Alhamdulillah, sesi persekolahan 2022 ni anak-anak aku yang 4 orang ni semua masuk sekolah. Emran darjah 5, Amna darjah 3, Aimy darjah 1 dan Aleeya masuk tadika kemas dekat dengan rumah aku ni.
Belajar zaman pandemik ni lain macam sikit, mak pak dah tak boleh masuk kawasan sekolah hantar anak yang baru nak kenal dunia sekolah, kena hantar dekat luar je, lambai-lambai sikit, pandai-pandai lah anak berdikari. Hahahaha…
Tapi syukur Alhamdulillah, ada abang dengan kakak yang boleh tolong guide adik, mak depa rasa lega sikit lah, sekurang-kurangnya ada abang dengan kakak yang boleh tolong tengokkan adik depa.
Hari-hari mak depa dok repeat benda yang sama, kakak nanti jangan lupa hantar adik kelas, kakak jaga adik, kakak pegang tangan adik, kakak itu kakak ini, sampai kakak dah naik bosan. Hahahaha…
Hari pertama sekolah, aku ambik cuti sebab nak hantar Aleeya ke tadika, risau bukan kepalang takut Aleeya menangis panjat pintu macam zaman Aimy mula-mula masuk tadika dulu. Tapi Alhamdulillah, Aleeya ok je. Budak-budak lain pun takde sorang pun yang menangis. Kagum jugak aku. Sebab selalu kalau hari pertama masuk tadika, confirm ada la 2,3 orang yang meraung nak balik.
Then, aku ke sekolah Aimy, Amna dan Emran pulak, tak senang duduk pulak bila fikir Aimy first time nak naik van sekolah. Banyak kali pesan dekat Aimy, tunggu kakak dekat kantin, tunggu sampai kakak datang. Jangan pergi mana-mana. Hurmmm.. mak depa ni risau. Tapi nak buat macam mana, terpaksa ajar anak-anak berdikari, sebab susah jugak nak hantar dan ambik depa dari sekolah.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan setakat ni. Semoga anak-anak happy jumpa kawan-kawan, instead of belajar secara PDPR kat rumah. Semoga anak-anak mudah faham apa yang ustaz dan ustazah ajar, semoga jadi insan yang berjaya didunia dan akhirat. Amin. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment