GULAI AYAM DENGAN BETIK

Heaven betul lauk kat rumah kenduri tu.

1- gulai ayam dengan betik
2- kerabu rebung
3- ikan masin
4- sambal belacan
5- ulam

Ayaq paling murah time kenduri, sirap.

Pasal gulai ayam dengan buah betik, 2 kali aku pi rumah kenduri tu. Tak jauh dari rumah. Kena lintas jalan depan rumah sikit saja.

Ayah tanya, "tak segan ka nak pi makan?".

Aku, "rilek la ayah. satgi salam la dengan tuan rumah sekali lagi".

Berdua dengan adik aku, kami sampai, tuan rumah pelawa makan lagi. Pucuk di cita, ulam mendatang. Ambik pinggan, cedok nasi... Hmmm.. Nampak isi ayam dengan betik berenang-renang dalam kuah gulai..

Heaven betui petang tu.. Tak lupa, salam dengan tuan rumah sebelum balik.. Bukan salam kosong.. Hihi..

13 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. gulai ayam dengan betik? ni saya tak pernah cuba ni. masak cili apa ke? kari? warna apa? saya nak cubalah.

    ReplyDelete
  2. salam..ceq lagi suka gulai ikan termenung..fffuuhhh..pasti terliuq..hang terer ka masak gulai ikan termenung....pas tue..kerabu mangga..lagi la meleleh ayaq liuq..ayaq plak tukaq la ayaq limau..asyik sirap aja hahahah...

    ReplyDelete
  3. kalu ayam masak merah lagi aku suka!

    ReplyDelete
  4. nottingham-masak cili pa benda yang, gulai lah. kari kalo orang pekan cakap. hihi. memang sedap. sila cuba ye.


    sahromnasrudin-aiii..apa tak suka pulak.suka lah.campoq dgn bendi pn ok, campoq dengan timun pn ok. ishhh.. kerabu pelam chek jenuh makan time musim pelam ritu.sedap betui. nyam3x.


    sepet-sekali sekala try makan gulai ayam dengan betik. perghhh.. sedap weh.

    ReplyDelete
  5. uik.. xpernahlg dgr kari ayam+betik.. hehe~ :P mst kna cbe ni resepi baru.. :D

    ReplyDelete
  6. aida orang mana? utara kan? igtkan lauk ni macam agak familiar utk org2 utara. gulai ayam je yang, letak betik. sedap! ada jugak yang campur kundur. for me,betik lagi sedap. hahaha.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Gulai ayam dengan betik - menu baru untuk LF. Setakat gulai ayam tu biasalah. Tetapi tak pernah campur dengan betik. Mesti best punya ! Bila ada ikan masin tu, mesti makan nasi putih.
    Teringkat masa buat kenduri kahwin (anak bukan LF). Hanya nasi putih dan lauk2 yang bersesuaian. Tak ada nasi minyak/ beriayani. Kawan2 yg datang kata sedap dan tambah2 nasi.

    ReplyDelete
  8. Kenduri asyik2 mende same.Sesekali kala uboh selere tu yang jadi sedaknye...

    ReplyDelete
  9. jahanam posa kak kalo hari2 baca blog hg laaa..ish ish..kalau belah baling plak, gulai batang pisang dia punyalaa best.

    p/s:rasa cam nk takek ja pokok pisang hiasan dpn rumah ni.nk buat gulai btg pisang.haishhh!

    ReplyDelete
  10. uitt2...saya masih xdapat tangkap...
    lampi sekejap..
    hehe...
    gulai tu merujuk pada kari kah @ pada lemak?...hukhuk...
    xpenh mkn gk ni...hehe...

    ReplyDelete
  11. luahfikiran-makan ikan gelama masin panas2 dengan nasik putih, perghh.. memang nombor one lah. makan pulak ramai2, ishhh.. sedapnya. ;p


    jejaka desa-tempat awak pun ada jugak ek menu ni? ingatkan tempat sy je. tapi kalau lauk dah sedap, tak kira la menu yang sama pun, tetap makan berselera.hihi.


    kak anis-belah sy pun ada gulai batang pisang. ayah la tukang pi cari batang pisang tu. hihi. ni kira ok lagi sy tak letak gambaq, mau kalo sy letak gambaq, sure meleleh ja ayaq liyuq.haha.


    Hamzah-mana ada rasa kelat. betik tak kelat ok.hihi.


    intan-haha.susah ye nak bayangkan. camni, esok2 mak nak masak kari, sila suruh mak campur kari ayam dengan kundur,tak pun betik. cuba lah, memang sedap. ;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post