Officially Public Gold Member

Yeahhh.. saya dengan ini mengumumkan yang saya adalah salah seorang ahli Public Gold. Hahahaahaha. Beria betul ye buat announcement. Saja lah nak mengabdikan kenangan dekat sini, yang akhirnya aku terhasut jugak dengan anak sepupu aku Si Tikah, untuk join Public Gold.



Masa aku balik mengundi haritu, Tikah dengan laki dia ada la promote dekat aku suruh masuk Public Gold dan beli je emas thru Public Gold. Beli emas ni bukan tujuan dia untuk hiasan wanita semata-mata, tapi untuk aku, untuk saving anak-anak dan education purpose depa satu hari nanti.



Currently aku memang ada ambik simpanan SSPN untuk anak-anak aku, sebulan RM30 yang akan tolak direct dari akaun Maybank aku. Simpan dekat SSPN so far boleh lah dapat pengecualian cukai pendapatan, tapi katanya tahun ni tahun terakhir untuk dapat pengecualian cukai. So takpa la, kita cari method lain untuk simpanan pendidikan anak-anak nanti.



Jadi, terfikir la nak buat simpanan emas. Bila Si Tikah ni dok explain deka aku, aku pun rasa not bad lah. Jom lah try beli 1 gram emas dulu, mana tau ada extra duit nanti, kita beli lagi. Aku beli emas 1 gram ni sebenarnya pakai duit raya anak-anak yang aku genapkan jadi RM1K. Kiranya masih ada balance 600 lebih la dari duit raya anak-anak haritu.



Lepas congak-congak, maybe tunggu harga 1 gram emas turun sikit, baru kita proceed untuk beli lagi emas pakai balance duit raya haritu. Harga semasa untuk 1 gram emas yang aku beli harini adalah RM316. Tunggu la turun 3, 4 ringgit, baru lah aku beli lagi. Hahahahaha…



Harap-harap, bila anak-anak dah hahis sekolah nanti, nak masuk universiti kan mesti nak pakai banyak duit, so masa tu boleh lah withdraw balik emas-emas ni semua. Teringat zaman aku nak masuk universiti dulu, masa tu mak aku siap gadaikan rantai emas dia. Urmmm.. sedih. Kebetulan masa tu, aku dengan adik-adik aku semua nak sambung belajar, jadi untuk family yang low income ni, memang susah lah nak cari duit nak masuk universiti. Nasib baik la ada PTPTN, so dapat lah kami guna duit pinjaman PTPTN ni untuk sambung belajar.



Sebab tu lah aku berusaha dan pulun bayar duit pinjaman PTPTN sebab nak bagi peluang dekat adik-adik yang datang dari family yang susah macam aku untuk sambung belajar. Alhamdulillah, dah setel dah pinjaman PTPTN aku lepas bersalin dekat Aleeya 6 tahun lepas. Bangga dengan diri sendiri dapat setelkan pinjaman PTPTN walaupun masa tu income tak banyak mana.



Ok, berbalik kepada simpanan emas ni, harap-harap pada masa akan datang, ada extra money, boleh lah beli lagi emas, as a method of investment dan jugak simpanan pendidikan anak-anak. 



Semoga anak-anak bersyukur la yang mak depa ni dah start planning for their future, walaupun mungkin tak banyak. Aku pun kena explain dan educate anak-anak cara untuk jimat cermat dan betapa pentingnya untuk depa belajar menabung. Mak depa bukan orang senang, so depa pun kena belajar hidup susah. Hahahaha. Well, teringat zaman kami kecik-kecik dulu, bila sampai semester break, kami balik kampung dan tolong mak kutip getah sekerap dekat kebun.



Kebun tu pulak bukan kami yang punya, jadi dapat hasil nanti, kena lah bahagi 2 dengan tuan punya kebun. Alhamdulillah, duit hasil motong getah tu lah mak ayah dapat hantar kami adik beradik masuk universiti.



Tiba-tiba rasa sebak bila teringat betapa struggle nya hidup kami masa tu. Nasib la aku belajar dekat Uitm Merbok je, jadi dapat la selalu balik rumah berbanding adik aku yang dekat UTM Skudai dan Politeknik Pasir Gudang.



Ok, sampai sini je lah cerita aku. 


Nanti aku dah pandai pasal emas Public Gold ni, hangpa tanya la soalan kat aku. Hahahaha. Dapat la aku improve knowledge aku pasal emas ni. By the way, ada kawan aku yang resign dan fokus jual beli emas, ishhh sumpah kagum weh. Tapi dia dah level manager-manager lah kot dalam buyback emas ni. Respect gila decision dia untuk resign. Kalau aku, confirm tak berani nak resign sebab hutang aku keliling pinggang. Hahahahah…


Ok lah, bye.








Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post