• News

    24 September, 2010

    LAYANGAN MINDA

    Salam petang jumaat buat semua rakan-rakan blogger. Harapan aku agar rakan-rakan semua sihat dan sejahtera hendaknya di sisi insan-insan tersayang. Hari ini memang hari yang indah. Perut sudah kenyang, mata pula menjadi kuyu. Tambah-tambah lagi hujau mau turun. Haha.

    Ayat skema habis sebab baca blog si Sahrom (http://sahromnasrudin.blogspot.com/). Haha. Maaf ye Sahrom. Keh3x.

    Apa motif brader tadi cakap, lepas minum kopi buah tunjuk langit badan akan rasa berpeluh. Jangankan kata berpeluh, ketiak pun tarak basah pun brader. Citt.. Dah ler mahal. Tak kuasa gua nak beli. Haha. Tak sedap. Pahit. Lidah dan anak tekak masih rasa pahit walaupun dah kaver minum air sebanyak 10 liter. Haha. Tipu. Jangan percaya. Tapi brader tu cakap, kopi buah tunjuk langit ni baik untuk kesihatan.


    Entri ni khas gua tulis buat rakan sekerja gua yang jadi part time student kat USM Penang. Beliau kena siapkan tesis, lebih kurang macam gini lah:

    *** kenapa orang yang sudah bekerja / sudah berkahwin dan mempunyai pekerjaan yang bagus masih nak sambung belajar?

    Jawapan gua, mestilah sebab career development. Jawapan lu orang?

    Kalau lu orang bagi jawapan yang bagus, gua akan mintak rakan gua belanja lu orang choki-choki okeh. "Choki choki enak sekali, choki choki adik gemari". Haha.


    PS: ni salah satu sebab kenapa gua malas nak sambung belajar, tak larat nak hadap assignment, presentation bagai. haha. gua nak tambah ilmu bidang lain pulak lepas ni, mungkin ilmu jahit menjahit. Keh3x.

    25 comments:

    sahromnasrudin said...

    salam..trime kasih la jadikan intro blog aku sbg tajuk entri hang..terharunya aku..huhuhhu :-)

    jawapan aku utk member hang tue tak semestinya utk career development..kadang2 dpt peluang pun ya..cth org bg biasiswa suruh belajar..tak payah pakai duit sendiri..klu aku pun nak krn kos sambung blajar skrg sgt mahal..master dah cecah berbelas ribu ringgit..mane aku nak cekau duit huhuhuhu

    Siti Noor Aminah said...

    sahrom,

    wahaha. terpengaruh dengan hang. ;p

    ha'ah kan, betui jugak. mana nak cekau duit banyak2 kalo nak sambung. let say, orang nk sponsor, kita on je. hehe.

    bernas jugak idea hang ni sahrom oiii. hehe.

    hanie said...

    sebab menuntut ilmu sepanjang hidup..sampai ke kubur pun..takkan pernah habis.

    amecam? tawaduk kan jawapan wa? hahahah

    Siti Noor Aminah said...

    kak cho,

    very tawaduk lah yu.

    alhamdulillah, mesti sebab kak cho kapel dgn ustaz kan sekarang. keh2x

    Relevan said...

    Ingat tersilap masuk blog tadi..

    ~Nur Zulaiha~ said...

    emm,,,
    jwapan wa sma dgan lu,
    career development, nak tambah pendapatan n mgkin boss sruh smbung belajar...

    lu nk belajar menjahit... ckup ke kelembutan u nk belajar nie.. kih kih kih....

    Days said...

    ilmu menjahit dengan ilmu jadi bini solehah weyh..dh khatam nanti past ke gua ilmu lu tu hehehe

    Firol said...

    ada banyak jawpaan...untuk aku malas nak sambung...

    belajar ilmu akhirat skrg ni...tak dapat diploma pun ilmu tu lagi....

    apa kes tajwid pun boleh tukar

    Carnation said...

    aku tak tau nak jawab sebab aku belom kawen, belom keja apatah lagi ada kerja yang bagus.


    tapi aku teringin jugak nak sambung lagi pasni..kah3

    ::cdot the dot:: said...

    malas nak sambung belajo ke mmg tak bole nak smbung ???

    hamzah ian said...

    lu buat gua semakin malas blaajar.. dem.. hahaha

    ardzmarn said...

    kopi tu bukan untuk lelaki je ke..

    Aleen Aiden said...

    ang kate en3 nih utk rakan kerja lu je kan?jadik aku xyah bacela ye,begitu?hak3

    || NaFiRaa || said...

    belajar menjahit tu ilmu jugak tu~ sedang elok lah bagi orang yang bakal berkahwen nih~ muehehe..

    Mario said...

    selain jawapan lu...

    -untuk tunjukkan kat anak2...
    -bisnes...bole le tulis kat kad ada degree/master dll
    -self satisfaction
    -sesaje,byk masa terluang,
    -ilmu...ada member gua amik kos syariah padahal takde kena mengena ngan kije...
    byk lg sebab...malas nak tulis lagi...kang susah pulak member lu nak banje choki2

    Linglung said...

    pantang gua bila dengar choki-choki disebut!

    Siti Noor Aminah said...

    relevan,

    ekekeke. mana tau, future nanti kena tulis yang sopan2 macam ni. hehe.

    Siti Noor Aminah said...

    nur zulaiha,

    mana aci, tiru jawapan gua. haha.

    gua memang sorang yang lemah lembut, dan sopan gitu. betul!! tanya lah mak gua. haha.

    Siti Noor Aminah said...

    days,

    cisss.. gedik dan menggedik!! lu bayar yuran kat gua dlu, baru gua pass ilmu2 tersebut.

    kah3x

    Siti Noor Aminah said...

    firol,

    betul tu cikgu firol, kejar ilmu akhirat plak lepas ni.


    (calon imam muda musim kedua kot??) hehe.

    Siti Noor Aminah said...

    six september,

    waaa...bagus2! kalo boleh, sapu je semua level yang ado okeh.

    chayok2!!

    Siti Noor Aminah said...

    cdot,

    itu yang sebetulnya. haha.

    thanks cdot kerana memahami. kih3x

    Siti Noor Aminah said...

    hamzah,

    lu originally memang malas kan?? haha. dem!

    Siti Noor Aminah said...

    ardzman,

    ntah, gua tengok semua org minum, gua hantam saja. haha.

    oit, gua suruh komen pasal benda lain kan. lu nih.. huhu.

    Siti Noor Aminah said...

    aleen-cisss!!! nampak sangat pemalas. haha.


    kak nafira-ehem2. ilmu menjahit tu memang dah terror dah kak. jahit butang baju yang nak tertanggal. haha.


    mario-kat bisnes kad pun nak kena tunjuk level of education kah? ciss..macam nak menunjuk je. haha.


    linglung-choki! choki! choki! haha.

    Total Pageviews

    My Followers