• News

    22 April, 2022

    MAIN KUTU DI APPS MAE

     Salam ramadhan ke 20.


    Aku nak share pasal aku main kutu, tapi main kutu ni jenis yang legit punya, bukan yang main kutu style dulu-dulu punya style dan high risk tu. Kalau dulu kita main kutu, tiba-tiba salah sorang dari player kutu tu lari, haaa melopong mulut. Nak pulak turn kita tak dapat lagi, haduii memang rugi gila.


    Aku tak ingat bila first time aku main kutu dengan apps MAE ni, but so far aku sangat-sangat la puas hati. Tak high risk langsung, sebab kutu ni antara aku dengan duit dalam akaun Maybank aku je. Before this aku ada berjaya capat matlamat aku bermain kutu. Cewahhh…


    Sebelum ni aku ada dapat duit sewa rumah, tapi disebabkan aku plan nak renovate rumah sewa tu, jadi tiap kali penyewa rumah sewa aku bayar sewa, ikut schedule date terus duit sewa tu akan masuk ke tabung aku. Alhamdulillah, sangat membantu la ada tabung MAE ni. Duit sewa yang aku kumpul tu dapat la aku guna buat topup renovate rumah haritu.


    Currently aku ada create tabung baru, aku namakan tabung baru aku tu Tabung Buluh. Teringat pulak kecik-kecik dulu pernah ada tabung yang dibuat daripada buluh. Dekat nak penuh duit dalam tu, excited gila nak pecah tabung buluh tu. Waaa… best sangat menabung ni sebenarnya. 


    So berbalik kepada tabung buluh dalam akaun MAE aku tu, aku target nak simpan RM 1,000 dalam masa 6 bulan. Aku start create tabung buluh ni dari bulan Jan 2022, jadi setiap kali sampai tarikh 4hb duit dari akaun aku akan automatically masuk ke akaun buluh ni. Sebenarnya boleh decide jugak nak tolak duit tu secara monthly atau weekly, kalau sebelum ni buat by monthly, tapi kali ni aku buat by weekly.


    Cukup time 6 bulan tu, aku dah boleh withdraw duit dari tabung buluh aku tu, tapi kalau tiba-tiba ada emergency dan nak pakai duit, bila-bila je pun kita boleh ambik duit dari akaun tu. So, tak payah risau lah kan. 


    Ni haaa tabug buluh aku yang Insyaallah aku cukup RM 1,000 tak lama lagi. Bagi yang susah menabung atau ada future plan nak beli apa-apa, atau nak travel ke mana-mana, kot-kot nak renew roadtax insurance kereta yang nak expired ke, aku sangat-sangat recommend hangpa semua pi create tabung dekat apps MAE ni.


    Nak buat apa eh dengan duit ni kalau dah cukup RM 1,000, ingat nak tukar dan upgrade Iphone aku ni, sebab sekarang aku pakai Iphone X, kot boleh pakai Iphone 12 Max Pro 256GB ke, syok jugak kan. Tapi memandangkan bateri Iphone ni sangat aku tak berkenan sebab cepat benorr habis, aku ingat nak pakai handphone android je. Taknak Iphone lagi. Tapiiiii aku suka gambar dari Iphone. Hahahaha… stressnya nak buat keputusan!!!! Alaaa.. nanti-nanti la tukar. Pakai je dulu Iphone X aku ni ­čśé­čśé




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers