• News

    10 October, 2022

    7646 steps today

    Alhamdulillah, harini dapat 7646 steps. Bangun pagi-pagi, anak-anak masih tidur, mak mertua ajak morning walk keliling kampung. Aku memang tak lepaskan peluang, sebab selalu aku pergi gym waktu lunch, jadi cuti 3 hari (sempena cuti maulidur rasul), banyak gila aku makan.



    Hari-hari cheat day!!!



    Berat yang haritu dah turun 2kg lebih, ehh naik balik. Aku takde lah ada berapa target nak turunkan berat berapa kilogram, tapi teruja lah bila tengok berat turun. Aku nak bersenam je, sebab rutin aku sebelum-sebelum ni memang kurang aktiviti bersenam, bersukan apatah lagi. 



    Ok, back to aku punya cerita, kami balik visit mak dan ayah mertua aku depat RPT Batu 10, lepas tu aku share lah kisah aku yang hampir kena makan ubat darah tinggi, dan sekarang aku rajin lah jugak bersenam keluarkan peluh ni. Kebetulan, mak dan ayah mertua aku pun memang jenis rajin bersukan, deme ni siap semangat beli basikal, ada team kayuh basikal. Kelass gitu!



    Jadi relaks-relaks lepas subuh, anak-anak aku pun dok tidur lagi, mak mertua ajak lah aku berjalan keliling kampung. Ni first time jugak aku berjalan keliling kawasan kampung laki aku ni, sejak kami kahwin tahun 2010. Apa yang aku boleh cakap, cantik gila permandangan waktu pagi. Nampak kabus dekat bukit, dengan suasana langit yang cantik! Fuhh.. sumpah lawa!



    Dapat ronda keliling kampung dengan mak mertua, kebetulan suami aku pun balik dari jogging. Aku pun ajak dia pergi tengok tanah kami dekat kawasan belakang sikit dari rumah mak & ayah mertua aku. Alhamdulillah, dapat jugak geran akhirnya! 



    Tanah pun dah naik lalang, jadi petangnya sempat lah laki aku meracun kawasan tanah kami tu, kebetulan cuaca memang panas. Nak buat rumah, belum berduit lagi. Tunggu lah ada duit sikit, cadangnya nak buat rumah sewa 2 pintu. Nanti collect sewa je, itu pun kalau ada modal. Kalau takde modal, tunggu lah harga tanah naik sikit, kami nak jual je tanah tu. Yang berminat nak beli tanah di kawasan RPT Batu 10, boleh lah roger-roger sis ye. Tapi tanah ni dekat kawasan lombong, jadinya kena tambak betul-betul before nak buat rumah.



    Ok, tu je lah ceritanya macam mana boleh dapat extra steps harini, sebab selalunya nak cukup 3000 steps sehari pun jenuh. Awalnya morning walk dengan mak mertua keliling kampung, lepas tu morning walk pulak dengan suami pi tengok tanah ktorang yang semak dengan lalang tu.





    Indahnya permandangan waktu pagi. Berkabus, sejuk. Dapat tengok macam-macam jenis pokok 😂





    First time berjalan keliling kampung sejak kahwin tahun 2010. Cantik rupanya kampung ni. Tak jauh pun dengan air terjun Ulu Chepor tu. 





    Rumah besar-besar kat sini, ada duit, boleh lah rehat lepas suami pencen kat sini. Tapi katanya nak settle down dekat Manjung je..





    Tenang sungguh. Nanti dah tua-tua nak relaks-relaks macam ni, harap Allah kurnikan kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa, tak perlu rushing nak ke tempat kerja, tak perlu kisahkan hal duit ringgit




    Belakang rumah mak ayah. Tanah kosong tu luas, 2 lot tanah, untunglah tuan tanah ni, kalau 1 lot pun orang jual 100 ribu lebih



    Ikut dari belakang je, jalan bukan main laju. Dah pesan jangan lari, kena jalan je. Aku mana mampu nak lari. Hahaha.. tapi kalau anjing kejar ni, terpaksa jugak lah lari 😂😂



    Tanah yang dah jadi milik kami, haritu hampir jugak kami putus asa. Hahaha. Kalau berminat nak beli, let me know ya. Ok, ini hanya bergurau, mati aku kalau laki aku tau aku iklankan tanah ni. Dia taknak jual lagi, tunggu harga tanah naik lagi katanya. Jadi kita wait and see je lah.. 

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers