• News

    14 September, 2010

    ISU BUMPER SEMPENA RAYA KE 5

    Tadi gua rasa macam banyak benda gua nak cerita kat sini. Tapi bila gua dah klik new post tu, terus terbang ke mana hala gua punya idea nak tulis tadi. Gua syak, penangan makan laksa banyak sangat masa raya hari jumaat lepas. Ada kena mengena tak? Tak??? Cisss..



    Lu orang kenal tak blogger nama anis bumblebee mende hapa ntah nama blog beliau, alaaa... mak budak yang tinggal dekat Sri Lanka tu. Tak kenal? Ciss.. gua sangat malas nak buat link ke blog beliau. Pandai-pandai lah lu orang cari. Beliau kat Malaysia sekarang ni, balik beraya. Jadi, gua ada visit beliau di rumah mak mertua beliau. Wahhh.. Pot pet pot pet jugak mulut beliau. Haha. Kak Anis, hampunn ye. Gua syak dia akan missed entry gua yang ni sebab kata beliau, broadband sangat slow. Hehe. Walaupun dia tinggal kat Sri Lanka, tapi loghat Kedah beliau masih kawwww... Haha.



    Lu orang mesti tak perasan kan.. Perasan tak?? Tak perasan.. Hishhh.. Sedih betul.. Cuba cari apa yang lain kat blog gua yang berwarna hijau kuning ni. Tak jumpa? Hmmm... Orang Kedah kata 'baloq liat' betul. Dasar pemalas. Haha. Maaf, terkutuk pulak. Ok, biar gua kasi tau. Lu orang tak perasan ek, yang gua dah ada domain sendiri. Haha. Last week gua tukar, bayar RM40 je. Saja ja gua gedik, perasan banyak duit. Haha. Gua nak rasa feeling best bila ada domain sendiri. Haha. Kalau sampai hujung tahun ni amount Nuffnang gua tak naik sampai RM50, tahun depan sumpah gua tak renew. Haha.



    Hari ni dah masuk raya ke 5 kan?? Okeh, gua bongok sikit hari ni. Gua lupa yang sekarang dah boleh makan time siang. Gua slumber je tak breakfast pagi tadi. Mujur lelaki yang sayangkan gua merangkap bakal suami tanya gua dah breakfast belum. Lupa der. Bila gua tengok amoi-amoi tempat gua usung mug pergi pantry, gua buat cool, sebab feeling bulan puasa masih ada. Haha. Lepas tu gua sibuk jalan-jalan ke blog orang lain. Sedar-sedar dah lunch time. Dan bongoknya, gua lupa nak pergi lunch. 



    Dah lambat, malu lah gua nak jalan sorang-sorang pergi kantin. Gua kan perempuan melayu terakhir yang sopan, jalan mesti nak tunduk dan pandang lantai, segan lah gua kalau orang tengok gua jalan terkocoh-kocoh pergi kantin. Ahhhh.. Baik gua makan biskut yang gua simpan dalam drawer sejak sebelum puasa lagi. Hmmm... Masih mantop lagi rasa biskut tersebut. Syukur alhamdulillah, rezeki untuk gua. Ada jugak makanan untuk dijamah.



    Apa lagi ye yang gua nak tulis tadi??? Cisss.. Lupa nih.. Ni lah yang jadi kalau banyak makan megi. Bukan takat rambut je boleh jadi kerinting macam megi, tapi memori pun cepat hakis. Hehe.



    Pesanan gua untuk blogger yang masih pakai word verification tu, sila lah buang je weh menatang tu. Macam menyusahkan diri gua tatkala nak komen kat entri lu orang. Gua sendiri pun pernah kena tegur dengan blogger lain. Jadi, untuk improve blog masing-masing, ada baiknya kalau kita sama tegur menegur.



    "Anda buat, anda dapat". Ok, gua pinjam sekejap tagline Ustazah Siti Bahyah.



    Sekian dahulu esei gua pada hari ini, Insyaallah nanti gua sambung lagi.



    Yang benar,


    Gadis yang perasan comel.



    ps: kagumnya gua dengan diri sendiri sebab gua dapat taip entri yang panjang sebanyak 1000 patah perkataan. Cikgu Bahasa Melayu gua mesti kagum dengan esei panjang gua kali nih.

    8 comments:

    Unknown said...

    ngahahahaha.. asyik lupa aje hehe. lenkali kalau ingat apa2 amik buku tulis note.. kang nak buat esei ingat . :P

    Days said...

    gua pon same lebih kurang jep mcm lu der.feelin ramadhan tu still ade.rase mcm dose besar je kalo minum air ribena time tengah ari bute hehehe

    Siti Noor Aminah said...

    mohd shukri fadzillah,

    haha. kena makan banyak kismis nih. keh2x.

    oiittt.. panjang bebenor nama lu. kenapa tak letak nombor ic sekali. haha.

    Siti Noor Aminah said...

    days,

    keh3x. sedapnya ribena. nak skettttt...

    Carnation said...

    dengan bengongnya aku kira
    tak cukup 1000 patah perkataan

    Siti Noor Aminah said...

    six. september,

    lu memang tak de kerja kan??? cisss.. haha.

    aNiS tHe BumbleBee said...

    hoi, lupa laa ambik souvineer.da asing siap2 dah kt ang ritu..isk!

    btw,best la jumpa hampa 3beradik.kih3x!nanti2 kita jumpa lagi naa...

    Siti Noor Aminah said...

    kak anis,

    laaa... pasai pa lupa? ishhh..geramnya. haha.

    kak kat malaysia lagi kan? ok, nanti ada masa kita jumpa lagi k. hehe.

    Total Pageviews

    My Followers