Tuesday, January 18, 2022

Semoga pahala mereka berbalik pada kami

 Assalamualaikum 


Ok, tajuk agak panjang. Sebab tak berapa pasti nak letak tajuk apa. Tapi cerita ni pasal mereka-mereka disekeliling aku, which is mereka-mereka ini adalah jiran tetangga aku sendiri. 


Untuk mereka yang bela haiwan peliharaan, spesifiknya adalah kucing, dan membiarkan kucing peliharaan mereka berkeliaran dan masuk serta kencing dan berak merata-rata di dalam kawasan rumah aku, mahupun sekitar rumah aku, aku hanya mengharapkan pahala-pahala yang mereka dapat sebab memelihara kucing tu, berbalik kepada aku.


I don’t know how to describe betapa rimas dan busuknya rumah aku, dengan bau hancing air kencing dan najis kucing. Tak pasti lah kucing ni bertuan ke atau kucing liar, tapi yang pasti, ada kucing-kucing ni yang rosakkan seat motor laki aku. Habis di cakar-cakar seat motor dia, haihhh terpaksa lah tukar seat motor baru. Bukan seringgit dua kalau nak balut seat motor. 


Pernah jugak, kucing mana tah kencing atas kasut kerja aku. Ya Allah! Sakitnya hati!


Kasut tu aku cuba basuh, rendam dalam air sabun, jemur dan ulang step tu berkali-kali tapi masih tak hilang bau hancing air kencing kucing tu. Akhirnya, memang aku buang terus kasut kerja aku tu.


Berak atas mesin basuh pun pernah!


Berak dan kencing atas cermin kereta aku pun pernah! Sumpah busuk! Ya Allah!


Taktau macam mana nak cakap. Yang lagi best, pernah jugak kucing betina mana tah beranak atas siling rumah aku. Dok tercari-cari lah kami, dari mana bunyi anak kucing ni, rupanya dari atas siling rumah kami. 


Jadi, sebab tu lah aku kata, kalau kucing-kucing ni bertuan, dan tuan kucing ni biarkan kucing-kucing depa berkeliaran dan buat hal kat sekitar rumah aku, aku doa sangat-sangat, pahala tuan kucing tu berbalik kepada kami. Kejam tak eh doa macam ni?


Tapi, macam tak kejam kot. Sebab stress kami kena hadap ni, nak cuci berak kucing, cuci air kencing kucing ni, sapa nak tanggung. Walaupun hakikatnya, laki aku yang banyak cuci. Hahahaha…


Ahhh tak kira! Geram punya pasal kot, busuk weh rumah.



Ni gambar aku pagi tadi, yang tak relate pun dengan cerita dekat atas ni. Dilema orang yang berkacamata, pakai face mask, berkabus spek mata aku haaa… hahahaha… aircond sejuk sangat, pagi-pagi drive ke office pun buka aircond sejuk-sejuk, bukan apa, takut ketiak basah. Hahahaha. 


Jadi bila keluar je dari kereta, dengan ber face mask ni, memang spek akan jadi berkabus lah. Who can relate spek mata berkabus ni dengan your story?

Hahahaha..






Monday, January 10, 2022

Organic Instant Oats boleh turunkan kadar kolestrol tak?

​Balik kerja petang tadi, aku ke Speedmart sebab nak beli sabun basuh, kebetulan minyak masak kat rumah pun dah habis. Tengok sana sini orang komplen pasal minyak masak takde. Haihh.. mana pi semua minyak masak eh? Nasib baik dekat Speedmart tadi ada stok minyak masak, so beli lah sebotol. Saja restock siap-siap, kang tengah-tengah syok masak, sekali minyak masak dah habis. Mesti kuciwa!


Belek-belek 3 in 1 Quaker Oat coklat yang aku pernah beli sebelum ni, sebab stok dekat ofis dah nak habis. So ter perasan lah pek CED Organic Instant Oats ni. Harga RM6.90, berat dalam 500gram. Katanya, 100% organic pesticide free. Apa benda ntah pesticide free ni. Hahahaha…




Dekat pek ni ada tulis, lowers cholesterol, high in beta glucan, no preservative dan European grown. Wahhh… oat ni ditanam di negara Europe kah? Hahaha…


Why organic?


It says here that organic oats free from pesticide and chemicals


Organic food is not genetically modified, it is from nature


Organic food consumption promotes healthier and greener earth


Sebaiknya, memang kita kena cari atau utamakan makanan yang sumbernya dari bahan-bahan organik. Contohnya kan, sayur-sayur organik, buah-buah organik, ayam organik. Memang baik untuk kesihatan kita, walaupun harga makanan organik ni mahal sikit.


Aku mula consume oat ni bukan apa, sejak kolestrol makin tinggi dan affect aku punya blood pressure @ tekanan darah, maybe dengan consume oat ni, sekurang-kurangnya boleh lah turun kan kadar kolestrol dalam badan aku ni.


Asyik minum minuman berkafein je kan, cuba je lah ambik organic oats macam ni. Selain dari dapat turunkan kadar kolestrol, baik jugak untuk kesihatan. Doa kan kesihatan aku bertambah baik ye. 




Organic instant oats recipe yang tertulis dekat belakang pek organic instant oats ni. Nanti boleh try!

Short Trip - Percutian 2 hari 1 malam ke Sri Iskandar

​Assalamualaikum 


Aku ajak mak dengan anak-anak ke Sri Iskandar, short escape ke sana since kami taktau nak pi mana. Nak ke Zoo Taiping, rasa jauh sangat. Nak balik Ipoh, suami aku tak balik minggu ni. Jadinya, kami ke Sri Iskandar je lah, rumah adik aku.


Tapi macam biasa, sebelum sampai Sri Iskandar, singgah dekat Titi Gantung dulu, borong jagung 12 tongkol RM10, jambu air sekilo RM12, kuih ros atau kuih loyang, mangga muda 2 bijik. Mak mintak air jagung, anak-anak pulak nak air tembikai. Dekat siti saja dah habis dekat RM50. 


Asalnya nak beli kerepek pisang, tapi Cik Jah cakap kerepek pisang tak boleh buat, minyak paket tak ada. Dia terpaksa order minyak paket dari adik dia di KL. Takkan nak buat kerepek pisang pakai minyak botol, tinggi lah kos nanti. Kecewa lah Amna, dia yang kalut nak kerepek pisang.



Berbaris air balang. Ada air tembikai, air jagung, air apa lagi eh.. 



Terima kasih Cik Jah bagi extra jagung 2 tongkol. Semoga murah rezeki Cik Jah



Sedapnya jambu! Beli jambu sikit, nanti makan ramai-ramai. Sebenarnya nak beli mata kucing jugak, tapi rasa macam dah terlebih belanja dah ni. Hahahaa…



Beli jugak mangga ni 2 bijik. Urmmm sedapnya.


Dah sampai ke Sri Iskandar, layan cerita Korea dekat Netflix, tajuk The Silent Sea kalau tak salah. Sumpah best cerita ni, sapa yang belum tengok, silalah tengok. Cerita mengisahkan 1 kumpulan manusia yang ke bulan untuk ambik sample di bulan. Masa tu, air di bumi terpaksa dicatu. Eh, malas nak cerita banyak-banyak. Tengok lah sendiri.


Ahad pagi lepas breakfast, kami terus gerak balik ke Manjung, sebab banyak benda lagi nak kena buat. Isnin anak dah nak mula sekolah, baju belum gosok, barang dapur tak beli lagi. Sampai Manjung dah tengahari, malas nak masak, pi kedai je lah beli lauk. Hahahaa…




Petangnya ke area Venice, cari stok ikan. Beli ikan kembung, ikan kerisi, ayam separuh, ikan duri sepinggan. Fresh tak ikan-ikan ni? Total ikan-ikan ni dalam RM38. Sampai rumah, nak kena proses ikan-ikan ni pulak. Yang penting puas hati sebab dapat ikan yang fresh. 




Terlupa pulak pasal nangka madu ni, beli dekat Petronas Sri Iskandar masa nak balik ke Manjung. Sebenarnya dah banyak kali nampak gerai ni, tapi tak singgah. Lama gila tak makan nangka madu, jadi alang-alang dah beli ni, beli lah 2 bekas. Puas hati dapat makan nangka madu. Manis, berlemak, semua ada.


Jadi, tu je lah kot cerita aku pasal short trip aku dengan anak-anak dan mak sekali, ke Sri Iskandar. Nak pi jauh-jauh malas nak drive, modal pun mesti lebih, so pergi je lah ke rumah adik. Dah tentu makanan di tanggung tuan rumah, siap boleh layan Netflix. Hahahaaha…