Hilang Duit Aku Dalam Google Adsense

Malam 1 Oktober, aku belum mengantuk lagi. Alhamdulillah batuk aku yang dah berapa lama menyerang aku dah getting better. Syukur sangat-sangat, bayangkan dah lama sangat batuk aku ni. Duit pun dah berapa banyak aku habis sebab ulang alik beli ubat, beli vitamin. So bila dah makin baik ni, aku rasa happy sangat. 



By the way dah lama tak update blog. Punya lah lama sangat tak update blog sampai segala benda pasal blog ni dah merajuk dengan aku. Harini saja gatai buka account google adsense aku, terus hilang, lesap semua duit yang aku dah kumpul almost 8 USD. Hahahahaha.. 



Memang la setakat 8 USD tapi bagi aku blogger yang sendu lagi hina ini sangat menghargai nilai 8 USD tu. Tapi, itu lah! Mana pi duit aku tu! Geramnya!



What’s going on with my blog??



Walaupun aku langsung tak update blog, tapi views aku sebulan ribu-ribu jugak. Hahaha. Riaknya! Macam lah banyak sangat views ribu-ribu tu, sedangkan views tiktokers-tiktokers kat luar sana dah capai million-million dah. Hahahahaha… apalah nasib, dah la view rendah, duit dalam Adsense pulak dah lesap! Padan muka diriku!



Aku pun gigih la tadi tekan sana tekan sini nak cari balik mana pi duit aku, tapi tak jumpa. Disuruhnya aku edit sana, edit sini, consent sana, consent sini. Kita ni dah la tak pandai English sangat, almaklum la sekolah pun tak pandai, cikgu masuk kelas, kita pulak lepak belakang bilik stor.



Esok lah aku check balik apa jadi dengan blog ni. Tapi sumpah sedih dengan kehilangan almost 8 USD aku ni. Apa lah salah aku ye, orang lain nak jadi blogger, aku pun nak jadi blogger. Orang lain dah lama check out, cashout earning depa, aku ni haaa bertahun-tahun tak merasa lagi income dari Adsense ni.



Haruskah aku mengalah?



Haruskah aku berhenti saja disini?



Hurmmm.. entah lah!



Hilang semangat bila tengok Adsense account aku macam dah hilang duit aku dok kumpul sikit-sikit sebelum ni.



Edit: Harini aku check account Adsense aku guna PC, Alhamdulillah masih ada USD 8 tu, hahahaha... Sumpah semalam aku cuak gila bila tengok account Adsense tu macam Zero, aduhaiii rasa kecewa betul. Penat aku kumpul duit dalam tu, tiba-tiba hilang. Rupanya, tak hilang pun, ada je dalam tu. 



Tapi itulah masalahnya, bila nak boleh cashout ni? 



Soalan ni tak dapat aku jawab, sebab aku sendiri pun malas nak update blog, bila tengok account Adsense aku ada masalah, haaa baru la tergedik-gedik nak update blog, siap tanamkan rasa semangat dan kecintaan untuk terus memblogging. Wakakakaka....







Eh, ter share gambar masa pergi fun run 5km haritu lah. Hahaha... First time masuk fun run weh, ingatkan dapat tempat terakhir dah, rupanyaaaa.. mampu jugak aku habiskan fun run 5km tu. Alhamdulillah, join fun run bersama anak-anak dan suami, soooo excited. Next fun run 5KM dekat Padang Astaka Sitiawan nanti, kami anak beranak nak masuk lagi. Itu yang gigih ye sis berlatih lepas balik kerja. Hahahaha.... Ok, nantilah cerita pasal fun run ni. Next posting ya, special pasal fun run je. Ini macam dah bercampur-campur pulak cerita.

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post