FESYEN BUDAK NAK MEMBESAR

Gua ada sehelai jeans koyak di lutut. Bukan gua sengaja koyak, tapi seluar tersebut sudah rapuh pada hemat gua. Jeans lama memang senang koyak kan. Mula-mula koyak sedikit, makin lama makin teruk pulak aksinya. Tak salah gua koyak di lutut sebelah kanan.

Gua suka sangat dan sayang pada jeans tersebut. Bila gua pakai, rasa macam gua lah gadis paling cun dalam abad ke 20 ni. Kerana itu saja jeans paling kacak yang gua ada selain daripada jeans pesyen gadis-gadis nak meningkat remaja. Gua pun sudah alter hensem-hensem jeans koyak tersebut, muat-muat saja kaki gua yang tak berapa selim dan panjang ini. Dulu sekolah gua ada ter join pesyen bebudak kulit kepala ataupun dalam bahasa yang lebih glamer adalah Skinhead. Gua ikut pesyen saja, seluar kaki kecik dan baju belang-belang.

Betui?

Dulu gua rasa gua sangat selim, jadinya kalau pakai jeans paras buku lali yang kecik dari lutut ke kebawah tu, memang sangat comel. Dengan rupa paras gua yang ayu dan manja, siapa yang tengok pasti tertawan. Tapi sekarang, jeans kaki kecik gua, mak gua dah potong buat kain buruk lap kaki je. Ohh.. Sampai hati mak. Hari tu gua kemas baju-baju lama, gua terjumpa sehelai jeans kaki kecik gua. Gua terus tarik dan simpan, takut pulak mak gua buat lapik cerek dapur kayu beliau.

Budak-budak nak membesar, pantang tengok pesyen yang semua orang buat, konpem nak ikut. Gua ingat lagi, pesyen rambut gua masa zaman nak membesar dulu adalah pesyen potong rambut pakai mesin, style nombor 2. Ntah, gua lupa. Member gua paling macho, ikut style 1. Gua tak berapa nak macho, ikut style 2 jadi lah. Maksudnya, kalau nombor 1, rambut lagi nipis dari rambut pesyen 2. Itu time, gua rasa ringan je kepala gua. Pagi-pagi nak pergi sekolah pun gua masih mampu shampoo rambut sambil nyanyi di bilik air.

"Sabun di bilik mandi.. Sabun di bilik mandi". Gitu lah gaya gua di bilik mandi setiap pagi.

Itu cerita zaman gua baru nak membesar. Sekarang gua dah lain. Sekarang gua dah pakai sopan. Rambut yang dulu pendek langsung tak boleh ikat, sekarang siap boleh sanggul. Jeans koyak tu gua simpan, lipat baik-baik. Bakal suami gua tak pernah tengok gua pakai jeans tu, tapi gua pernah jugak bagitau bakal suami, gua ada jeans koyak di lutut. Bakal suami bilang, kalau dia nampak jeans koyak tu, bakal suami mau gunting. Ohh.. Itu kenangan. Itu sejarah. Jadi, daripada dia gunting, baik gua simpan baik-baik. Dah ada anak cucu nanti, gua nak kasi letak dalam frame.



ps: Teringat pulak zaman muda yang ceria.

10 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. salam..bile lu kawen nnti, konfem lu akan potong rambut kasi pendek...klu tak caye cakap cheq, aku bg hang masa 6 bln je, pasti rambut hang jd pendek punya ...
    p/s: sib bek jeans tue koyak kat lutut je hahhahaha...

    ReplyDelete
  2. jeans kak anis, ayah kak buat baling atas bumbung masa nk kenduri kawen aritu.depa kata petua xmau bg hujan..uwaaaa! jean kesayanganku dok atas bumbung rumah la ni.

    ReplyDelete
  3. sahrom,

    hah, pasai pa nak kena potong rambut pendek? uihhh..kami syg tau rambut kami ni. ikal dan panjang. kalo buat kt kedai, mau kena 200 tau dak.


    kak anis,

    tu lah, depa kata kalau tak mau hujan, kena lempaq baju anak dara atas bumbung rumah. tp yg pi lempaq jeans tu sapa suruh.haha.

    ReplyDelete
  4. dulu2 rambut MDT GQ..duh! tiba2 teringat nostalgia silam :)

    ReplyDelete
  5. alhai.. sedih pulak gua bace.. sob2..

    ReplyDelete
  6. MDT,

    haha.penah jugak dgr pesyen rambut tu. pastu ada jgk pesyen nama bross. hehe.


    Mezah,

    gua memang pandai buat cerita sedih. sob3x

    ReplyDelete
  7. Lu kira nya rugged lah dulu yer..

    ReplyDelete
  8. relevan,

    haha.mana ada rugged.biasa je.budak2 nak membesar camtu lah.

    ReplyDelete
  9. aku xsempat nak merase pakai jeans koyak2.mati kene sebat ley kekanda2ku jwbnye nnt.

    ReplyDelete
  10. aleen,

    haha.bila berjalan jeans tu tak la nampak sgt kata koyak, tp bila duduk, soheh2 dah nampak. tp aku pn tak pakai dah jeans tu. takut bakal suami marah. haha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post