• News

    14 October, 2022

    Tips Nak Berjimat Cermat Part 1 - Bawa Bekal Dari Rumah Ke Tempat Kerja

    Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dah sampai ke hari jumaat, hari terakhir bekerja untuk minggu ni. Hahahaha. Punya la menghitung hari, bila la nak sampai hujung minggu. Sebab rutin setiap hari aku memang sibuk dan memenatkan. Nak iron baju sekolah budak-budak ni lagi, itu yang kadang-kadang tudung aku, aku malas nak iron, pakai tudung jenis yang instant tu, tak payah iron.



    Lepas budak-budak ni semua dah pi sekolah, aku pulak ke office. Habis kerja 5.30, terus rushing balik rumah, sebab nak bawa budak-budak ni mengaji quran. 6.30 petang macam tu baru habis mengaji quran. Sempat lah ke kedai nak cari barang-barang sekolah ker, kot tiba-tiba cikgu suruh bawa kertas warna, nak cari batang aiskrim lah, batang lidi lah, nak beli stok makanan lah. Itu yang dekat-dekat maghrib baru sampai rumah. 




    Penat woooo.. begitu lah kehidupan aku dengan anak-anak setiap hari. Almaklum lah Papa depa duduk jauh, jadinya aku lah mak, aku lah bapak. Bayangkan ibu tunggal yang struggle sorang-sorang besarkan anak-anak. Hurmmmm… Aku ni lebih beruntung, suami ada, cuma jauh. Insaf sekejap.




    Tapi dalam busy dan penat tu sempat jugak lah aku masak pagi-pagi sebelum ke office. Alang-alang dah masak untuk anak-anak balik sekolah nanti, aku pun bawak lah bekal ke office. Dapat jimat duit sikit, almaklumlah zaman kegawatan ekonomi ni, dengan OPR dah naik berapa kali ni, elok lah kita jimat apa yang boleh. 




    Kebetulan haritu balik rumah mak mertua, mak mertua aku masakkan kari ayam yang sedap. Pekat kuah kari tu, lain sikit dari kari ayam yang aku biasa makan. Terus lah mintak resepi. Apalagi, kita pun masak lah, wangi betul. Tapi derhaka sikit dengan resepi mak mertua bagi tu, aku tak letak santan. Kan tengah jaga makan sekarang ni, so kita taknak lah letak santan kan. Tapi jangan risau, tetap sedap walaupun tak letak santan.




    Bangga pulak dengan diri sendiri sebab masak makanan yang sedap! Hahahaha. Almaklum lah, aku tak berapa pandai masak. 




    Harini pulak aku bawak bekal jugak. Ikan kembung masak kicap. Ikan kembung masak kicap ni aku blendkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai, lepas tu tumis. Semerbak bau dia! 




    Jimat duit makan aku 2,3 hari ni. Alhamdulillah. Jangan lah malu bawak bekal dari rumah, malulah kalau berhutang sana sini sebab nak makan yang hipstur-hipstur. Hahahaha.. bukan main lagi konsep kehidupan yang aku amalkan 😂😂😂





    Bekal harini. Ikan kembung masak kicap, dan dried prune beli dekat 999 Speedmart.





    Ni bekal semalam, ada kari ayam dengan kentang. Special sikit ada keledek stim. 


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers