Bukan durian je, manggis dengan langsat pun ada!
Manggis tu baru je mula nak berbuah. Terima kasih mak ayah sebab tanam banyak pokok buah, untuk anak cucu. Ayah tak sempat pun makan manggis tu.
Dah anak cucu balik ni, mak aku apa lagi, masak lah macam-macam. Durian yang dah setahun mak aku simpan dalam freezer tu elok lagi, mak aku buat kuah durian, orang Kedah sebut serawa durian. Pekat oiii kuah durian tu. Sedapppp!
Rugi lah laki aku tak balik sama. Mesti meleleh je air liur dia tiap kali dok update pasal durian. Padan muka, sapa suruh tak ikut kami balik. Hahahaha.. aku pun alang-alang dah boleh drive jauh-jauh dengan anak-anak je, maka lepas ni boleh lah balik kampung selalu.
Since laki aku tak dapat nak merasa durian dekat kampung haritu, kesian pulak dekat dia. Dah la dia hantu durian, so aku pun ajak lah dia pi cari durian. Tengok ramai gila yang jual durian dekat Manjung ni, harap-harap jumpa yang murah dan sedap lah.
Lalu satu gerai juai durian depan Shell dekat Manjung lama tu, kami singgah sebab tengok ramai orang kat situ. Ada yang tengah pilih-pilih durian, ada yang tengah makan kat situ. Kami pun apa lagi, join lah sekali. Pakcik jual durian tu cakap, 1 plastik durian RM50. Buah boleh pilih sendiri. Tapi plastik tu taklah besar mana, muat-muat 5 biji durian. Hahaha.
Maka, jom lah pilih. Harap-harap dapat yang sedap!
Taktau lah durian dari mana, durian batu kurau ka, durian balik pulau ka. Janji durian, kita bedal!
Haa.. sila pilih, sila pilih. Pilih yang elok-elok bang, kena buah mangkaq satgi, rugi jaa..
No comments:
Post a Comment