Tuesday, November 30, 2021

Scammers detected

Assalamualaikum 


Rasanya dah lama sangat tak update blog. Ye, busy dengan kehidupan baru. Rasanya minggu ni minggu ke 3 kami hidup dalam fasa baru, which is fasa PJJ. Sumpah bukan senang nak handle semua benda sendiri, tapi Allah permudahkan.


Allah gerakkan hati mak, nak datang duduk dengan aku dan anak-anak, dikala aku dan anak-anak struggle dengan kehidupan baru kami. Allah, terima kasih ya Allah. Ada nya mak kat sini, segalanya terasa mudah. Yang berat, jadi ringan. Kat tempat kerja dah tak perlu fikir pasal anak-anak. 


Anak-anak pun happy sebab tok ada. Aleeya pun dah tak heran dengan mama dia, sebab dah ada tok. Hehehe..


Nak cerita pasal scammers, sebab harini jadi hari super kelam kabut. Petang tadi masa dekat office, aku dapat message dari fb messenger, ooo abang aku. Hairan jugak aku, kenapa message di fb messenger. Dia kata saja je, macam tengah scroll down fb. Aku pun ok je lah.


Tiba-tiba dia tulis, tolong bank in RM75 kot dekat satu akaun Maybank ni, katanya lepas maghrib dia akan transfer balik. Aku hampir percaya, sebab cara message tu sangat bersahaja. Memang macam abang aku. 


Masa tu teringat nak message abang aku balik dekat whatsapp, sebab rasa lain macam, abang aku ni memang tak pernah pinjam duit atau mintak kami masukkan duit ke akaun sapa-sapa pun sebelum ni, tapi since dia ni lambat reply, jadi aku terus call dia laju-laju.


Terkejut lah dia bila aku tanya pasal ni. Memang sah lah ada someone yang guna fb messenger dia dan message aku dan jugak adik-adik aku sekali. Ohhh.. rupanya bukan aku je scammers tu dah message, adik-adik aku pun dia ada try jugak. 


Ya Allah! Nasib baik lah kami tak terpedaya dengan cara depa menyamar tu. Tapi risau jugak kalau-kalau scammers ni pi pm tepi FB friends abang aku yang lain. Haihhh… 


Bila aku cuba check account no. yang scammers tu bagi, wallawehhh.. entah account no.mamat cina mana tah.


Aku tak pastilah abang aku dah buat police report ke tak pasal scammers ni, tapi risau jugak lah kalau ada orang lain yang percaya, sebab aku pun hampir-hampir percaya jugak. Huhuhu….


Pulak tu, aku dah takut scammers tu dapat detect account bank aku, cepat-cepat aku pi tukar password online banking aku. Ehh dah aku pulak yang cuak. Dah la itu je duit yang ada dalam account aku. Memang aku tak halalkan dunia akhirat lah kalau scammers babi tu ambik duit aku.


Hahhh.. itu je lah yang aku sempat cerita. Nanti aku update lagi ye.. 


Monday, November 22, 2021

LELAH DAN KISAH HARI PERTAMA SEKOLAH

 Assalamualaikum 


Minggu ke 2 PJJ. Ya Allah, I don’t know how to describe my feelings right now, aku sangat-sangat letih. Handle urusan anak-anak, kerja aku, balik rumah nak uruskan hal makan minum di rumah, mendobi pulak, letihnya haiiii… 


Haihhh.. macam mana orang lain yang mampu buat benda ni sorang-sorang? Dah bertahun-tahun pulak tu. Aku yang baru 2 minggu ni dah rasa lelah. Sejujurnya, aku hampir-hampir down!


Tapi memikirkan anak-anak, semangat yang mulanya dah luntur, jadi bertambah kuat. Anak-anak perlukan aku. Kalau aku rebah, anak-anak akan ikut rebah. Ok, jom lawan perasaan lemah, lelah, gundah ni. 


Nak share sikit. Aku sekarang dah tak bekerja dari rumah lagi, dan sejak dah bekerja dari office ni, keadaan jadi a bit kelam kabut, ye lah kan, aku pun dah berbulan-bulan work home, bekerja dari rumah, sambil jaga anak-anak. Anak-anak pun selesa  duduk rumah, tak payah ke rumah pengasuh, jadi bila dah mama depa ni kena masuk kerja balik, depa terpaksa la duduk rumah pengasuh.


Si Aleeya ni lah yang pagi-pagi banyak cekadak dia, takmau pi rumah pengasuh. 😂


Dekat office pulak, hujung-hujung tahun ni memang kalut dengan audit. Bayangkan document yang dah lama terperuk dalam office, nak kena scan, nak kena match betul-betul dengan document yang lain, nak kena update properly, haihhh.. aku risau sangat-sangat kalau ada masalah dengan document-document yang kami handle. Mesti boss akan panggil aku dan explain, kenapa tak manage document betul-betul.


Mana dengan nak tengok daily task lagi, nak belek kertas-kertas yang melambak tu lagi, ya Allah.. kadang-kadang boleh naik muak. Tapi bila fikir ni lah punca rezeki aku, kerja ni lah yang bagi aku peluang untuk sama-sama besarkan anak-anak aku ni, jadi hadap je lah!


Kalau kena marah, kita admit je lah! Hahaha.. anggap je lah kita tak sempurna. Hahahaha. Baik punya alasan. 😂 Nak jawab apa lagi kan, kalau dah betul kita tak mampu nak handle dan manage document-document ni properly, maka kita mengaku je lah salah kita, dan cuba improve lagi di masa akan datang. Love tak kata-kata aku ni? Hehehhe.


Ingat nak share cerita hari pertama Emran dan Amna je sekolah setelah berbulan-bulan tak pi sekolah, haihh ni pun kelam kabut jugak. Dengan van sekolah yang selalu depa naik ni tak jalan, katanya January 2022 nanti baru nak beroperasi balik. Haihhh kelam kabut lah aku nak cari van lain. Nasib baik last minute dapat jugak van sekolah.


Urmm nanti lah sambung pasal hari pertama anak-anak sekolah ni. Aku dah  super duper mengantuk dah ni. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita.


Lupa nak wish, selamat pengantin baru buat Haqiem Rusli dan isteri. Semoga bahagia hingga ke jannah! 






Saturday, November 20, 2021

Resepi Bihun Singapore Simple

Assalamualaikum 


Petang ni aku masak Bihun Goreng Singapore. Tapi version aku mestilah simple sebab aku pun bukannya jenis yang pandai masak. Hahahaha. Kenapa aku suka Bihun Goreng Singapore ni? Sebab rasa dia sedap, bahan yang guna pun tak banyak.


Ada ke yang nak resepi Bihun Goreng Singapore yang super duper simple ni? Mai sini aku list kan bahan dan cara-cara nak masak. 




Bahan-bahan:

Sebungkus bihun yang direndam sampai lembut
Isi ayam sikit
Fish cake sebatang
Telur sebijik
Carrot yang dipotong panjang
Sayur kobis
Serbuk lada hitam
Cili padi sebijik
Garam
Serbuk perasa Maggi
Sesudu sos tiram


Bahan untuk dikisar atau ditumbuk

- Segenggam kecil ikan bilis, bawang putih 5 ulas, 2 ulas bawang merah, sedikit air


Ok, jom kita masak.


1. Mula-mula, panaskan minyak. Masukkan bahan yang telah dikisar. Dah garing sikit bahan-bahan kisar tadi, masukkan lah isi ayam dengan fish cake.


2. Masukkan serbuk lada hitam, ikut la nak letak banyak ke sikit. Lepas tu, masukkan sos tiram. Tambah sikit air kosong. Masak sampai mendidih.


3. Masukkan garam dan serbuk perasa siap-siap. Masukkan telur. Masukkan carrot dan sayur kobis. Kacau. Masukkan bihun yang dah direndam.


4. Kacau sampai bihun dan semua bahan-bahan tadi sebati. Kalau rasa bihun tu agak keras, tambah air sikit-sikit. Takut bihun jadi lembik.


Ok, dah siap! Tu je lah resepi simple Bihun Goreng Singapore version aku. Cuba lah, kot-kot bosan asyik makan nasi. Bihun ni sebenarnya bihun yang dapat masa PKPD haritu. Dapat banyak bantuan bihun, so habiskan stok bihun yang mana ada. Hehehehe.


Tengah syok layan Bihun Goreng Singapore, anak-anak jerit cakap cantiknya kat luar. Aleeya jerit, “cepat la mama, cepat la mama”. Keluar jugak la tengok apa yang Aleeya nak tunjuk ni. 



Nyaris Tertinggal Anak Dalam Kereta

 Assalamualaikum 


Benda ni jadi 2 hari lepas, aku terpaksa balik lambat, kebetulan tengah audit. Rushing betul petang tu nak cepat balik, nak ambik anak-anak dekat rumah pengasuh jugak. Tak seronok kalau anak-anak jadi orang last yang balik. Walaupun balik lambat bukanlah benda yang disengajakan.


Dah dekat waktu maghrib jugak masa tu aku sampai dekat rumah pengasuh, memang betul, Aimy dengan Aleeya budak last yang masih ada kat situ. Budak-budak lain dah lama balik. 


Sorry ye anak-anak.. sorry jugak buat pengasuh..


Sampai dirumah, dah azan maghrib. Aku pun cepat-cepat suruh anak-anak keluar dari kereta, aku pun kelam kabut kunci pagar rumah, jenguk dalam kereta just to make sure beg baju anak-anak dah angkut sekali,  sebab nanti nak cuci baju kotor depa.


Aku pun tutup pintu belakang lepas aku pastikan betul-betul yang memang Aimy dan Aleeya dah turun. Buka pintu sebelah depan bahagian penumpang, angkat beg-beg aku dan terus locked kereta. Laju nak masuk dalam rumah sebab azan maghrib masih berkumandang.


Sekali terdengar macam orang menjerit, rupanya Aleeya terkunci dalam kereta. Menangis, meraung dia lepas aku kunci pintu kereta. Rupa-rupanya, dia main sembunyi-sembunyi dekat third row kereta.


Allahuakbar! Nasib baik sekejap je. Terus aku buka pintu dan bawak dia masuk dalam rumah. Teruk dia menangis, cakap Mama tak sayang Eya. 


Sorry Aleeya, mama betul-betul tak perasan Aleeya ada dekat belakang. Mama betul-betul ingat Aleeya dah sama-sama turun dengan Aimy tadi. Walaupun benda ni jadi sekejap je, tapi betul-betul buat aku cuak!


Tak boleh bayangkan benda yang aku selalu baca dekat news, jadi dekat diri aku sendiri. Mintaklah Allah jauhkan benda-benda macam ni dari aku, dan juga kita semua. 


Dugaan PJJ. Kalau dulu masa suami ada, dia yang akan ambik anak-anak dari rumah pengasuh sebab dia balik awal sikit dari aku, pulak tu, tempat kerja aku jauh dari rumah.








Sunday, November 14, 2021

Welcome To Long Distance Relationship Life

Assalamualaikum 


Suami aku baru je gerak dari Manjung ke KL. Esok akan memulakan tugas di tempat baru. Aku asalnya cuba berlagak rileks tapi akhirnya airmata aku tumpah macam air terjun. Sumpah tak dapat tahan airmata ni walaupun aku dah cuba tahan.


Sampai ke saat aku menaip cerita ni, aku masih lagi menangis. 


Suami di tempat baru, aku dengan anak-anak disini. Aku tengok anak-anak rileks je sambung tengok TV, macam nothing happend, padahal lepas ni papa depa dah takdak kat rumah macam selalu. Papa yang selalu imamkan solat jemaah, yang selalu ajar depa mengaji. Yang selalu jugak masak untuk kami semua.


😭


Lepas ni aku kena kuat demi anak-anak. Dekat sini memang kami takde sapa-sapa, sedara mara pun takdak. Lepas ni tak boleh stayback lama-lama dekat office, kena balik on time sebab kesian anak-anak. Kalau dulu ye la, suami balik keja awal, boleh tengokkan anak-anak.


Aku harap aku dan anak-anak mampu tempuh cabaran dan ujian ni dengan baik. Semoga suami aku baik-baik dekat sana, dan kami jugak baik-baik dekat sini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami semua. 


Walaupun ramai orang cakap Manjung - KL tu tak la jauh kalau nak di bandingkan dengan Manjung - Johor, atau Manjung - Sabah, tapi aku je yang hadap benda ni, you not in my shoes. 


Ok, nak sambung teriak. 😭


Doakan kami ok ye. 😭




Saturday, November 13, 2021

BLOGGER OR YOUTUBER

Assalamualaikum


Aku dah lama ada blog aku ni, masa aku bujang lagi. Kalau tak salah aku masa tu, aku dah kenal laki aku. Mungkin dalam fasa atau bibit-bibit percintaan lah kot. Tapi aku start tulis blog bukan sebab nak share cerita cinta aku. Saja nak menulis agaknya masa tu, mungkin jugak sebab bosan. 😂


Bila dah ada blog, rajin jugak lah blogwalking ke blog kawan-kawan, dan ramai jugak lah kawan blog yang aku masih ‘berkawan’ di Facebook. Tak pasti kalau depa masih aktif tulis blog, yang pasti aku pun baru nak mula aktif balik dekat blog, padahal ada satu masa tu, aku sangat-sangat malas dan terlupa password blog aku. Kahkahkah.


Pernah jugak dalam setahun, ada satu entry saja! Hahaha. Sibuk besarkan anak-anak kot. 


Bila adik aku share pasal sepupu aku yang jadi Youtuber, eh best jugak. Dah dapat income dari Youtube jugak lah sepupu aku tu, bukan kaleng-kaleng. Mulanya dia buat video pasal masak-masak, tapi lepas tu dah tukar ke cerita pasal kisah benar, yang sempat aku tengok dia cerita pasal kes Mona Fendy, kes pembunuhan apa lagi entah.


Aduh! Gigih jugak ye nak kena cari maklumat dan info pasal semua tu. Aku dah la tak berapa nak rajin. Hahaha. Ada jugak yang buat video pasal masak-masak, masalahnya aku ni masak pun tak berapa pandai. 


Tapi sebab nak jugak jadi Youtuber dan konon-konon nak dapat income dari Youtube macam orang lain, aku pun buat jugak akaun Youtube. Hahahaha. Sudahnya apa, ada la berapa belas subscribers, kahkahkah sendunya.


As a youtuber, kalau nak start earn income, youtube channel kita tu haruslah ada seribu subscribers dan berapa jam tontonan entah. Dengan subscribers aku yang sendu berbelas tu, kirim salam lah! Sampai tahun depan pun belum cukup seribu subscribers tu. 😂


Jadi blogger pun tak berjaya, jadi youtuber pun tak berjaya. Begitulah kisah sedih aku. Hahaahha. Buat masa sekarang ni kan, sejak blog aku dah connected dengan Google Adsense, aku ni hari-hari lah berangan, Ya Allah, bestnya lah kalau aku dapat earn income dari blog aku ni. 😂


Lepas tu kan, kalau income aku dah masyuk, mau jugak aku bagi surat resign dekat boss aku dengan muka bangganya sebab aku nak jadi fulltime blogger. Kahkahkah. Sumpah berangan teruk!


Aku terjumpa satu quote yang menarik, tak pasti dari mana, Pinterest ke Facebook. Aku share sini ye. “ Every successful person, has a painful story. Every painful story, has a successful ending. Accept the pain and get ready for success”.


☺️




Friday, November 12, 2021

TOPUP STOK FACE MASK K94

Assalamualaikum..


Sejak dah masuk office ni, dah kembali work from office ni kan, haruslah nak kena ada stok face mask. Sebab face mask ni dah jadi benda wajib, kalau nak pergi atau masuk mana-mana premis, memang wajib dah, kena pakai face mask. Kalau tak pakai face mask, boleh kena saman. 


Sanggup ke nak bayar face mask mahal-mahal?

Bukan sebab kena saman semata-mata, pakai face mask ni sebenarnya salah tu cara kita nak protect diri kita dari kena covid. Jadi, pakailah face mask dan amalkan social distancing. Kemainnnn… dah macam jadi Duta KKM. Kehkehkeh..


Ok, sambung balik pasal face mask. 😂


Face mask ni pulak, kalau dah pakai sampai sehari suntuk, mana boleh nak recycle atau esoknya nak pakai balik, kena buang. Melainkan kita guna cloth face mask, yang boleh cuci dan guna balik. Maka, haruslah kita topup stok face mask kita. Jadi, baru-baru ni aku pun belilah stok face mask, kalini memang aku beli jenis face mask K94.


Face mask K94 yang aku beli ni ada 2 jenis, first jenis hijab dan second jenis kena sangkut dekat telinga, ni leceh sikit kalau nak pakai, kena ada extension, tapi aku saja lah beli sebab ok je pakai dengan extension. Hahahaha. Nak bergaya ni, mesti kena gigih orang kata.


Aku beli 3 warna kali ni, ada warna putih, hitam dan juga biru. Since 2 hari lepas dah sampai stok face mask K94 aku ni, jadi aku belanja lah face mask K94 ni dekat kawan-kawan perempuan aku dekat office. Sebab mostly kawan-kawan aku pakai face mask jenis neutrovis yang biasa tu. Jadi bagi lah depa pakai jenis K94 ni pulak.


Harga pun takla mahal sangat. Ni haaa aku share harga yang aku beli dekat shopee. Memandangkan stok face mask aku masih banyak, termasuk face mask Neutrovis jenis hijab yang aku beli sebelum ni, aku syak mungkin dalam masa sebulan dua ni aku tak perlu dah nak topup stok face mask baru. Hehehehe..




Memandangkan jugak kulit aku muka aku ni jenis yang sensitif dan senang naik jerawat, so far setakat ni, hanya face mask jenis Neutrovis je yang agak sesuai dengan aku, honestly banyakkkk gila jerawat naik dekat kawasan pipi dan dagu ni. Sampaikan aku terpaksa jugak tukar pencuci muka, currently I’m a proud user of Cetaphil. Haaa terpaksa tukar pencuci muka gara-gara muka naik banyak jerawat. 😂



Nak share gambar aku pakai face mask baru beli. Hehehehe.. Ni stok lama face mask K94 yang aku beli dengan another shopee seller, stok lama ni dah habis, kebetulan masa balik Kedah haritu, mak aku berkenan pulak face mask macam ni. Hahahaha… Aku pun bagi je la stok yang ada dekat aku masa tu dekat mak.





Hai, cun tak saya? 


Ok, sekian saja update saya buat hari ini. Kalau rajin, saya update lagi 😂






Monday, November 8, 2021

BILA HANG CRAVING NAK MAKAN TOMYAM

Assalamualaikum 


Harini tepat 5.30 petang, officemates pakat off PC dan cabut balik. Aku yang asalnya nak stay lama sikit, tak jadi nak siapkan kerja sebab tinggal aku sorang je dalam bilik tu. Tak boleh jadi, terus off PC dan balik. 😂


Takut hantu.
Eh takla, main-main je. Mana ada hantu siang-siang ni kan.


Sampai rumah, ajak anak-anak keluar, kesian anak-anak, mesti bosan. Langsung tak pergi mana-mana. Singgah ke Farmasi I Sihat sebelah Sofera Hotel, nak beli ubat selsema sebab anak-anak tak berapa sihat. Beli sekali ubat batuk dan ubat demam. Kat situ saja dah habis lebih RM35. It’s ok, janji anak-anak sihat. 


Aku biasanya memang akan topup ubat anak-anak dekat Farmasi I Sihat ni, sebab aku suka points yang nanti bila dah cukup, aku boleh redeem dengan barang-barang lain. Selalunya memang aku akan redeem dengan vitamin anak-anak.



Tak tenang mama nak kerja bila fikir anak-anak tak sihat. Hati mak mana yang tak risau kan, dah lah sekarang ni memang musim covid. Kadang-kadang, punca dapat covid tu pun taktau dari mana. 


Singgah ke Speedmart, tukar syiling yang suami aku kumpul. Dapat la RM70. Yahuuu… Dapat la topup barang rumah sikit. Pusing-pusing dalam Speedmart, teringat nak beli stok megi aka instant noodle kot-kot lapar kat office nanti, boleh lah makan.


Kebetulan lapar tomyam, jadi bila ternampak mee segera perisa Tomyam, try lah ambik 1, nak ambik 2 takut tak sedap, tak kena dengan selera. Balik rumah, masuk air panas, 2 minit lepas tu baru makan.


Wahhh… sedap lah!
Rugi lah beli 1 je. Next time kena beli lebih.
Makan sampai licin, kuah-kuah sekali pun licin kami bedal.




Mamee Express Cup Perisa Tomyam!
Sedap!




Tak lupa ubat untuk anak-anak.
Bagi aku, kalau ubat batuk untuk anak-anak, memang aku akan beli Prospan. Alhamdulillah, serasi dengan anak-anak.


Sunday, November 7, 2021

MANJUNG DAH ADA FAMILY MART

Assalamualaikum 


Macam tajuk kat atas lah kan, Manjung dah ada Family Mart! 
Yes kawan-kawan
Kalau sebelum ni kalau nak makan makanan atau minuman yang viral macam dekat Family Mart atau macam air bubblebee Shuib jual tu
Dekat Manjung ni memang tak ada
Kena lah ke Teluk Intan atau boleh terus ke Ipoh


Tak salah aku, ada jugak yang jadi PS aka personal shopper untuk belikan barang-barang viral dari Family Mart dan jugak air viral bubblebee Shuib
So far aku belum pernah guna khidmat PS ni sebab masih boleh bertahan dari order benda-benda viral ni

Kata orang, harga pun boleh tahan!
Alamak!


Ok, berbalik pada cerita aku
Sejak dekat FB asyik dok promo pasal Pak Kodi Family Mart, so why not lah kita cuba kan?
Tak perlu nak pi beli jauh-jauh pun
Dekat Manjung jugak


Alang-alang dah gaji, balik kerja petang tu, bawak anak-anak ke Pak Kodi Family Mart
Tapi aku sorang je lah yang masuk
Anak-anak tunggu dalam kereta sekejap
Honestly masih takut nak bawak anak-anak keluar


Aku pusing-pusing dalam kedai dulu
Asalnya kedai ni dulu kedai Jalinan Qaseh, yang jual banyak barang-barang Tupperware, keperluan haji, makanan frozen
Tapi mungkin kali ni owner tu nak tukar konsep jadi family mart, Alhamdulillah nampak macam dapat sambutan yang menggalakkan




Jumlah yang dibelanjakan





Honeycomb ni sedap. Mula-mula tu staff Pak Kodi Family Mart cakap dah habis, so aku kecewa jugak lah. Tapi rezeki aku petang tu kot, ada pulak haaa… dapat la merasa..




Yang sebelah kiri ni fruit yogurt kot. Sedap jugak, aku request letak buah dragon fruit.




Manggo ice blended! Sedap jugak.
Hahahaha.. semua sedap aku ni..




Last but not least, oden!
Sedap jugak oden ni, licin kami makan.
Tapi boleh tak letak kuah lebih sikit, at least sampai tenggelam bebola-bebola tu
Tak cukup la nak hirup kuah.. 😂


So far bagi aku, semua sedap. For those yang belum pernah beli, boleh lah serbu Pak Kodi Family Mart!
Tak payah dah hampa semua nak pi Teluk Intan atau Ipoh semata-mata nak beli makanan / minuman yang viral tu kan.


Mungkin la dari segi rasa, ada rasa yang berbeza, tapi bagi aku yang tak berapa kisah sangat ni, not bad! Jom support usahawan tempatan kita. 


Buat Pak Kodi Family Mart, semoga terus maju jaya! 







Thursday, November 4, 2021

RFID buat suami, selamat bertugas di tempat baru

Assalamualaikum 


Mood tak berapa nak stabil sejak-sejak suami bagitau dia kena bertugas ke tempat baru. Aku tak berapa tunjuk sangat emosi sebenar aku, padahal aku agak sedih. Suami takde nanti, bermakna aku sorang-sorang kena handle anak-anak.


Kalau aku tak kerja, mungkin mudah. Boleh pindah ikut suami sekali ke tempat baru, tapi disebabkan aku kerja, dan aku ada my own commitment tiap-tiap bulan yang kena bayar, makanya aku harus kerja untuk langsaikan commitment aku semua tu.


Nak harap gaji suami sorang-sorang untuk cover makan minum kami 1 keluarga, tambah dengan commitment aku, memang tak cukup lah. Maka, inilah yang terbaik untuk kami. Biar je lah suami yang pergi ke tempat baru ni dulu. Harapnya aku dengan anak-anak OK je kat sini. *senyum kelat*


Haritu aku ada order RFID dan guna untuk kereta yang aku guna, macam best jugak. Tak payah dah nak touch card macam kad Touch & Go sekarang. Janji tempat tol yang kita nak guna tu ada signboard RFID, dah boleh guna.


So, alang-alang suami aku nak kena bertugas di kawasan Sg Besi dan dia pun plan nak bawak kereta viva lama aku tu, jadi elok lah kot kalau ada RFID kan. Kalau ada RFID ni tak payah lah beratur panjang dekat line Touch & Go, sumpah lebih smooth perjalanan kita.


RFID ni dah lama pun orang pakai, aku je yang jakun baru nak guna. Kisahnya, masa balik Kedah haritu, lorong Touch & Go panjang gila, jenuh lah beratur oiii… Tapi bila tengok lorong RFID smooth gila, balik je dari Kedah tu terus aku order RFID tu. Yeayyy… senang dah nak pi mana-mana nanti. 


Nak topup pun senang, just reload guna apps Touch & Go E wallet je. Cas tu akak terus tolak ke akaun Touch & Go E Wallet kita. Nak pasang pun senang, samada letak dekat lampu kereta atau cermin kereta kita.


Untuk suami aku, semoga dipermudahkan segala urusan di tempat baru nanti. Welcome to PJJ life lepas ni. 




Tuesday, November 2, 2021

Kasut 10 Ringgit pun boleh buat anak gembira



Aku tak perasan bila masa kasut selipar Aleeya hilang. Mungkin tertinggal di kampung masa balik haritu. Puas cari dalam kereta, tak jumpa-jumpa jugak. 2,3 hari jugak lah Aleeya terpaksa pakai selipar besar, pinjam selipar Aimy.


Harini balik kerja, bawak anak-anak ke kedai kasut. Anak-anak tunggu dalam kereta, aku seorang je yang masuk dalam. Pilih-pilih kasut, mintak kebenaran staff kedai nak bawak selipar ke kereta, nak bagi Aleeya try. Eh, kecik sikit. Nasib baik boleh try dulu, kalau tak kesian Aleeya pakai selipar kecik.


Bila tengok Aleeya dah ada selipar baru, ahhh sudah! Aimy dengan Amna pun nak selipar baru. Jadi, belikan Amna dan Aimy selipar baru jugak. Sepasang baru 10 ringgit.


Balik rumah, semua pakat cewi selipar baru. Menari, menyanyi, sambil gayakan selipar baru. Hahahaha.. Siapa sangka, benda 10 ringgit pun boleh buat anak-anak gembira.


Anak-anak pun Alhamdulillah, jenis tak memilih barang mahal ka, murah ka. Janji apa yang mama depa beli, depa terima dengan gembira. Harap-harap sifat bersederhana ni, dipraktikkan sampai lah ke dewasa nanti. 










Sunday, October 31, 2021

Found New Apps in App Store - Easy Blog

Bismillah

Aku baru jumpa app baru dalam app store which is Easy Blog. Aku tak pasti samada apps  ni betul-betul buat aku jatuh dan gunakan terus apps ni sampai bila-bila, tu aku tak berani janji.

So far, aku tak jumpa function untuk attach gambar or video ke dalam blog, jadi aku agak kecewa dengan apps ni.

Kalau sebelum ni aku guna blogger plus untuk blog aku, tapi ada haritu bila dah banyak yang aku taip untuk next entry aku, tiba-tiba aku tak boleh tekan butang publish tu. Uwaaaa… sedihnya.

Setakat ni blogger plus je lah apps yang boleh bantu aku post entry-entry aku, sebab aku lebih prefer untuk post entry-entry baru melalui handphone, sebab banyak gambar-gambar dekat dalam gallery handphone.

Jadi since apps ni tak allow untuk aku attach gambar, maka terpaksalah aku cari apps lain yang boleh create entry baru dan jugak attach gambar sekali.

Uwaaaa.. kecewa lagi.

Thursday, October 28, 2021

CERITA SEMALAM : KEDAI BUAH DAH TUTUP

 Ceritanya, dah lama kami tak makan buah. Mintak suami aku belikan buah, asyik lupa memanjang. Sibuk dengan ayam-ayam yang dia bela dekat kebun pisang dia tu. Aku pulak jenis malas nak keluar beli, itu yang selalu harapkan suami aku kalau nak beli apa-apa. Hahaha. Dari dulu pun aku memang macam ni, jenis malas nak keluar. Pernah sepanjang musim covid ni, 2 minggu aku langsung tak keluar dari rumah, nak apa-apa, mintak suami aku belikan. 😄



So, lepas habis kerja pun dah agak lewat, pukul 6.30 petang macam tu baru nak keluar cari buah, alamatnya memang kedai buah dah tutup lah. Kedai buah aunty ni memang favourite aku, buah-buah yang dia jual memang fresh, harga pun murah. Nampak je kedai buah aunty dah tutup, terus kami pusing ke gerai buah tepi jalan tu.



First time jugak nak beli buah dekat gerai tepi jalan ni. Cadangnya nak beli buah mata kucing dengan jambu batu je, sekali anak-anak jerit dari dalam kereta nak jambu merah, nak jambu merah. Ok, beli lah jambu merah, buah mata kucing sekilo dan jambu batu 2 bijik.


Mata kucing ni kalau tak salah sekilo RM12, takpun RM10. Aku dah lupa.

Jambu merah 1 plastik tu katanya sekilo RM16. Jambu merah ni aku rasa mahal. Selalu aku beli kat kedai buah aunty tu, tak sampai RM10 untuk 1 plastik. 

Jambu batu 2 bijik jenis tak ada biji (seedless) katanya. Tak cuba lagi. Harini insyaAllah kita cuba, sambil-sambil buat kerja, since minggu ni minggu terakhir kerja dari rumah.


TOTAL RM31



Jambu batu tanpa biji (seedless). Ni nak makan dengan serbuk asam.
Urmmm sedapnya.




Jambu merah ni lah anak-anak aku terjerit-jerit dari dalam kereta tu.
Buah ada yang dah lebam sikit.
Jambu merah ni makan gitu je pun dah sedap, tapi kalau ada colek buah tu, adoiii lagi lah sedap
Sebungkus RM16. Agak mahal bagi aku.




Mata kucing sekilo. Buah kecik je. Sebelum makan, cuci dulu buah mata kucing ni, nak make sure bila kita gigit kulit mata kucing ni, takde la kita tergigit benda-benda kotor yang melekat pada kulit dia. 






Tuesday, October 26, 2021

Perlu Ke Tak Aku Tukar Nama Domain?

 Aku ada soalan yang agak penting. Nama domain ni sebenarnya main peranan tak untuk menentukan traffic ke blog kita ni tinggi ke tak?



Sejak aku beli domain bulan julai 2021 haritu, aku tak rasa yang traffic ke blog aku ni tinggi. Cuba banyangkan, 1 post kadang-kadang tu ada views 5, 6 macam tu. Mostly banyak yang bawah daripada 10. 


Sedih kan?


Tapi aku cuba pujuk diri aku, kemungkinan views atau traffic tu rendah mungkin jugak sebab post aku tu langsung tak menarik. Hahahaa. Ye lah kan, setakat beli domain, tapi post atau story pasal benda yang kurang menarik, cerita pasal diri sendiri, pasal anak-anak, pasal apa yang jadi dalam kehidupan aku. Mesti lah kurang views.


Sapa sangat yang berminat nak baca benda-benda macam ni. 


Buat masa ni, blog aku ni aku register under sitinaminah02.com


Jadi rasanya, patut atau tak aku tukar ke nama domain yang lain. Sebab aku macam perasan, jarang-jarang pulak orang letak nombor dekat nama domain mereka. Tapi sitinaminah02 ni memang kerap aku guna. Jadi teringin pulak nak guna nama ni sebagai nama domain.


Tapi ni sekadar andaian aku, kalau nak tukar nama domain yang baru, aku kena beli domain baru. Taktau lah berbaloi ke tak, takut lepas tukar domain baru, views tetap sendu. Hahahaha..


Kawan-kawan yang mahir pasal ni, tolong advice ye. Kalau perlu tukar nama domain, takpelah, tukar je lah kan. Daripada tengok views yang rendah ni, sayu pulak hati. Entah sampai ke tua lah tak dapat cash out income from Adsense. Kahkahkah..

Sunday, October 24, 2021

Part Time Penjual Bunga Kantan

Kami balik ke Ipoh, hari Sabtu lepas solat zohor. Memang tak plan nak balik Ipoh minggu ni, sebabnya Insyaallah minggu depan memang wajib kena balik sebab ada family day, berkumpul semua anak menantu dan cucu Tok Amir dan Opah Yam.


Sebelum balik ke Ipoh, sempat aku on laptop dan settlekan sikit hal kerja, tak tenang nak cuti kalau asyik fikir hal kerja. Ada kerja yang masih pending sebab belum ada details container dan seal nombor, jadi isnin pagi je lah baru aku submit. Tapi pagi isnin akan jadi sangat rushing dan kelam kabut, sebab tu kalau boleh hari sabtu walaupun cuti, aku cuba nak siapkan kerja apa yang boleh.


Suami aku ke kebun, dan bawak 5 ekor ayam yang dia dah beli hampir 3 bulan, ke tempat sembelih dan proses ayam. 3 ekor ayam akan dibawak balik ke Ipoh, seekor ayam suami aku bagi pada bapak sedara dia dan seekor lagi pada kawan dia. Di reban masih ada balance 5 ekor ayam. Bela sekadar suka-suka, Alhamdulillah berhasil. 


Teruja dapat makan ayam yang dibela sendiri. 😂


Biasanya kalau balik ke Ipoh, suami dan Tok Amir akan ke kebun, ambik bunga kantan. Kali ni dapat la dalam 20 batang bunga kantan. Kadang-kadang dapat banyak, kadang-kadang dapat sikit. Ada jugak yang selalu ambik je bunga kantan tu, kadang-kadang adik beradik suami aku akan ambik jugak bunga kantan tu.


Haritu kami ada pembeli tetap, tauke kedai asam laksa. Mungkin kebetulan haritu stok bunga kantan dia dah banyak, so dia tak beli dengan kami. Harini, ada seorang kakak penjual laksa tu dah booking bunga kantan sebanyak RM10. Sebatang bunga kantan dijual dengan harga RM1. 


