BABI OH BABI....

Petang-petang, kalau lepak kat pangkin luar rumah, kena angin sepoi-sepoi bahasa memang layan. Mak pulak memang bijak, bancuh air milo, tak pun teh O. Untuk ayah, semestinya kopi O. Biskut Hup Seng wajib ada dalam bekas stok biskut. Sambil sembang, sambil tarik sekeping biskut. Kadang-kadang sampai tak sedar dah separuh biskut dah kami balun.







tak ganazz arr kalo korang tak pernah makan biskut nih Mau pulak jumpa topik yang menarik.


Kadang-kadang, jiran sebelah rumah datang lepak sekali. Lagi meriah. Serius bangga jadi orang kampung. Kat Penang ni, especially tempat aku menyewa, jiran sebelah rumah pun aku tak pernah nampak. Serius tak pernah kenal jiran sebelah menyebelah ni. Masing-masing buat hal sendiri. OK STOP!!! Dah macam karangan budak UPSR je.. Hehe. Berbalik ke cerita aku pasal makan-makan ni, tetiba teringat pulak ubi kayu rebus. 


Masyaallah... Nikmatnya.. Makan pulak time panas-panas. Cicah dengan kelapa parut aka nyok, memang sempoiiiiii... Pernah jugak cicah ubi kayu rebus dengan gula merah yang dah masak.. Perghhh... Memang mantop weh.... Nak cicah dengan ikan masin pun boleh...






tengok pun dah meleleh air liur, ini kan pulak kalau tengah makan... ok, sila lap air liur masing-masing


Sekarang ni mak aku kata, susah nak cari ubi kayu. Pasalnya, babi suka makan. Celaka punya babi, memang dasar babi...!!! notakaki: gambar tu aku pinjam kat abg gugel. thanks ye abg gugel. ailebiu.. hehe..

4 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. dh tu makanan dia, yg ang dok dengki tu awat :P

    ReplyDelete
  2. nazra,

    lantak pi aku lah. pak aku jaga pokok ubi kayu tu elok2, geng babi tu slumber je p sondoi.

    babi betoi lah.. haha.

    ReplyDelete
  3. holllaaa berdosa tau...letak pic ubi kayu mengancam begitu..
    dah terliur ni..cemana nak buat???

    ReplyDelete
  4. pnut,
    sila telan air liyur anda.. sudah meleleh ke dagu.


    pengotoq aihhh.. haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post