Tuesday, June 29, 2021

SURAT AKHIR BY AMIRA OTHMAN

Assalamualaikum..




Ada yang dah penah dengar lagu Surat Akhir dari Amira Othman ni?

Masa aku mula2 dengar lagu ni, aku ingat ni lagu Dayang Nurfaizah. Sedap betul!

Sumpah aku suka lagu ni. Tapi bila dengar2 balik, eh ni bukan Dayang.

Tak puas hati, aku terus search sapa la yang menyanyi lagu ni kan..


Rupanya, Amira Othman!

 Sedap weh, aku hari2 ulang dengar lagu ni. Lirik lagu ni sedih sangat.

Hmmm.. tiap kali dengar, tiap kali tu la rasa sebak, sayu.

Terasa macam diri aku sendiri berada dalam situasi tu.

Terpaksa tinggalkan keluarga tercinta, sahabat2 dan semua yang ada disamping kita, demi menyambut panggilan Ilahi.

Huhuhhu.. memang sedih.


Ada part dekat lirik tu, dia mintak mereka (keluarga dan kawan2) doakan dia selalu, bila dia dah takde. Hampa try la dengar lagu ni dekat youtube. Memang sedih.


Ni lirik lagu Surat Akhir, aku copy dekat google


Andai esok tiada lagi
Untuk aku baik- baik sayang Andai ini yang terakhir dari aku
Untuk kamu oh sayang

Ku mulaikan warkah akhir ini
Dengan nama Tuhan yang menemukan
Aku dengan dirimu

Dan tibalah waktunya
Untuk diriku kembali bertemu
Berangkat pulang
Berangkat pulang ke pangkuannya

Andai ini yang terakhir
Dari aku untuk dirimu
Sampaikanlah salam rinduku tuk semua

Teristimewa ayah dan bonda Oh sayang

Nanti bila aku telah tiada
Ajarkan mereka bait-bait cinta dari Tuhan
Kirimkanlah untuk ku
Moga bisa jadi penghibur hatiku
Memecah sepi di kamar baruku

Kan resminya agung Tuhan memang begitu
Bermulah berakhir
Bertemu dan berpisah
Usah kau bimbang sayang
Ku nanti dikau di pinggir syurga

Andai esok tiada lagi
Untuk aku baik- baik sayang
Andai ini yang terakhir
Ku pergi dulu bertemu lagi
Oh sayang…


Monday, June 28, 2021

TIDURLAH WAHAI PUTERA PUTERIKU

 Assalamualaikum...

Geram la dekat budak2 ni.. Esok pagi ada PDPR, online class pukul 8 pagi

tapi semua pakat tak tidoq lagi. Dok cerah bijk mata tengok cerita Love Elsa.


Cerita Love Elsa ni, esok petang pun boleh tengok balik, kan ada ulangan. 

Tapi tak jugak nak tidoq awai. Esok pagi kalau hampa semua tak bangun, mama jirus ayaq. 

Biaq padan muka. 


Struggle sungguh pagi2 nak kejut depa bangun tidoq. Sebab tu la aku selalu harap

yang ustaz / ustazah buat kelas offline, tak pun bagi link youtube dan jawab soalan dalam google form tu. Hahaha... 


Jadi mak bapak time covid ni memang mencabar. Melainkan anak2 hampa tak masuk sekolah lagi.

Hmmm....







Resepi Sambal Belacan Padu Guna Chopper

Assalamualaikum..


Haaa.. tajuk agak panjang. Tapi just nak share 1 cara yang mudah nak buat sambal belacan. Nak makan nasik sedap2, mesti kena ada sambal belacan yang padu kan. Orang kata, baru kick! Mau tambah nasik 2,3 kali. Hahahaha…


Alkisahnya aku bukan la jenis yang makan sambal belacan sangat, sebab tekak aku ni manja, tak boleh makan yang pedas-pedas sangat. Jadinya laki aku akan buat sendiri sambal belacan. Hahahaha.. Kesian laki aku kan. 😂


Selalunya jugak, dia akan masukkan semua bahan dalam blender je. Senang, tapi hancur la sambal belacan dia tu. 


Kisahnya, haritu aku ada beli chopper manual dekat shopee. So aku pun cuba la buat sambal belacan pakai chopper tu. 


Bahan-bahan yang diperlukan:

Cili hijau 10 biji, cili merah sebijik, gula sikit, garam sikit, air limau sikit, air asam jawa sikit dan belacan

Masukkan semua bahan ke dalam chopper dan tadaaa…


 
So lepas ni senang la nak buat sambal belacan.
Guna je chopper. Ok, pakat2 pi beli chopper lekaih, senang keja hangpa.



Blogger Plus

Assalamualaikum..

Aku baru jumpa apps ni, so tak pasti la apps ni OK ke tak untuk aku guna pada masa akan datang untuk update blog aku.

So far setakat ni aku ada buat blog baru dekat wordpress, tapi honestly aku sayang sangat dekat blog lama aku ni sebab blog ni simpan banyak kenangan untuk aku, sebabnya aku start menulis dari zaman aku bujang, kahwin, beranak pinak. Hahaha.. Jadinya, blog ni sangat2 lama.

Cuma yang aku frust sikit, aku ada masalah nak link kan blog aku ni dengan google adsense. Best kan kalau menulis lepas tu dapat earn income, sapa takmau kan, walaupun benda yg hang update tu bukan la benda yg berilmiah sangat. Hahahaha…

Sapa2 kat luar sana, yang boleh tolong tengokkan blog aku ni, macam mana nk link kan blog aku ke google adsense, tolong la contact aku dekat email aku sitinaminah02@gmail.com.

Nanti aku bayar la upah.. hehehe..

Ok la, ada masa aku update lagi.