• News

    12 May, 2022

    Kisah Pokok Bidara, Bubur Nasi, Tosai Sedap dan Pelam Asam Boi

     Assalamualaikum semua readers blog Sitinaminah02.com



    2,3 harini rasa malas pulak nak update blog. No wonder la views pun sendu ya amat, hahaha. Mungkin sebab masih dalam mood raya, so mood nak update blog dok ‘beraya’ lagi. Tapi disebabkan views tak berapa nak cantik sejak dari hujung ramadhan tu, maka kita update lah sikit aktiviti seharian yang maha letih ni 😂




    Pokok Bidara yang enggan berbuah


    Haritu masa mak aku mai duduk teman aku dengan anak-anak, aku ada la beli pokok bidara ni, sebab mak aku dok cerita pokok bidara yang dia tanam kat kampung tu takmau hidup. Pokok daun bidara ni orang guna buat mandi jenazah dan boleh jugak ubatkan orang yang kena sihir. Masalahnya, pokok bidara ni dah berbulan-bulan tanam, tak keluar pun buahnya. Tak sabar aku nak tunggu pokok bidara ni berbuah. Mana tau bidara tu jenis besar yang macam orang dok panggil bidara epal tu. Aishhh.. tak sabar nak tunggu pokok bidara ni berbuah ❤️







    Bubur nasi kuah sup kedai Mak Anjang


    Lunch harini aku order spaghetti bolognese tapi di sebabkan spaghetti tu pakai jenis angel hair tu, bila telan rasa macam hang makan bihun dengan kuah spaghetti. Hahaha. Tapi habis jugak spaghetti bolognese tu. Nasib baik order side dish untuk petang, kebetulan dekat pukul 4.30, baby cacing ni punya la berpesta sakan dalam perut. So apa lagi, makan je la bubur nasi yang aku dah spare ni. Sedap weh bubur nasi kedai Mak Anjang ni, aku pulak memang suka bubur nasi yang jenis ada kuah sup, memang kena sangat dengan tekak aku. 






    Tosai sedap untuk sarapan


    Pagi tadi terserempak dengan colleague aku on the way nak ke kantin beli breakfast. Haihh.. aku takde breakfast ni, boleh kot kalau mintak depa belikan aku breakfast sekali 😂 Thank you Shakti belanja tosai, sedap weh! Sampai licin aku habiskan tosai ni sekali dengan kuah-kuah dia sekali. Selain tosai ni, idli pun aku suka jugak. Sedap dan mengenyangkan. Aduhh.. boleh tak nak repeat makan tosai lagi untuk esok. Hehehe..






    Pelam adam boi


    Aku ke kedai buah, nak beli jambu batu sebenarnya tapi jambu batu yillek, habis pulak. So beli la pelam 3 bijik, sedap ni kalau buat pelam asam boi. Kebetulan kedai buah tu jual serbuk asam sekali, tapi hampeh je, pagi tadi tak sempat pulak nak buat pelam asam boi, kalut setelkan anak-anak ke sekolah. Kalau sempat satgi nak prepare bahan-bahan buat asam boi, esok boleh bawa ke office, makan ramai-ramai. Kami kalau bab makan, memang sangat bersatu hati. Bak kata boss aku, hanya agenda makan-makan je dapat satukan kami semua. Kahkahkah..






    Ok lah, itu saja buat kali ni, terima kasih pada yang sudi singgah ke blog sitinaminah02.com ni. 

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers