Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan kebahagian
Ikuti 2 kisah cinta yang tidak kesampaian
Dapatkan MMS Cinta Kilat Sekarang!
Hantar ON CK ke 22228
Gua pun tak berapa faham kenapa 22228 ni asyik bebenor hantar SMS macam ni kat henpon gua. Ada rasa nak reply "kepala hotak hang" jugak ke nombor 22228 tu. Tapi minda gua yang masih waras ni masih boleh mengawal tindakan bongok yang mampu gua ambik.
Tau la cerita cinta gua dengan bakal suami pun ibarat cinta kilat jugak, tapi tak payah arr nak perli-perli gua camni. Haha. Gua terasa tau tak. Cissss..
Lebih kurang 2 bulan lagi gua dengan bakal suami akan nikah. Nak kata berdebar sangat tu, tak jugak. Gua maintain cool lagi. Persiapan yang gua buat macam majlis kahwin tu lambat lagi. Padahal, 2 bulan je lagi. Bakal mak mertua pun dah mula tersasul bahasakan diri "mak" dengan gua. Gua masih gelak-gelak comel.
Gua dengan bakal suami mana ada bercinta bagai nak rak macam remaja sekarang. Kenal pun tak lama. Gua rasa, boleh di kira dengan jari kaki dan tangan berapa kali gua dengan bakal suami keluar dating sebelum bakal suami cakap nak bertunang.
Masa tu gua suspen jugak. Nak jugak feeling macam dalam TV, si lelaki datang melamar dengan cara yang cool, melutut sambil gigit bunga ros, tak pun masukkan cincin dalam bekas aiskrim, gua pun cedok-cedok aiskrim tu makan sampai habih, then tertelan cincin. Padan muka. Mungkin bakal suami dah tau gua jenis gelojoh masa makan, jadi beliau tak guna cara macam tu. Huhu.
Gua bercinta dah macam orang zaman dulu. Takde istilah pergi tengok wayang, almaklum la jumpa pun sebulan sekali je. Jadinya, banyak benda yang gua tak berapa tau pasal bakal suami gua nih. Gua ingat, bercinta lepas kahwin tu lagi best kot. Ekekekeke.
Isnin lepas bakal suami dah bagi borang nikah untuk gua isi. Ada part yang bakal suami dah isi. Then, dari situ baru gua tau serba sikit info pasal bakal suami. Haha. Kalau gua tak baca info atas borang nikah tu, sumpah gua tak tau lagi sampai sekarang. Haha. Tolong jangan bagitau bakal suami gua pasal ni ye. Kang gua lempang jugak lu orang yang mulut macam murai ni. Har har har.
Eh, dah lah. Gua malas nak story lagi pasal cinta kilat ni. Tapi pesanan dari gua, jangan dating dalam hujan. Kang ada kilat, nahas je kena panah petir. Keh3x.
26 comments:
akak dapat msg macam tu pun rasa macam nak reply balik cakap kepala otak hang! hahaahaha
gua tak penah bercinta
so gua tak tau nak komen hapa kat entri orang nak kawen neh..keh3
kak KB,
selamat kembali bekerja. haha.
agak2 kalo reply camtu, kena charge duit tak kak? keh3x
six.september,
konon tak pernah bercinta, tapi layan cite hindustan... haha.
hahahha..
ape daaaa..
hahaha... balas je.
.
weiii kami dulu asai cuti je deting...
tak cuti pun leh ponteng kelas pegi deting..
gedik laa....
hiks...
pun rase macam nak nikah dulu baru bercinta..sebab dulu2 dah puas bercinta bagai nak rak..sob..sob..
aujinz,
apa yang apedaaa?? grrrr... haha.
kak tas,
kalo balas, kang dia charge singgit, rugi lak kak. baik sms bakal suami, lagi beshhhh.. haha.
kak pnut,
tu dia aihh. kami susah jumpa, almaklumler, masing2 bz mengalahkan dato' k dan dato' ct. hehe.
MDT,
rasanya bercinta lepas kawin lagi besh kot kan. sekarang ni, buat2 bodo je dlu. haha.
hahahaah
bakal suami lu ada blog...rasa cam nak bg tau dia je ni...haha
N'kay,
haha. apa ni weh, komen hahaha je. keh3x
mario,
lu jangan nak macam2. kang lekat bekas 5 jari gua kat pipi lu. haha.
lu mmg hati kering der.heheh.tp gua ade dengar gak.org ckp syiok bercinta lepas kawen nih heheh.lu dh xperianced mende tu nanti lu habaq mai kat gua heh hehehe
days,
kalo hati basah cmner plak? haha.
mana best cerita kat lu, lu budak2 bawah umur lagi. kah3x
cinta lepas kahwin lagi best
...best sangat2
tehr,
hehe. ok2. gua percaya cakap lu nih. can't wait. haha.
haha.. sweet la lu.. ni wat gua rasa nak g carik laki gua sekarang jugak
cik tipikal,
sweet ada macam lolipop tak? keh3x.
alaaa..nak pergi cari laki pulak. ni gua jeles nih. haha.
perghh!! tabik spring la sis!! ;D
black_roses92,
tabik pasai pa pulak hang ni? haha.
Hahaha... aku dah pernah dah hanta mesej lebih kurang cam tu... wakakaka... diorang mana pandai balas balik... cuma kredit je terbazir... :D
martina,
haha. serius kau buat camtu? har har har. tak sangka pulak. keh3x.
Post a Comment