So far, harga ni agak murah kalau nak dibandingkan dengan harga yang dibeli di kedai-kedai atau pasaraya. Tapi since kami memang balik ke kampung untuk melawat mak ayah mertua, jadi jual bunga kantan ni boleh lah cover duit minyak petrol kami. Hahahaha…


Bunga kantan ni, kalau musim hujan, memang banyak. Melambak-lambak haaa orang jual,  tapi kalau musim kemarau, memang susah nak cari. Tambah-tambah lagi kalau dekat nak raya, memang orang cari sangatlah bunga kantan ni. 


Ok jugak jadi penjual bunga kantan ni. Aku tak malu pun jual bunga kantan, apa nak malu, bukan aku jual dadah ka, ganja ka. Hahahaha…




Kawan aku cakap, dekat tempat dia bunga kantan ni sebatang RM3. 





Bunga kantan fresh dari kebun. Masa ni suami aku baru bawak balik, aku cepat-cepat susun elok-elok, nak ambik gambar. 😂




Bukan bunga kantan je, cili burung pun ada. Tapi tak berani nak buat sambal belacan pakai cili burung ni, mak ooii pedasnya nanti sambal belacan hang.. cekk tak boleh makan pedas-pedas sangat… 





Saturday, October 23, 2021

Aleeya with her drawing skill


Share dekat sini, mana tahu ke depan nanti boleh tengok balik, hasil kerja Aleeya, anak perempuan bongsu aku ni.


Aku masih bekerja dari rumah, 1 November 2021 akan mula bekerja dari office. Lemau je rasa sebab dah selesa kerja dari rumah. Boleh pantau anak-anak masuk kelas online. Tapi redha je lah, kan kita hanya kuli, bukan majikan. Hahahaha.


Ceritanya si Aleeya ni, asyik mintak kertas, nak melukis. “Mama, nak kertas”, selalu lah mintak nak kertas. Semak dah rumah aku ni dengan kertas-kertas yang anak-anak guna untuk melukis. 


Tapi sebagai mak yang takmau menyekat bakat dan kreativiti anak-anak, maka aku pun bagi kertas. Ok, contenglah wahai anak-anak, semoga hangpa semua menjadi anak-anak yang berbakat besar hendaknya apabila dewasa kelak. Ahhh tibeee..


Jadi kat sini aku nak share lukisan Nur Aleeya Safiya ni, anak bongsu aku ni umur 4 tahun lebih. Tak pasti pulak aku apa benda yang Aleeya lukis ni, tapi nampak comel jugak la. Aleeya lukis kuman versi besar ke? Entah lah, mama pun taktau Aleeya lukis apa.


Sebagai mak, aku perasan jugak yang Aleeya dan Aimy rajin melukis, tapi Aimy rajin mewarna sekali. Cantik jugak kalau Aimy mewarna, sesuai lah budak umur 6 tahun mewarna. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Emran dan Amna, abang dan kakak kurang berminat melukis dan mewarna.


Jadi bila nampak Aimy dan Aleeya melukis dan mewarna, aku sebenarnya terkejut jugak. Comel jugak la lukisan tu, sepadan dengan umur depa ni kan. Harapnya minat melukis dan mewarna ni, bukan terhenti setakat ni saja, harap-harapnya makin berkembang bila dewasa nanti.

















Tuesday, October 12, 2021

Cadangnya nak ke Aeon malam ni

Cadangnya nak ke Aeon malam ni..


Harini aku masuk ke ofis lepas solat zohor. Masuk sekejap, clearkan apa yang patut sebab 14-19 Oktober kan aku nak balik kampung, jumpa keluarga terchenta! Ohhh tak sabarnya.


Selalunya aku duduk 2,3 jam je, tapi lepas suami aku cakap yang dia balik awal harini, aku pun stay lebih lama. Kebetulan memang banyak kerja nak dibereskan. Nak guide budak baru jugak. Risau nanti bila aku cuti, dia struggle nak handle kerja-kerja aku. Kesian dia nanti.


Siapkan kerja-kerja, 6 lebih jugak baru balik dari office. Teringat pulak nak cod kerepek yang customer order semalam. Memang awal-awal aku dah masukkan kerepek yang customer pesan dalam kereta. Tapi bila tengah busy siapkan kerja, terlupa pulak pasal nak cod tu.


Jadi, aku whatsapp customer dulu, tanya dia ada dirumah tak, aku nak hantar kerepek. Alhamdulillah, dia ada di rumah. Jauh jugak nak ke rumah customer ni, cas cod RM2 ni macam tak berbaloi. Hahahaa. Next time suruh je suami aku hantar dengan moto. RM2 cod charges ni sumpah tak berbaloi kalau cod dengan kereta. Hahahaa…


Selesai cod, terus balik ke rumah. Fikir-fikir macam nak singgah Aeon Manjung sekejap, beli makanan apa yang patut, tapi haihhh letih pulak. Terus tekan minyak balik ke rumah. Sampai kat rumah, tengok nasik dan lauk yang aku masak sebelum ke office tadi dah habis. Order lah nasib goreng dekat Grab Food.


Nampak Nasi Goreng Kambing dan Nasi Goreng Daging tu macam sedap. Lama jugak tak makan kambing. Teringin lah pulak! Dapat makan kambing bakar sedap nih. Menjerit-jerit anak cacing dalam perut nih kalau dapat makan kambing bakar harimau teriak. 😂


Habis solat magbrib, terus makan nasik goreng kambing. Lapar punya pasal, habis nasik tu aku balun sorang-sorang. Ya Allah, buruknya perangai. Hahaha…


Cakap dengan suami, lepas isyak kita pi Aeon  ye..


Habis solat isyak, capai handphone, masuk bilik, on aircond, terus landing. Hahahaha. Aeon ke mana, apa ke mana. Esok-esok lah, harini dah penat. 


Ok, itu je nak cerita. ☺️




Nasi goreng kambing order dengan Grab Food

Monday, October 11, 2021

Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan Bagi Yang Lengkap DiVaksinasi Berkuatkuasa 11 Oktober 2021

 Alhamdulillah..




Semalam, 10 Oktober 2021 memang jadi hari yang penuh bermakna buat semua rakyat Malaysia, berita yang ditunggu-tungu bilamana PM Malaysia, Paklong Mail umum yang pergerakan rentas negeri dibenarkan bagi individu yang lengkap divaksin berkuatkuasa 11 Oktober 2021, iaitu harini lah. Memang dah lama tunggu kebenaran rentas negeri ni sebab dah lama tak balik kampung jumpa keluarga. Ada jugak yang ambik kesempatan nak pergi bercuti, jadi silakan.


Jadi, bila dah boleh kampung ni, nak kena make sure jugak yang kami balik ni tak bawak virus covid 19 ni sekali so aku pun terus ke Farmasi I Sihat sebelah Sofera Hotel nak beli saliva test kit ataupun Antigen Rapid Test (Oral Fluid). 1 test kit ni berharga RM16. Nanti sebelum gerak balik ke kampung, kita check dulu ye. Risau jugak terbawak balik virus covid ni ke kampung. Sekurang-kurangnya kalau result test ni positif, kita tak sebarkan virus ni dekat keluarga kita di kampung.


Haihhh.. jangan lah nak positif pulak. Nak balik kampung ni.... Tak pasal-pasal nanti kena kuarantin pulak. Huhuhu.



Alang-alang ke farmasi, beli la plaster luka untuk anak-anak. Mana lah tau, kang main-main kat luar, jatuh ka, luka ka, boleh la guna. Aku pun kadang-kadang guna pisau, berdarah jugak jari jemari aku ni. So beli spare. Alang-alang jugak vitamin anak-anak dah habis, aku redeem point aku dengan vitamin C with Lysine, strawberry flavour. Sebab tu lah aku suka jadi ahli dan beli barang-barang dekat farmasi I Sihat ni, sebab untungnya, apa kita beli nanti dapat kumpul point.


Point tu pulak, boleh tukar ke barang-barang yang kita nak. Jadi, jimat duit jugak lah kan. Beli sambil kumpul point.



Ternampak pulak Gentle Skin Cleanser jenama Cetaphil. Haritu ada lah sembang dengan kawan aku, dia ada rekemenkan aku cleanser Cetaphil ni, so far OK dengan dia. Buat masa ni, aku guna trial set Hada Labo, baru je guna dalam 2 minggu, trial set ni pun aku beli dari Shopee sebab malasnya nak keluar pi Watson or Guardian. Nak habiskan trial set Hada Labo ni dulu, baru lah nak cuba cleanser Cetaphil ni.




Rasa macam lebih berbaloi beli yang 250ml ni. Harga RM39.90. Ada botol yang lebih kecik, tapi takpe lah, beli yang lebih besar. Alkisahnya, muka aku teruk sangat, berjerawat, dengan parut-parut jerawat, berminyak semua ada. Aku rasa dah kurang sikit la parut jerawat aku ni guna trial set Hada Labo tu, jerawat tu tetap jugak menjengah. Acne mask ke eh? Tak pasti lah. Umur dah nak dekat 40 kot, tapi jerawat rajin pulak keluar, dah macam muda remaja pulak.


Nak habiskan trial set Hada Labo ni, lepas tu nak guna cleanser Cetaphil ni. Harap-harap jerawat dah tak keluar, parut-parut hitam pun hilang. Teringin weh nak ada kulit flawless. Hahahaa...


OK, just nak share, aku dah apply cuti start 14-19 Oktober. Balik dengan anak-anak dan adik aku je, suami aku tak boleh nak cuti, sebab hujung bulan nanti dia still nak kena ambik cuti. Semoga selamat pergi dan kembali hendaknya. Semoga jalan tak jammed teruk. Hehehee...





Saturday, October 9, 2021

Pertama Kali Beli Pokok Buah Tin



Terima kasih Facebook, tunjuk balik gambar lama. Masa ni, suami aku memang minat sangat dengan pokok buah tin. Jadi masa ni, kami ke rumah pakcik makcik ni dekat Teluk Pencalang kalau tak salah, tengok-tengok kebun pokok tin diorang yang penuh keliling rumah.


Terbeli lah suami aku pokok tin, harga boleh tahan jugak, kalau tak salah aku, harga sejenis pokok buah tin tu RM140. Tapi minat punya pasal masa tu, dia beli jugak. Beli sekali dengan baja tahi ayam kalau tak salah aku.


Alhamdulillah, menjadi jugak pokok buah tin yang suami aku tanam. Merasa jugak la jiran-jiran rasa buah tin fresh. Ada sekali tu aku teringat, kawan aku yang berbangsa Cina mengidam nak makan buah tin.


Sekarang ni pokok tin dah takda lagi, suami aku pun dah kurang minat nak jaga pokok tin. Sibuk dengan kebun pisang dan ayam pulak. Ada pisang nangka, pisang rastali, sekali tu suami aku bawak balik pisang tanduk. Besar sungguh. Puas hati kami makan kerepek pisang tanduk.










Cuba Nasib

Bila aku dengar yang budak dekat QA department tu dah nak berhenti, aku pun cuba melawak dengan kawan-kawan aku, yang mungkin aku patut cuba apply position budak tu.


Kawan-kawan aku, why not, cubalah.


So, aku beranikan diri whatsapp manager department tu, kebetulan jugak memang aku simpan nombor dia.


Tak ada rezeki aku, position yang aku nak cuba tu, luar dari bidang aku. Kena ada background dalam science, sedangkan aku background in business, purchasing, shipping. Hahahaa.


Tak apa lah, janji aku dah cuba. Dapat tak dapat, belakang cerita. Kenapa nak sangat keluar dari department aku sekarang ni?


Entah lah, penat. Penat otak, penat segala segi. Malas nak cerita kat sini. Sebelum ni pun bukan tak pernah aku cuba nak masuk department lain, tapi itulah, belum ada rezeki aku lagi.


Bak kata orang lain, nak keluar dari department ni ke department lain tu boleh, tapi dengan cara resign sahaja.


Jadi, bertahan je lah. 







Thursday, October 7, 2021

Movie Review on Netflix: The Guilty

Movie Review on Netflix: The Guilty 


Semalam aku layan satu movie baru di Netflix, bertajuk The Guilty. Kawan aku terkejut aku berjaya habiskan cerita tu, siap recommend movie ni dekat kawan-kawan yang lain. Katanya, cerita ni bosan. Hahahaha. So far, bagi aku, cerita ni OK. 


Just imagine, kebanyakkan scene dalam cerita ni adalah dalam call center dan bilik air. Jadi aku rasa, banyak kos penerbit ni boleh jimat. Pelakon pun tak ramai. Jadi bila pelakon tak ramai, maka kena la cari pelakon yang betul-betul berbakat untuk tarik minat para penonton.


Joe Baylor ni kalau tak salah aku seorang polis yang ada masalah baran, rasanya dia kena denda dan kena bertugas di pusat panggilan kecemasan. Tiba-tiba Joe ni dapat panggilan telefon dari seorang perempuan bernama Emily, sangka Joe ni, si Emily ni kena culik dengan suami si Emily ni yang memang sebelum ni pernah masuk penjara dan banyak rekod jenayah.


Plot twist, sebenarnya Emily tu ada masalah mental, suami Emily si Henry ni cuba nak selamatkan Emily dan anak-anak mereka, Abby dan Oliver. Ada satu masa tu, Emily ni ternampak ular dekat perut Oliver, jadi dia toreh perut Oliver ni konon-konon nak selamatkan Oliver.


Masa Joe ingat yang Emily ni kena culik, Joe ni pun ajarlah Emily cara macam mana nak lepaskan diri dari Henry, jadi dia suruh Emily cari apa-apa benda keras dan suruh hentak kepala Henry. Bila Joe sedar yang sebenarnya Emily ni la punca segala masalah, dia rasa sangat-sangat menyesal dan cuba betulkan balik keadaan.


Scene kena culik, scene dalam van, scene dekat rumah antara polis dengan Abby dan Oliver, semua ni tak ada. Kita sebagai penonton cuma boleh dengar dan bayangkan sebab semua scene tu hanya terjadi dalam telefon.


