BLUES SEORANG JAGOAN # 1

Mail berjalan perlahan menuju ke motosikal buruknya. Syahdu. Motor buruk tu dah tak ada raga. Signal kanan kiri pun dah rosak. Kalau nak masuk simpang, terpaksa la Mail angkat tangan macam budak-budak nak ambik test JPJ. 



Span tempat duduk tu pun dah koyak rabak. Bila hujan, habis air meresap ke dalam. Busuk, tapi Mail buat-buat slumber. Mail pura-pura span motor tu bau macam Kenzo Flower. Mail pernah bau sekali, waktu tu, Mail ke pasar malam. Bawak mak beli barang dapur. 



Ada sorang brader suruh Mail testing-testing 1,2, 3. Hmmm... Wangi. Nak beli Febreeze, Mail tak mampu. Gasak la, bukan ada awek nak tumpang pun. Penah jugak Mail pasang angan-angan, nak bawak Fasah Sandha ronda-ronda keliling kampung dengan motor. Mail konfem, mesti ramai yang cucuk bijik mata dengan garpu sebab tak tahan tengok aksi Fasah Sandha peluk pinggang Mail. 




Mail senyum-senyum. Itu sudah lebih. Mail tatap motor buruk kepunyaan arwah ayahnya. Sebelum Mail pakai motor ni, terlebih dulu abang Mail yang pakai. Sekarang, abang Mail pergi jauh. Tinggal dalam pintu besi jarang-jarang, pakai uniform hitam putih berbelang-belang, sebijik macam dalam tv. Dalam hati berkira-kira mahu tukar pakai Honda EX5. 




Tapi, dengan kebun sekangkang siput babi tu, mana la Mail mampu bermimpi nak pakai motor baru hatta motor second hand pun. Mungkin dengan sifat berjimat cermat yang Mail amalkan sejak dalam perut ibu, dapat jugak Mail tukar motor baru. Insyaallah.

11 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. kirim salam kt Mail... he he.


    .

    ReplyDelete
  2. mail jtuh chenta ngn fasah sandah..kiki

    ReplyDelete
  3. Kak Tas,
    SMS ler Mail sendirik. hehe.



    Sekapur,
    Cinta itu buta.



    Hanie,
    Mail ABC ok tak?

    ReplyDelete
  4. teringat masa membonceng gadis comel dengan capchai buruk dulu ..haha

    ReplyDelete
  5. aril lanang,

    membonceng gadis comel??

    hmmmmm....

    ReplyDelete
  6. Great writing, been waiting for something like that??

    ReplyDelete
  7. Great writing! Maybe you could do a follow up on this topic =D

    Warm regards,
    Damion

    ReplyDelete
  8. I'm glad you said that?

    ReplyDelete
  9. Possibly the most influential read I have read this week?

    -Kind Regards,
    Kelvin

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post