MEMBOIKOT BRADER ROTI JOHN

Hari ni bukan main lagi gua busy. Lihat, sudah masuk tengahari baru sempat nak post new entry. Kebiasaaan gua post awal-awalkan? Apa, lu orang tak perasan? Cisss... Tarak guna jugak.. Haha.. 


Jangan marah, gua gurau-gurau saja.. Tak leh bergurau, pi dok surau.. 


Ok, berbalik kepada tajuk entry gua di atas, jadi cerita gua pada hari jumaat yang mulia ini mesti lah berkisarkan tentang perasaan boikot memboikot yang telah gua dan rakan serumah gua sepakati. 


Berjalan dari awal sampai ke hujung bazar ramadhan, gua dan rakan serumah gua bersepakat mahu beli roti john (John, glamer betul lu nih.. Ada orang pakai nama lu letak dekat roti) Tahun depan-depan, kalau gua sudah ekselen ilmu masak memasak, mau jugak gua letak nama biskut Gadis Comel, tapi macam kurang commercial value pulak.. Ciss.. 


Roti John memang nama yang agak commercial.. No wonder sangat hangat di perkatakan di merata pelosok negara.. Ni macam cerita merepek je.. 


OK, berbalik pada cerita boikot tadi, gua dan rakan serumah gua terus brek mengejut bila nampak sebuah gerai jual roti john. Brader yang masak roti john ni kelihatan agak taff badannya.. Cisss.. Sempat lagi mata gua melilau ke arah badannya.. Sungguh tidak sopan untuk gadis yang sopan dan berbaju kurung hijau muda pucuk pisang seperti gua berkelakuan seperti itu.. 


Sumpah, itu akan jadi kali terakhir gua pandang brader nih.. Sumpah ini gua bagitau lu orang kerna gua rasa mau bagi kaki barang sedas dua kepada brader roti john ni kerana beliau telah membuatkan gua dan rakan serumah gua buang separuh daripada roti john yang panjangnya kelihatan seperti 2 jengkal jari gua yang mulus dan tulus ini. 


Sebijik roti john berharga RM 3.70, sekiranya di makan separuh, dan separuh lagi di buang, makanya kemarin gua dan rakan serumah gua telah kerugian sebanyak RM 1.85. Cisss... 


RM 1.85 ni cukup untuk gua beli jus carrot susu yang agak delisyesss okeh.. Roti john brader tu memang tak menepati selera gua dan rakan serumah. Sudah lah daging cincang tak di taruk langsung, macam letak telur sahaja, kemudian di tempekkan roti yang panjang ke atas telur, di angkat, di letakkan mayonis, hirisan timun dan sos. 


Dan lagi, telur tu hangit weh. Di ulang, hangit. Brader tu ingat gua tarak penah makan roti john kot sebelum ni. Gua tak rasa itu rupa sebenar sebijik roti john. Koman-koman biar la roti john itu kelihatan seperti gambar di bawah ini. Kan????





ps: boikot terus weh kedai brader roti john tu!!!

17 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. anak2 akak pun suke roti john..tp akak x minat..smlm pun beli nasi hujan panas..hampir2 nak basi..huhu!

    ReplyDelete
  2. MDT,

    sebelum ni makan roti john, ok je. yg smlm punya, sgt la tak sedap. letak telur je rasanya. macam kita amek roti gardenia yg keping2 tu, celup dalam telur. ish3x. aniaya org btl kan.

    ReplyDelete
  3. boikot jgn tak boikot...carik pula apam balik pehni >.<

    ReplyDelete
  4. mesti semua yg bernama john akan terasa dgn isu boikot2 ni~~heeheh

    ReplyDelete
  5. sye suke roti tapi tak suke john ..sebab john kat skola sye gengster ..heee ..

    ReplyDelete
  6. kekekkee...siann..dok baca2 kt blog org,marah kt org param jual makanan tah hapa2.baguih gak!kurang skit jeles kak anis kt hampa yg dok pi param beli mcm2 tu.muahahaaha!!

    p/s:eleh,hg masak sndiri lagi puas ati.kak tau hg terel masak,kalo x,xkan mak ayah nk lepas menikah tahun ni dak?hihi..lawak jaa nooo..

    p/s lagi:betui kata KB,hg buanglaa word verification ni.cemuihla nk tulis komen hari2 dok tnya WV tu.

    ReplyDelete
  7. klu john bert ko boikot gak ke?

    ReplyDelete
  8. ezam,

    apam balik kah? tak mo.. tak mo.. kalo lu belanja gua nak laaa.. hehe.



    stiffler,

    im always nice my dear. keh3x.



    sudir,

    alamak. boikot brader jual roti john tu je. tapi masih suka john the don.hehe.



    tujuh rainbow,

    john gangster ek? ishhh.. bahaya tu..jgn kawan dengan beliau ok. hehe.



    kak anis,

    haha.tak jeles ye.tak pa.tak pa.ada masa lagi nak bg kak anis jeles. tungguuuuu....

    haha.kak,mana teror masak pun.tumbuk cabai melaka boleh la. haha.

    tang mana word verification ni? tak perasan pun.

    ReplyDelete
  9. john bert,

    haha. lu?? tidak lah. gua sayang lu! cewah2.. haha.

    ReplyDelete
  10. gua paling teragak agak kalau nak beli popia goreng.. susah nak dapat yang excelent.. kebanyakkan nya lemau.. lol..



    p/s: weh betul ker gua guna lol tu..

    ReplyDelete
  11. ardzman,

    popia goren mak sedara gua paling heaven 'lol'.free pulak tu. keh3x.


    ps: apa ntah 'lol' ni weh.gua lupa dah. haha.

    ReplyDelete
  12. aku cuma nak komen..idup hijau kuning..nnti kiter lawan merah kuning nor huhuhuhuh

    ReplyDelete
  13. aku kan...sepanjang 10 hari pose ni, x jumpe lagi roti john yang marbelles. sgt saddis..dh la itu antara fud feberet time bulan pose ni.

    ReplyDelete
  14. Roti John ni mula2 dulu aku jumpa kat Singapore.

    ReplyDelete
  15. sahrom,

    haha.ijau kuning tetap di hati woiii. haha.


    sepet,

    tadi aku lalu sebelah gerai brader roti john tu, aku jeling je sama beliau.mengong.haha.


    YB,

    asal usul roti john dr singapore kah? ohhhh

    ReplyDelete
  16. Roti John di Malaysia dikatakan berasal dari Restoran Barkat,Tanjung kling,melaka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post