Sangat sedih dan sayu. Terus teringatkan mak ayah dan keluarga di kampung. Padahal baru 1 hari saja gua balik sini.
Ada mangsa yang terkulai layu, bergelimpangan tanpa arah, ada yang kelihatan sangat lemah terbakar oleh bara api. Ohhhh... tidak!
Sangat kejam.
Gua sangat terkilan. Korang lihat lah sendiri gambar-gambar di bawah ni. Biar kita sama-sama terkilan ye. Takkan gua sorang je yang nak terkilan. Memang tak adil lu orang kalo lu orang biarkan gua terkilan sorang-sorang.
Ps: baru 8 hari berpuasa kan, setakat ni gua masih belum jejak kaki ke bazar ramadhan. Nampak gaya macam petang ni kena jejak jugak, tak tahan jugak insan di perantauan macam gua ni bila tengok mangsa-mangsa kebakaran bergelimpangan macam ni.
Hati tarak senang weh tengok mangsa udang tu. Aduhhh..
12 comments:
salam..mak aaii..kerang bakar yg tak tahan tue..teringat kerang bakar kat tanjong dawai..sgt menyentuh kalbu dibuatnya
gulp gulp telan liur tahan nafsu makan..hekhek
lapar wohhhhhh!! tak baiknyaaaaa...hehehehe
x tau nak beli ape kat bazar arini..heh!
jom selamatkan 'mereka'..
kat mana tu weh...sian nye
Sian betul.Tapi mase ke bumi ter yang orang suke nye.Main campok2 je dalam mulut
sahrom-best noh kerang kat tanjung dawai tu. dulu waktu blajaq kt uitm merbok, mmg rajin la pi mkn kat tanjong dawai. sruttt... meleleh lak ayaq liyuq chek.haha.
dunspeak-haha.cian.tapi dari dok tgk gambar tu sorang2,baik letak dlm blog. ramai buleh tgk. haha.
kak KB-haha.naseb la.takkan sy nak tgk sorang.kena gk tnjuk kat org lain.keh3x.
MDT-ala MDT cuba masak yg best2 sket.tak pyh pi bazar ramadhan.hehe.jimat.
pakcik lie-haha.jom! tapi memerlukan duit untuk menyelamatkan mereka.haha.
mario-ha'ah kan, kesian kan. haha.
jejaka desa-pilih lah nak tolong 'kebumikan' yang mana. hehe. chuppp!! udang sy punya. haha.
hg memang kejam!!!!
ahh,mengada nak pergi bazar ramadhan..mengada!!!!
kak anis-haha.kejam itu memang sifatku. waka waka ye yeah. haha.
stiffler-apa mengada lak? jeles arr tu.
Post a Comment