• News

    04 October, 2022

    Gara-gara Kasut Umrah Mak Aku

    Aku memang dah lama nak beli kasut kerja baru, tapi tak jumpa yang betul-betul berkenan dihati. Dah jumpa yang berkenan, takde size pulak. Ishhh.. Frust sungguh!! Lagi satu, aku kalau boleh taknak beli kasut kerja yang bertali, sebab rasa leceh lah nak pakai.



    Cadangnya nak beli lah kasut jenama S tu (nama sebenar dirahsiakan), tapi itu lah, harganya mahal pulak. Tak berapa mampu untuk rakyat marhein macam aku ni kan. Jadi dengan budget yang agak limited, agak lama lah tertangguh niat nak beli kasut kerja baru. Yang penting menepati ciri-ciri yang aku nak, iaitu taknak yang bertali, yang tak berapa mahal sangat, dan selesa.



    Ceritanya bermula masa mak aku nak pi umrah baru-baru ni, aku nampak lah kasut umrah baru yang adik aku belikan dekat mak. Disebabkan size kaki / kasut kami yang lebih kurang ni kan, so aku pun cuba lah kasut umrah mak aku tu. Bila dah try, ehhh best lah kasut ni. Nak beli jugak lah! 



    Tanpa melengahkan masa, terus cari kasut ni dekat Shopee. Alhamdulillah, harga bawah RM50, memang under budget nih! Jadi aku pun terus lah proceed order. Excited gila nak tunggu kasut baru sampai.



    So far aku puas hati lah dengan kasut baru aku ni, walaupun harga dia murah, yang penting selesa. Kebetulan sekarang ni aku pergi gym, jadi aku pakai lah kasut ni masa berjalan kat treadmill tu. 



    Terima kasih lah dekat adik aku belikan kasut umrah dekat mak aku, makanya sebab kasut umrah tu, aku jumpa kasut baru yang best. 



    For those yang nak belikan kasut umrah dekat mak hangpa or untuk diri sendiri, tapi takde budget, or budget dah habis, aku nak cadangkan kasut ni. Selesa bagi aku, selesa jugak untuk dompet aku yang tak berapa tebal ni. Selesa je pakai masa berjalan atas treadmill, almaklumlah sekarang aku dah start pergi gym 😂😂😂





    Harga kasut ni tak sampai RM50 pun. Abaikan size kasut yang comel itu, sebenarnya sis pakai kasut size 4, tapi takkan nak beli kasut yang ngam ngam pulak kan. So beli lah yang besar sikit.






    Kasut sapa lah yang cantik sangat ni. Hahaha. By the way, kasut umrah mak aku warna hitam, saja aku beli warna, takut tertukar dengan kasut mak aku pulak 😂



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers