Baru Balik Dari Cameron Highlands, Nak ke Sri Iskandar Pulak

Hari sabtu kami gerak ke Cameron Highlands. Dah lama tak ke Cameron Highlands, rasa last pergi sana masa lepas raya 2 atau 3 tahun lepas. Terima kasih Papa, bawak Mama dan anak-anak pergi jalan-jalan. Sejak suami kena draf ke Sungai Besi, memang jarang-jarang kami pergi jalan-jalan, kalau suami aku balik ke Manjung, kami akan curi-curi masa balik melawat parents dia dekat Batu 10 Chepor tu. 



Kalau balik Kedah nak melawat mak aku, aku biasanya akan balik dengan anak-anak je. Habis je keje petang Jumaat, terus gerak balik kampung. Paling risau nak lalu jalan kampung kalau dah gelap, sebab aku ni risau la drive malam-malam. Cepat lah sikit jalan highway yang tembus ke Changkat Jering tu siap, senang sikit nak balik tengok mak.



Yang taktau cerita mak aku, mak aku kena strok beberapa bulan lepas, lebih kurang 2 minggu sebelum adik aku nak nikah. Tapi Alhamdulillah, mak aku kuat semangat. Makin sihat sekarang ni, dah boleh berjalan pakai tongkat dah. 



Ok, ni penat balik dari Cameron pun belum habis, kami tengah siap-siap nak ke Sri Iskandar pulak, sebab mak aku ada kat rumah adik aku sekarang. Kebetulan cuti sekolah, anak saudara aku ada, so boleh temankan mak kat rumah sementara adik aku pergi kerja. Alang-alang mak ada dekat Sri Iskandar ni, so moh la kita ke Sri Iskandar. Makanya, tiap-tiap weekend kami akan habiskan di rumah adik aku lah sementara mak ada sini.



Bukan senang nak jump mak selalu! Jadi, janganlah kita lepaskan peluang yang ada ni. 



Ok lah, jom siap-siap nak ke Sri Iskandar. Adik aku pesan suruh belikan mak limau, sebab dah banyak hari mak tak berak. Aku plan nak singgah di Lotus Sri Iskandar carikan stok buah dekat mak nanti. Nasib baik Lotus Sri Iskandar tu tak jauh dari rumah adik aku. 



Ok, got to go. Bye!



Sambal Petai Udang





Ikan goreng

P/S: petai ni kami beli masa on the way balik dari Cameron Highlands, 7 keping RM20. Mahal, tapi beli jugak sebab kami semua is hantu petai! Sampai rumah je terus kelam kabut masak. Lepas tu kita padankan sambal petai udang ni dengan ikan goreng. Fuhhhh mantap!

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post