Scene yang kita betul-betul boleh tengok, keadaan Joe yang panas baran, keadaan Joe yang penuh emosi masa cuba nak call peronda untuk selamatkan Emily, dan jugak betapa kalutnya Joe nak cari polis untuk pergi tengok Abby dan Oliver di rumah. Macam mana dia nak dapatkan trust anggota polis dan peronda yang lain sebab kebetulan masa tu, Joe ni ada masalah bunuh seorang remaja lelaki.


Cerita ni bagi aku tak bosan. Jadi, silalah tengok. Aku bagi 5 bintang.


I give 5 stars to this movie since I like the whole story, there is no sex scene so it's a good movie to watch with all the family members. You need to use your own imagination skills to watch this movie since all the scenes are only shown in the call center area where Joe's received the call from Emily and some scene in the toilet. I love the emotions of Joe Baylor, he successfully show his capability to bring this character so well. So well done to the "The Guilty" team.




Monday, October 4, 2021

Lunch Biasa-biasa Aje

Hari isnin hari yang super busy untuk aku. Jadi kita masak ala kadar je lah, janji kenyang.
Pagi tadi buatkan milo untuk anak-anak, lepas tu goreng nugget tempura jenama Pride. Eh, sedap jugak nugget dia.


Next time nak beli stok, nak cari jenama Pride ni je lah. Aku memang recommend sangat sapa yang nak beli nugget sedap, beli lah jenama Pride ni. Tapi bukan nak cerita pasal nugget, nak cerita pasal lunch aku yang biasa-biasa ni.


Penat lah fikir nak masak lauk apa nak match dengan nasik putih, last-last masak je lah spaghetti. Senang kerja, tak payah fikir nak masak lauk. Bahan-bahan nak buat spaghetti memang aku akan beli dan simpan kat rumah.


Bila-bila nak masak, senang semua bahan-bahan dah ada. Kalau kuah tu, mesti aku akan beli jenama Kimball. Sama jugak dengan spaghetti mee tu, mesti jenama Kimball jugak. Kalau takde dua brand ni baru la ambik jenama lain.


Walaupun menu biasa-biasa je, dah nak habis spaghetti yang aku masak ni. Anak-anak memang suka, semua pakat tambah. Mama nak lagi, nak lagi. Ahhh gitu, hati mama pun berbunga riang sebab anak-anak suka makan.

😂😂


Sunday, October 3, 2021

Kempen Derma Darah Bergerak Hospital Seri Manjung Bulan Oktober 2021



Pinjam gambar dari page Manjung Blood Donation. Jadual kempen derma darah Hospital Seri Manjung bulan Oktober 2021.


Ada siapa-siapa yang free harini?
Jom pergi derma darah di Aeon Manjung, Perak sama-sama nak tak??
Nahh.. aku share sekali jadual derma darah untuk sepanjang Oktober 2021 ni.


Insyaallah, aku nak derma darah harini.
Sebab dah cukup 3 bulan sejak tarikh last aku derma darah. Last aku derma darah haritu 1 Julai 2021.


Kalau dapat derma darah harini, tercapai sudah lah target 2021 aku nak derma darah 4 kali tahun ni. Harap-harap tercapai, tapi risau jugak sebenarnya, adik aku dah 2 kali try nak derma darah, tapi tak lepas.


Hemoglobin (HB) dia low, kalau tak salah aku untuk perempuan kena lebih dari 12.5. Tak pernah-pernah pulak HB dia low sampai 2 kali berturut-turut nak derma darah tak lepas.


Sekarang aku nak sambung rehat, lepas tu nak makan banyak sikit sebelum pergi derma darah. Risau pulak kang aku pitam kat sana. 









Friday, October 1, 2021

Cara Nak Redeem KFC Snack Plate Buy 1 Free 1 Lepas Lengkap Vaksin

Assalamualaikum 


Ok, tajuk memang panjang. Saja nak tulis panjang-panjang sebab nak bagi orang senang faham. Hahahaha. Ok, gara-gara whatsapp status aku, yang aku share semalam or 2 hari lepas, pasal aku redeem KFC Buy 1 Free 1 tu, ramaiiii yang tanya macam mana nak buat.


Ok, mai aku ajaq!


Mula-mula, pastikan hangpa semua dah lengkap vaksin. Lepas tu, hangpa kena submit sijil vaksin kat link ni ; kfc.com.my/vaksin 


Bila dah berjaya, akan dapat email macam ni. 





Bila dah dapat email pengesahan macam ni, hangpa jangan menonong pi KFC, beratur lama-lama macam aku kata nak redeem Buy 1 Free 1 yang vaksin tu, hangpa kena order siap-siap dekat KFC apps. Cara dia macam kat bawah ni;





Jadi order siap-siap dalam KFC apps ni, jangan jadi macam aku haritu. Dah la beratur nak masuk TF tu punya lah panjang, nak masuk KFC pun lama oiii… Jadi order lah siap-siap, nanti hangpa pi pick up saja. 


Order tu depa akan letak tepi siap-siap, so check lah dekat resit tu ada nama hangpa ka tak. Macam aku haritu, aku redeem untuk aku dan laki aku sekali, jadi dapat la kami 4 kotak.


Maksudnya hang bayar dalam RM13 untuk 1 set snack plate dan hang dapat 1 set lagi secara percuma. Haritu aku gatai pi tambah cheesy wedges, so 1 set lagi aku jadi RM19. Tambah tolak untuk 4 set snack plate dan 1 bekas cheesy wedges adalah RM32.


Promosi vaksin lengkap buy 1 free 1 ni kalau tak salah aku sampai 26 Oktober 2021 saja. Jadi, baik hangpa pi grab lekaih. Takut takdan nak grab, sebab katanya ada limit jugak.


Hurmmmm… yang spoilnya haritu, tak dapat sudu dengan sos. Nasib baik kami balik makan dekat rumah, jadinya ke dapur lah ambik sudu dengan sos cili. Mungkin lah untuk set promo vaksin buy 1 free 1 ni memang depa tak sediakan sudu dengan sos, wallahualam. 



Thursday, September 30, 2021

Madu Kelulut Asli




Madu kelulut asli!


Hari ni suami aku bawak balik madu kelulut asli. Dia dah lama bela kelulut ni dekat kawasan tempat kerja dia, so bila tengok dia bawak balik hampir-hampir sekilo berat madu kelulut ni, wahhh.. bestnya.


Akhirnya, apa yang dia usahakan dapat hasil. Dia tak jual pun, bela dan guna sendiri ja madu kelulut ni. Aku pernah try madu kelulut ni, rasa masam macam mana tah. Jarang-jarang aku minum, tiap-tiap pagi aku nampak la suami aku minum sesudu madu kelulut ni.


Apa kebaikan madu kelulut?


Aku taktau. Hahahaha. Mungkin khasiat dia sama banyak macam madu lebah, mungkin. Aku taktau. Harga madu kelulut ni boleh tahan mahal jugak, jadi kalau ada kawan-kawan yang berhajat nak beli, pastikan beli yang original ya.