• News

    16 September, 2022

    Cara Kami Sambut Hari Malaysia

     Alhamdulillah, dapat long weekend minggu ni. Cuti sempena Hari Malaysia, lepas tu sambung cuti sabtu ahad. Fuhhh dapat cuti straight 3 hari, best gila oii! Sapa yang tak best kan kalau dapat cuti, dapat lari dari fikir pasal kerja. Happy me! Bertambah best sebab tak payah rushing siapkan anak-anak pi sekolah.



    Bayangkan 4 anak pi sekolah, nak iron baju anak-anak lagi, tudung aku pi kerja lagi, haihh nasib lah baju dan seluar kerja aku tak payah nak iron. Itu sebab lah aku kadang-kadang pi kerja pakai tudung instant yang memang tak kena iron langsung. Senang kerja aku! 



    By the way, kami tak pi mana-mana sempena cuti Hari Malaysia ni. Duduk rumah je. Rehat puas-puas gitu. Tapi aku siap masak awal harini, buat siakap 3 rasa dan goreng ikan je. Senang kerja plus aku memang malas nak masak beria. Plus, aku bukan pandai masak pun. Hahaha.



    Awal-awal pagi, aku dah order roti canai dengan nasik lemak untuk anak-anak dekat Grab Food. Punya lah aku malas nak siap-siap pakai tudung, start enjin kereta pi kedai beli roti canai. Alahhh.. pakai je lah Food Panda! There is a reason why orang create beli makanan secara online ni kan, sebab wujudnya manusia macam aku yang serba serbi malas. Hahaha..



    Ok, setel bab makan, jadi untuk hiburan kami harini, anak-anak cakap la nak tengok movie. Disebabkan aku dah stop langgan Netflix, jadi kena lah beli movie dekat Astro. Budak-budak ni pulak beria dok yakinkan aku yang cerita Mat Kilau ada dekat Astro First, tapi rupanya takdak pun. Maka, kecewalah kami. Hahaha….



    Kebetulan anak-anak dara aku ternampak cerita Cinderella 2021, depa pun kalut lah cakap nak tengok cerita Cinderella. So, aku pun beli lah. 



    Senang je nak beli movie dekat Astro First ni, whatsapp je customer service Astro, masukkan kod movie yang kita nak tengok, lepas tu confirm kan purchase, dah boleh tengok. Nanti dapat lah confirmation macam yang aku dapat ni;

    Please review and confirm your purchase.

    Name: SIT• •••• •••••• ••••• ••BAT

    Smartcard: 01xxxxxxxxxx

    Movie: Cinderella (2021)

    Duration: 2 Days

    Expires: 18-Sep, 4:08pm

    Price: RM12.00

    _*Subject to 6% Service Tax_

    Type *1* to Confirm

    Type *2* for Other Movies

    Type *3* to Change Smartcard

    Type *00* for Main Menu



    So far best cerita Cinderella 2021 ni, cerita ni more to Cinderella versi moden dan ada element muzikal. Ada orang menyanyi, menari. Best lah. Bukan budak-budak je yang rasa seronok, aku pun rasa seronok jugak. Hahaha. Seronok sebab cuti, tak payah pi keja, tak payah kalut-kalut siapkan anak-anak pi sekolah. 😂



    So, ni lah cara kami sambut Hari Malaysia kami. Asalnya ada jugak plan nak keluar pi Marina Island sebab ada fiesta apa entah dekat sana, lepas tu ingat nak pi beli puding cocktail dekat kedai Kak Nik (Cakes By Nazlin) tapi  si Aleeya tidoq pulak, malas lah nak kejut dia bangun.



    Jadi, sampai sini je lah update aku. Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia! Walau kita berbilang agama dan bangsa, kita tetap rakyat Malaysia! Tibeeeee… ucapan macam YB kawasan Taman Samudera 😂😂😂😂

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers