• News

    11 August, 2010

    KASUT RAYA TERHANGAT DI PASARAN

    Posa baru sekerat hari lagi pun, hegeh-hegeh dah cerita pasal kasut raya. Ish.. ish.. ish.. Tak insaf langsung. Bukan nak cerita pasal tadarus al-quran ka apa, terawih ka, macam mana nak memantapkan lagi bekalan ke akhirat pada bulan posa yang banyak berkat ni, tapi syok pulak dok cerita pasal kasut raya.

    Mintak hampun lah ya. Orang perempuan, memang macam ni. Raya dua tiga bulan lagi depa dah sibuk nak pi Nagoya, Kamdar, tak pun Jakel. Ni ja kedai kain yang hebat kat Pekan Sungai Petani, kalau yang kurang hebat tu, ada jugak. Tak kisah la kedai hebat ka tak, yang penting jumpa yang berkenan di mata. Betui dak?

    Dari langsir, pi ke baju raya suami, pi pulak ke baju raya anak, semua kalau boleh nak nampak sedondon. Senang sikit kalau berderet pi masjid awal pagi raya tu, orang dah tau dah, depa ni mesti satu family.

    Tu tak masuk lagi bab kuih raya. Tahun ni mesti boleh jumpa Famous Amos tu kat tiap-tiap rumah. Hehe. Agaknya laaa... Aku pertama kali orang dok bercakap pasal Famous Amos tu, aku langsung tak tau. Makan pun tak pernah, tengok pun tak. Kesian aku, jakun sangat.. Terpaksa la menggoogle.. Hehe.

    Ok, ni ada gambar kasut yang aku rasa, raya tahun ni, cik puan, cik kak, cik adik di luar sana boleh cuba untuk menyerlahkan lagi penampilan yang lebih anggun, glamer dan menarik mengalahkan Lady Gaga. Lepas tengok gambar-gambar kasut ni, boleh dah pujuk suami masing-masing serta pakwe atau abang angkat serta yang sewaktu dengannya pi cari kat kedai kasut di kawasan anda. Kalau tak dak jual, aku mintak maaf la. Aku pun tak pernah pi cari.












    ps: hangpa berkenan kasut yang mana satu? aku macam biasa, tak pernah beli kasut raya. pakai ja mana yang ada. boleh jadi kasut Jepun.

    12 comments:

    sahromnasrudin said...

    salam ramadhan..aku pakai kasut palas, baju pagoda jerk huhuhuhuh...klu ada bonus, bole la melaram cikit...tak pa ahh..nnti turun jeniang leh mintak gadis comel duit raya cikti kan hahahah....

    Firol said...

    sesak tengok...

    salam ramadhan

    sitinaminah02 said...

    sahromnasrudin,

    weh..chek pun sama. tahun ni tak dak baju raya, pakai ja baju yang lama. orang kalo dh lawa, pakai baju lama pun tetap nampak lawa. haha.

    chek raya posa tak dpt bonus,sebab tokey besar sambut raya cina ja. huhu.

    sitinaminah02 said...

    cikgu firol,

    cuci mata saja. hehe. realitinya, taktau sapa yg nak beli melainkan Lady Gaga.hehe.


    Salam ramadhan. ;p

    Aida Azryn said...

    pelik j kasut yg kedua tu.. huhu~

    Kancilbiru said...

    makk aii boleh sakit belakang ni macam ni....

    sitinaminah02 said...

    aida,

    haha. bukan 1 je kasut yang pelik, semua kasut kat situ sangat pelik ok. hehe.



    kak kancil biru,

    bukan takat sakit belakang, boleh jugak menyebabkan tergolek dan jatuh dalam longkang.keh3x.

    aNiS tHe BumbleBee said...

    tu kalo tergolek jatuh tu,konfem xleh bangun balik...tp kalo bwk p masjid solat raya,org pon xberani nk curi kot.kalo curi pon,buat lesung tumbuk cabai/bijik kopi pun buleh gak kan.hekhek!

    sitinaminah02 said...

    kak anis,

    kalo ada juai kt sri lanka tu, bawak la balik sepasang, boleh pakai hari kenduri nanti. keh3x.

    idea wat lesung batu tu mmg baguih,i like. haha.

    ♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

    kalau pakai kasut ni takot baru selangkah nak beraya dah terjelepok kat tanah...huhuhu

    Hernee Nazir said...

    mak oi..xjalan la klau akk yg jd dorg..hehehe

    mun said...

    pergh lady gaga!

    Total Pageviews

    My Followers