• News

    20 April, 2022

    Mixed Stories Part 1

    Nak update blog, tapi malas. Tapi still nak share cerita pasal kehidupan aku yang serba serbi meletihkan. Hahahaa. Bukan la semuanya letih, ada jugak masa bergelak ketawa, ada jugak masa relaks-relaks. Haihhh entah lah apa benda aku tulis ni. Mai sini aku share pasal life aku. 


    Baru-baru ni cikgu tadika suruh balut buku sekolah Aleeya. Bayangkan aku ada 4 orang anak, so jenuhlah aku nak balut buku-buku sekolah budak-budak ni. Bercinta sungguh nak balut. Nak siapkan balut 5 buah buku ni pun jenuh jugak la. Tapi syukur jugak tahun ni anak-anak aku dapat banyak buku yang dah siap balut, dan still elok. Aku punya la seronok bila tengok buku anak-anak dah siap balut. Terima kasih parents budak-budak sebelum ni yang jaga buku dengan baik. 



    Makin besar dan subur pokok bidara yang mak aku tanam ni. Masa mak duduk sekejap dengan aku haritu, aku belikan pokok bidara ni sebab mak aku kata, pokok bidara ni mak pernah tanam, tapi susah nak hidup. So aku pun beli la dari seller dekat facebook, Alhamdulillah makin besar pokok ni. For those yang taktau, pokok bidara ni ada duri dekat batang dia, mak aku cakap daun pokok bidara ni gunanya masa mandikan jenazah. Betul ke? Rasanya macam pernah dengar jugak sebelum ni. 


    Tak silap aku, pokok bidara yang aku beli ni jenis berbuah besar. Haaa.. tak sabar pulak nak tunggu berbuah. Kadang-kadang aku jenguk jugak dekat batang pokok bidara ni, nampak macam tak keluar buah lagi. Hurmmm.. tak sabar nak tunggu pokok bidara ni berbuah. Abaikan rumput-rumput liar yang tumbuh tu, tunggu laki aku balik suruh dia buang rumput-rumput tu. Aku malas. Hahaha…



    Terima kasih jiran bagi gula dan sardin. Jarang-jarang dapat benda macam ni selain dari dapat bantuan masa PKPD dan masa kuarantin haritu, tapi kalini dapat jugak. Agak rare la bagi aku, sebab biasanya jiran-jiran akan bagi menu juadah berbuka. Kadang-kadang dapat bubur, dapat buah melaka, dapat apa lagi eh. Tapi apa-apa pun syukur dapat jiran-jiran yang baik. 



    Dikesempatan ini aku nak ucapkan salam takziah buat bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan juga isteri Georgina Rodriguez yang mana bayi lelaki kembar mereka baru je meninggal dunia. Hati mak ayah mana lah yang tak sedih kalau anak depa meninggal. Apa-apa pun, bayi perempuan Cristiano selamat. Stay strong ya Cristiano. 



    Untuk menutup post aku pada kali ini, aku nak uar-uarkan kepada sesiapa je untuk mai ambik daun pandan kat rumah. It’s free ya. Tak payah dok pi beli dekat kedai runcit apa bagai, mai la ambik kat rumah aku. Pokok pandan ni laki aku tanam tapi banyak dan rimbun sangat, aku takut ular mai buat sarang. Seram pulak aku. 


    Daun pandan ni kalau nak masak nasik lemak ka, masak agar-agar ka, masak kuih lopes ka, mesti nak guna. Mai la ambik, cuma harapan aku, doakan la kami murah rezeki selalu. Hehehehe



     

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers