    Ada brownies jugak, cheese tart dan chiffon cake ke eh? Ada apam jugak dan kuih apa tu yang warna hijau tu. Brownies tu sedap weh. Rugi pulak makan sikit je.


    Baru teringat, ada jugak mee goreng dan ayam berempah tapi tak ambik gambar. Lauk-lauk semua sedap-sedap. Terima kasih tau jemput kami datang makan-makan. Siap tapau bawak balik lagi, dasar muka tak malu. Hahahaha


    Dah la datang langsung tak bawak apa-apa, tapi tanpa segan silu, tapau makanan bawak balik. Ngeh ngeh ngeh..


    Esok-esok kalau nak buat makan-makan, jangan lupa jemput kami lagi ye. Besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Betul ke perumpamaan aku ni ye? Hahahaha.. 


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers