Huhu. Sikit kan??? Ahhh.. Lantak.. Lepas ni kalau gedik sangat nak cuti atau ada emergency, terpaksa la gua unpaid leave. Huhu. Hampesss betui.
Ok, berbalik kepada mood raya gua, gua rasa lah, balik kampung esok, gua nak heret je parang bapak gua, pergi cari buluh, nak buat lampu minyak tanah yang pakai buluh tu. Gua rasa, dulu gua agak cekap bab-bab nak merosakkan harta benda mak bapak gua, kerana sah-sah parang tersebut akan tumpul sedikit kerana pasti gua akan tertetak lantai dan segala neka besi yang akan menumpulkan parang tersebut.
Ya.. ya.. gua ingat, nak buat lampu raya lah. Masalahnya, sempat atau tidak?? Rajin atau sekadar hangat-hangat taik ayam?? Gua sebenarnya seram sejuk jugak kalau nak ke perdu buluh dekat kebun limau bapak gua tu. Bukan apa, memang nampak seram. Pernah ada orang kabo masa gua kecik-kecik dulu, dengar budak kecik menangis dalam perdu buluh tu. Hahhhhh.. Sangat seram kan?? Ok, sila takuttt...
Tapi sekarang ni bukan senang nak cari minyak tanah lagi. Walaupun kampung gua agak hulu hatta bank pun tak ada sebarang pun kat sana, gua syak orang kampung gua sangat kaya, maka minyak tanah tidak lagi dijual dan memang susah di dapati di kampung gua. Semua orang sibuk pasang lampu kelip kelip kelap kelap tu. Senang je, belit-belit kat dinding atau awning rumah, pasang plug, terus menyinari rumah kan. Ekceli, rumah gua dulu pun ada jugak lampu kelip kelip ni. Tapi banyak pulak lampu yang dah luruh, terjatuh. Gua syak, bapak gua beli lampu kelip kelip cap ayam je tu. Benda murah memang cepat rosak kan. Opsss... tak semua okeh. Selipar jamban Tat Sing gua tu agak kukuh ye walaupun merata tempat gua heret.
Ciss.. cerita merepek tak ada kena mengena.
Ok, persalinan raya gua tahun ni adalah sepasang baju kurung kaler dark purple iaitu baju raya 2 tahun lepas. Masih elok dan kukuh lagi jahitan pada baju tersebut menandakan gua memang tak gemuk. Ok, sila kagum pada kebijaksaaan gua mengawal berat badan. Keh3x.
Tudung gua, adalah berwarna hitam yang dibeli di pasar malam Bayan Lepas, yang mana tudung tersebut kerap gua pakai ke tempat kerja. Tak susah ye nak iron, tekan-tekan sikit je, dah hilang kedut. Kalau datang mood malas, langsung gua tak iron. Terus sarung ke kepala. Tapi, masih menyerlahkan kecomelan gua okeh. Har har har.
Kasut raya gua adalah kasut keroks yang berharga RM20, yang ini juga gua beli di pasar malam Bayan Lepas. Terima kasih lah kepada peniaga-peniaga di pasar malam Bayan Lepas kerana berjaya menjual barang-barang yang agak menarik minat gua untuk membeli. Kasut ini jugak gua pakai hari-hari ke tempat kerja.
Kesimpulannya, raya tahun ni memang tak ada persalinan baru untuk gua. Almaklumler, peruntukan raya gua sudah berjaya gua salurkan untuk membayar 2 saman gua, dan yang lebihnya untuk mak dan bapak gua serta Zahra, anak sedara gua yang tembam dan comel.
Ok lah, sampai sini saja bebelan gua, selamat berbuka dan bersahur.
Amacam persiapan raya lu orang? Dah puas shopping????
Amacam persiapan raya lu orang? Dah puas shopping????
12 comments:
selamat hari raya
shopping jangan lupa gua
kak tak shopping sangat pun tau...belasah jer la apa yang ada...
baju raya tak siap lagi
nmpaknya baju lama jugak la =_=
suka belog ni sebab kaler hijau kuning
kerocs hg kale hijau kuning gak ka?
gila rasa kedah sejati masuk blog nih..
haha.. lawak kancil biru.. ye la tu kak.. hahahaa
brutalsolo,
haha. gua mana ada shopping pun. peruntukan untuk raya dah abeh bayar saman. kakakaka.
kak KB,
haha. ye lah tu tak shopping. nanti raya insyaallah nak jumpa kak anis bumblebee. kak KB balik kedah dak?
six september,
hehe. pakai kain batik dengan baju t shirt je lah kot.
kalo blog ni tukar kaler putih itam, tak suka la eh? hehe.
izwan7,
haha. agak2 lah kalo nak beli kasut keroks kaler hijau kuning. haha.
kedah jgk ka?
hamzah ian,
gua pun rasa kak KB tu kelentong je tu. haha.
hitam putih pon suka tp hijau kuning lagi suka..haha
six semptember,
haha. tak kisah lah apa warna pun kan. ;p
Post a Comment