Pastu datang lagi dua orang heroin menjadikan semuanya 4 heroin dan yang terakhir, hero kacak yang selalu di buli oleh 4 heroin. Jumlah, 2 hero dan 4 heroin.
Aku dengar mak cakap dengan ayah, ayam asyik masuk dan berak dalam rumah. Mak cakap, kena buat reban ayam. Baru ayam tak masuk berak dalam rumah.
Nanti ayam kena tangkap dengan musang. Ayam tak ada rumah, tido atas dahan cempedak, dahan durian, dahan jambu, pendek kata, mana-mana tempat pun mereka tido. Ayah cakap, "Yelah-yelah, nanti Kanda buatkan reban tu".
"Heroin kedua, mari sini". Laung ayah. Aku terkocoh-kocoh lari. "Yes ayah", sekelip mata aku sampai. Punya laju aku lari. Terhegeh-hegeh kang kena sekeh pala pulak.
"Ok, cari timba yang ayah letak mertun (hammer) dan paku. Kita nak buat reban ayam", ringkas arahan ayah. Aku dengan kuasa kartun Tazmania terus mencari timba bertukang ayah. Jumpa. Cepat kan? Dua kali ayah kelip mata aku dah jumpa timba tu. Pung pang pung pang cari kayu, angkat kayu, ketuk sana, ketuk sini, ayah pun dah penat. "Heroin kedua, ketuk pulak.
Ayah letih", kata ayah. Ok, boleh aku mengaplikasi ilmu bertukang yang aku dapat dari kelas Kemahiran Hidup tingkatan 3 nih. Ketung ketang ketung ketang.. "Apa ketuk macam perempuan je", jerkah ayah. Errkkkk.. Memang pun aku perempuan.. Sampai hati ayah.. Uwaaaaa.....
xxxxxxxxxxxxxxxxx
"Pokok durian tu Kanda rasa kena cantas dahan beliau.
Hero pertama pegi mana Dinda", tanya ayah kepada bini tersayang. "Hero pertama mana nak lekat kat umah Kanda, merayap je pandai, tak pun pi main golf dengan Lion Woods", lembut je mak jawab. "Tak apa, heroin kedua ada".
"Heroin kedua, jom ikut ayah", arahan yang ringkas tapi padat kepada heroin kedua. Waktu tu aku nampak heroin ketiga dan keempat sengih-sengih.
Depa lega sebab tak dapat arahan dari ayah. Harremmm betui. Asyik aku je kena. Sempat aku sepak bontot heroin ketiga dan keempat sebelum bergerak bersama ayah. "Ok heroin kedua, sila panjat pokok durian ni dan tebang dahan beliau". Aku pun panjat pokok durian tu. Terhegeh-hegeh. Gayat pun ada. Dari bawah ayah jerit, "stop.. stop. Ok, tebang dahan tu". Mak aiii.. besar gila dahan tu. Parang kat tangan aku hayun sekuat hati. Jangan jatuh atas kepala ayah sudah. Lama jugak atas pokok tu, lega, setel kerja tebang menebang dahan durian.
Balik rumah tengok heroin ketiga dan keempat seronok tengok kartun, aku sengaja jalan buat-buat tak nampak, pijak perut mereka. Padan muka.
xxxxxxxxxxxxxxxxx
"Heroin pertama, kedua, ketiga dan keempat, sila ikut aku", ini arahan hero pertama. "Lu mau ajak kami tuan-tuan puteri pegi mana woi", biadap soalan heroin kedua kepada hero pertama. "Ikut saja lah bodoh sebelum aku luku pala kau", bersahaja jawapan hero pertama. Bengong punya abang.
Ohh.. Tayar kereta ayah pancit.
Hero pertama mau tukar tayar. Dia suruh kami heroin-heroin ayah tengok cara dia tukar tayar. "Lepas ni kalau aku tak ada kat rumah, lu orang kena tukar tayar kereta ayah kalau pancit", kata hero pertama kepada empat-empat heroin yang terkebil-kebil. Sejak dari kes hero pertama ajar keempat-empat heroin tukar tayar, ayah dah tak risau lagi. Dan aku sendiri, penah tukar tayar perodua rusa milik sepupu aku.
Tapi kena guna kudrat lelaki jugak. Tak termampu nak buat sorang-sorang der.
xxxxxxxxxxxxxxxx
Ramadhan bakal tiba. Dan aku teringat kisah kami empat orang heroin yang kena paksa dengan ayah pi cari buluh lemang. Bukan pi cari sendiri, ikut ayah masuk hutan lah. Tiap sorang ada bahagian masing-masing. Yang lain kena pergi cari daun pisang, yang lain kena basuh beras pulut, yang lain cari kayu api, yang lain kena hidupkan api, yang lain kena mesin kelapa, yang lain kena perah santan, yang lain kena isi beras pulut dalam buluh lepas ayah letak daun pisang dalam buluh, yang lain kena tuang santan dalam pulut, angkat perlahan-lahan letak dekat tempat bakar lemang, yang lain jaga api, yang lain kena kena balik-balikkan buluh lemang.
Ayah bagi arahan saja. Rindu pulak semua kenangan tu. Lepas heroin kedua, ketiga dan keempat keluar dari rumah kerana melanjutkan pelajaran, ayah mula mengerah tenaga hero pertama. Padan muka lu jebon. Haha. Untung jugak belajar jauh-jauh. Demam hari raya pertama dah biasa untuk aku, sebab tak tahan dengan panas api waktu bakar lemang.
ps: Raya haji tahun lepas, bakal suami heroin kedua berkunjung ke rumah. Aku dengar ayah cakap, "kalau tak reti buat lemang, tak boleh jadi menantu".
Haha. Muka bakal suami heroin kedua memang cuak tahap gaban. Haha. Confirm lah tu bakal suami heroin kedua tak reti buat. keh3x..
9 comments:
ada tak ayah suruh bakal suami heroin kedua jadi imam solat jenazah, puasa isnin khamis setiap minggu, jadil bilal kat masjid tempat dia tinggal atau mengetuai bacaan tahlil kat rumah????
kahkahkah...nasib dia tak ckp.."tak retibuat ketupat palas jgn harap jd menantu"
kuikuikui
sahromnasrudin,
ayah melawak je dengan bakal suami heroin kedua. lagipun heroin kedua ni dah melakukan beberapa ujian terhadap bakal suami beliau. hasilnya, lulus. hihi.
hanie,
jangan kan kata dia, aku pun failed buat ketupat palas tu. dah balut je,mesti dapat ketupat 'betina'. haha. failed!
:)
jimi,
;-)
Heroin sudah ada..Hero mana lah yang bertuah tu yer..
relevan,
haha. hero ala2 shah rukh khan.keh3x.
terel hg buat lemang..nnti kak ingat la nk hantaq anak dara kak p kursus kt hg no..mak dara segan,dah tua2 pon tak reti lg bakaq lemang.kekeke!
kak anis,
haha. sejam kursus rm100. murah saja tu. balik sri lanka uyin boleh meniaga kat sana. haha.
Post a Comment