Tapai Pulut, sedap ke?


Assalamualaikum semua wahai pembaca setia blog sitinaminah02.com. Bajet ramai lah yang baca blog aku ni kan, padahal blog views pun sendu. Tapi takpa lah, mungkin tahun ke 20 pembabitan aku dalam bidang penulisan blog ni, blog aku akan jadi sangat terkenal, cemerlang dan terbilang. Aminnn...


Balik kampung aku baru-baru ni, kakak aku bagitau dekat dalam peti ais rumah aku yang ibarat macam poket Doraemon tu, ada tapai pulut. Beria offer, ingatkan kakak aku yang buat. Rupanya, dia pun beli dengan orang. Baru je nak puji dia rajin buat tapai.


Sebenarnya, nak buat tapai ni tak pakai banyak bahan pun. Kena ada watak utama dia iaitu ragi dan pulut. Tapai pulut ni ada yang dibalut dalam daun getah, ada jugak yang dibalut dalam daun pisang. Letak dalam bekas agar-agar yang kecik tu pun ok.


Tapai ni sedap gila kalau makan sejuk-sejuk, so kena simpan lama sikit dalam peti ais. Arwah ayah aku dulu, suka gila makan tapai sejuk-sejuk dengan susu sejat tu. Tapi itulah, tapai ni tak boleh makan banyak-banyak, nanti badan rasa panas.


Jadi kalau tanya aku, sedap ke tak tapai pulut ni?


Bagi aku, sedap la! Especially kalau makan time sejuk-sejuk. 












Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post