• News

    11 August, 2010

    BUAH MELAKA

    Berbaki beberapa jam je lagi sebelum masuk waktu Maghrib. Sibuk pulak fikir pasal Maghrib, Asar pun belum masuk waktu lagi. Keh3x. Jadi, petang-petang sikit mesti mak aku sibuk nak sediakan juadah berbuka, tambah lagi semalam mak cakap, hero bongsu ada kat rumah. Kedah kan cuti. Hero bongsu pantang cuti sekolah, mesti menempek kat rumah.

    Ayah aku banyak cekadak sikit bab-bab makan. Kalau boleh, dia tak mau bazir-bazir duit beli kuih kat bazar ramadhan. Ayah lebih suka kalau mak buat. Request saja sama bini kesayangan, pasti akan di buat jugak.

    Kalau ayah ke bazar ramadhan, tak lupa di belikan murtabak, makanan feberet hero bongsu. Sorang dia, boleh telan sampai 4 bijik. Tak tau perut cap apa. Cap tong dram kot. Dan lagi, pasti akan ada air tebu.


    gambar di cilok dari brader gugel

    Yang aku pasti, menu wajib time berbuka mesti ada buah melaka ni. Ayah suka. Kadang-kadang tengah malam pun dia sambung makan lagi. Seronok bila ingat waktu aku dengan heroin-heroin yang lain riuh rendah kat dapur. Rumah kampung kan dekat-dekat dengan rumah jiran, lepas tu pakat tukar-tukar juadah berbuka.


    Kat Penang ni, jiran sebelah rumah pun tak pernah tengok. Huhu. Selamat Berbuka ye.

    6 comments:

    aNiS tHe BumbleBee said...

    yg ni mmg kak anis akan buat time bulan posa.kuih wajib ni..huii...masuk lam mulut,pestu gula tu cair2 dlm mulut.wallllah!sabaq na..hg posa rini kan..hehehe...

    Aida Azryn said...

    dapnyer buah melaka~ nk beli la japg :)

    sahromnasrudin said...

    salam..cuk udang tak da ka???

    sitinaminah02 said...

    kak anis,

    balik sri lanka ritu tapau gula melaka siap2 ek? hehe. ayah suka ni, tp sy kurang sikit. mkn macam murtabak ja, pastu terus nak makan nasik. haha.


    aida,

    tak payah la beli, buat je. hihih.


    sahromnasrudin,

    dok bujang ni mkn yg simple2 je, tp amek kuih sikit kt kantin.hihi.

    Relevan said...

    Sedap buah Melaka..makan buka sambil guling2..

    sitinaminah02 said...

    relevan,

    ni apa relevan makan buah melaka sambil guling2 nih. haha.

    Total Pageviews

    My Followers