PROUD OWNER OF INFINIX TABLET

 Assalamualaikum wbt.


Dah lama sangat tak update blog, yee memang lama. Taktau la busy dengan apa, tapi rasa macam rugi je tiap-tiap tahun dok renew domain dan upah orang untuk modify blog ni kot-kot lepas dah keluarkan some amount of money, aku akan jadi terlebih rajin. Iyelah kan, modal dah keluar, tapi tak dapat apa=apa in return. Hahahahaha. 


Tapi tu lah, nak berhenti terus dari blogging ni, sayang pulak. Tadi aku tengok earnings aku dalam Adsense aku, ada lah 8.20 dalam tu. Rasanya sampai bila-bila lah aku tak mampu nak cash out earnings aku tu, nak tunggu cukup 100 ibarat kena tunggu beratus tahun lamanya. Hahhahaaha,,,


OK, aku nak cerita pasal aku beli tablet brand Infinix. Tablet ni boleh masukkan sim sekali, jadinya kalau pergi mana-mana, boleh la guna tablet ni, function dia pun macam telefon. Kedai tu offer aku free sim card Digi, aku ambik je lah. Benda tak kena bayar kan.  Masa aku beli tablet ni, dapat free dengan keyboard, tapi keyboard tak dapat lagi masa tu, kena tunggu agakkkk lama baru la dapat keyboard.


Dah dapat keyboard, senang lah nak guna, itu yang aku terus semangat nak update blog ni lepas dah ada keyboard. Semoga investment aku beli tablet ni berbaloi lah, so kena la rajin update blog lepas ni, sebab macam dah takdak alasan dah. Iye lah, dulu asyik bagi alasan susah nak update guna telefon, sebab kecik lah, apa lah. 


Lepas tu, bagi alasan lagi, malas nak on PC lah, lagi pun PC dekat rumah ni dah teruk, screen ada line tengah-tengah, tak ada laptop lah, tak nak guna PC dekat office lah, jadi atleast dah ada tablet ni, jangan lah asyik bagi alasan tak boleh nak update blog.


Dah banyak modal yang keluar ni, beli tablet ni pun dah almost MYR1000, sebab aku upgrade memory card sekali, padahal storage dalam tablet ni dah cukup besar, tapi sengaja aku beli additional.


Harap-harap tahan lama lah tablet ni. Tapi risau jugak bila tengok anak-anak dok angkut sana sini tengok Youtube, risau terjatuh. Haih la anak-anak, tolonglah jaga tablet mama hangpa ni baik-baik. Bukan senang  mama hangpa kumpul duit nak beli tablet ni.


Padahal alkisahnya, aku keluarkan duit KWSP dari akaun 3 (akaun fleksibel), lepas tu nak bagi nampak barang apa yang aku beli, so aku beli la tablet ni. Some more, aku pun memang takdak laptop, laptop kerja pun takdak, susahnya oii. Itu yang bila ada keyboard ni, senang sikit lah nak taip panjang-panjang.


Doakan aku istiqomah update blog. Hehehehe... 


Ok, itu jelah nak cerita. Cakap pasal tablet Infinix ni, so far aku puas hati guna. Bateri tahan lama, nak guna main game pun best tablet Infinix ni! itu sebab aku dah remove game Mobile Legend dari telefon aku, some more telefon aku memory dah full. So aku main je game Mobile Legend ni dekat teblet Infinix ni. Memang puas hati, tapi itu lah, jari aku pendek, susah jugak nak menekan. Hahhahaa...


One thing yang aku rasa tak syok dengan tablet Infinix ni, screen dia bukan jenis yang "wake up' bila hang double touch untuk unlock. Kena tekan jugak dekat on off button. So bagi aku, ini je la kelemahan yang aku rasa ada dekat tablet Infinix ni, or maybe aku kena set dekat mana-mana, aku tak sure. Aku ada jugak explore, tapi tak jumpa.


Overall, aku suka tablet Infinix ni. Awalnya aku nak beli tablet lain, tapi memandangkan budget aku cukup-cukup setakat beli tablet Infinix ni je, so aku proceed je la. Nak beli tablet tablet Xioami model apa tah, mahal sangat. Kawan aku cakap, takde sim. So, tak jadi lah beli.


So, sekian saja update dari aku menggunakan tablet Infinix. Next time aku update lagi ya.



Ni gambar anak-anak yang aku ambik guna tablet Infinix, takla cantik sangat, biasa-biasa je. Aku beli tablet ni bukan untuk gambar atau video, so aku aku je dengan kualiti gambar dan video dari tablet Infinix ni.

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post